Youtube | R J U N A - Part 2

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog R J U N A.

Archive for 'Youtube'

Bersih

Agak lewat juga saya mengupas isu ini, kerna dirumah jarang berkesempatan menonton siaran berita, ini pun saya ikuti melalui servis google reader. Sebenarnya lebih banyak maklumat yang kita perolehi di internet, dari siaran TV yang di momok kerajaan.

demonstrasi jalanan
kredit foto: TranungKite Online

Pada 10 November 2007 (Sabtu) lalu berlaku satu Perhimpunan Haram Bersih telah diadakan di ibukota kuala lumpur, lebih 40,000 orang dipercayai telah berhimpun secara aman sambil berpakaian kuning (inspirasi telco DIGI barangkali), perhimpunan ini bertujuan menyerahkan 1 memorandum kepada Yang dipertuan Agung, menuntut sebuah pilihanraya yang lebih telus, bersih dan jauh dari taktik kotor kerajaan.

tujuan berhimpun
kredit foto=vangardx

Ya memang perhimpunan ini tiada permit polis dan ianya salah disisi undang-undang, tapi tahukah anda betapa sukarnya memperoleh permit itu dari polis yang berkiblatkan kerajaan, senang cerita kalau untuk parti pembangkang memang susah la wei

Tiada keganasan pun yang berlaku membabitkan orang ramai yang hadir pada petang tersebut, cuma mereka diusir secara paksaan oleh unit FRU, sepatutnya unit ini bertindak hanya apabila berlaku keganasan terhadap harta2 awam atau berlaku insiden pergaduhan, tapi kini sebaliknya anda tetap disembur gas pemedih mata walaupun berdemonstrasi secara aman, apakah salah bila rakyat ingin bersuara kepada kerajaan?, kata berkerja untuk rakyat?

Takutnya kerajaan sekarang pada bayang-bayang sendiri, mana dia Khairy Jamaluddin yang ingin turun menentang, mana dia Pak Lah yang pantang dicabar, mana? mana?

mari kita lihat klip video yang sungguh kelakar ini

Posted on 13 November '07 by Rjuna, under Youtube, berita, kontroversi. 13 Comments.

Iklan Raya 2007

Sahabat aku Apek bertanyakan tentang Iklan-iklan raya yang baru untuk tahun 2007 ini, so aku tak punya file2 video berkualiti untuk diberi pada dia, yang ada hanyalah klip dari youtube, ok mari layan iklan2 raya baru tahun ni, kalau yang belum ada tu nanti akan di update dari masa ke semasa

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video
Burung Apa? Petronas

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video
Cekodok Raya TV3

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video
Hantu Raya Proton

lihat iklan raya lagi disini

Posted on 7 October '07 by Rjuna, under Youtube, iklan. 10 Comments.

Malaysia 3-1 Myanmar

Cubaan Plugin video Youtube

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video
Ya berjaya hehehe

Posted on 31 August '07 by Rjuna, under Youtube. 3 Comments.