Carta domain yang UNIK+LUCU November 13th, 2008

Sebenarnya aku tengah blur nak update apa, idea banyak tapi nak curah macam ada yang menahan, tengah free-giler kat ofis ni plus suasana yang nyaman, mari kita paksa Rjuna.net update jugak, tak kira hihihi keluarkan tanduk anda,

Aku kumpulkan nama domain yang lucu dan unik dan ku jadikan carta, carta ni main-main je bukan serius pon, Apa itu domain?

No.8 DetectInvisible.com
Korang yang ada YM dok suka Invisible tu toksah la nak nyorok2 lagi.. leh detect punya, aku suka nyakat orang2 yang menyorok disebalik Invi nih, seolah-olah privacy diorang dicabuli sepenuhnya haha, tapi jangan buat selalu, kang orang naik menyampah pulak.

No.7 OhTidak.com
Nih salah satu projek terbaru Khai dari Scukz Network, khas untuk korang yang meminati gambar unik, lucu, pelik, lucah, dan diluar jangkaan pemikiran anda, korang juga boleh menyumbang gambar pelik2 disana, satu niche blog yang jarang diterokai blogger lain.

No.6 HideMyAss.com
Sembunyikan bontot ku wakaka, ni laman web proxy sebenarnya, korang yang kat opis atau kat U tu selalu kena block website tuh eloklah hafal website ni, aku tak jamin la leh tembus ke tak, selalunya web macam yahoo, youtube, friendster dan porno yang kena block, jadi ini alternatifnya, masukkan url website yang kena block tuh dan tekan Hide My Ass. p/s= aku dah test youporn pon leh tembus wo haha.

No.5 BuduDanBelacan.blogspot.com-Busuk Tapi Sedap
Budu aku tak pernah makan, tapi belacan memang best, Aku baru je langgan rss blog Sue Anna Joe ni, seronok membaca aktiviti peribadinya saban hari, nama blognya unik dan susunan blog nya cantik, kawan kawan yang guna blogspot nah contoh terbaik untuk korang, blog yang best selalunya aku langgan RSS nya ke google reader ku. Apa itu RSS?

No.4 AssCrewz.com
Krew Bontot? wahaha Portal free Mp3, Video dan Software nih bakal bertukar domain kepada 786.com.my tak lama lagi, namun berdasarkan undian, ramai yang tak berapa setuju, yang unik dan lucu cuma nama domain saja, kalau korang nak sedut mp3 full album, drama series, software, movie, leh jengah website ni, semua free beb, jangan lupa melihat Top 10 Downloads nya, korang pasti suka.

No.3 SuamiPerkasa.com
Website ni khas untuk lelaki yang tidak perkasa, dan para isteri yang mahu membantu suami mereka yang pancut awal, tapi ni tak pasti lah betul ke tak, sapu je ubat tuh kotey leh stim tahan sampai 3-8 jam wow giler kentang, nasib aku belum kawen.

No.2 Zakar-Hebat.com
Aku tak faham kenapa lelaki suka kotey yang besar dan panjang, kalau memang kecik takpe itu satu ikhtiar berubat, ni aku perhati macam tak bersyukur dengan kurniaan tuhan, ni mesti pengaruh vcd-dvd lucah barat la nih, hey yang penting bukan besar dan panjang maa, tapi bagaimana kau memuaskan isteri korang, perempuan-wanita-adik2 kecil tidak digalakkan melawat, aku tak jamin arr hahaha.

No.1 PancutkanIsteri.com
domain nih tiap kali aku sebut dan baca mesti aku gelak terkekek, website ni khas untuk para suami yang ingin memberikan kepuasan maksima kepada Isteri dalam hubungan seks, pelajari jurus jurus hikmat bagaimana membuat wanita ghairah hingga terpancut wakaka dah dah Rjuna makin merepek yang bukan2 ko nih, gi kahwin cepat.

P/s= siapa ada 2 lagi domain yang unik dan lucu untuk menggenapkan carta ini menjadikan top 10, kongsi yek

Bersama kita lagi dalam ruangan tutorial bersama Abang Debab, kali ni abang akan mengajar adik-adik bagaimana mencipta nada dering (ringtone) henfon sendiri tanpa perlu mengeluarkan se-sen pun wang korang ya.

Ok mula-mula lawati www.zedge.net, dan daftar (Sign Up) sebagai user secara percuma.

Perhatikan di sisi kanan laman web klik try it now itu atau boleh klik Create–Ringtone Maker di bahagian bar menu.

ikuti langkah berikut satu-persatu, *jika browser anda belum install shockwave-flash mungkin bermasalah sedikit ketika memuat naik lagu, seterusnya lagu boleh di cut atau crop terus dalam laman web zedge, perhatikan di bawah..

Adik2 boleh gerakkan butang START dan END tu untuk memilih bahagian mana dalam lagu tersebut yang adik mahu jadikan nada dering atau bunyi mesej kesukaan, klik PLAY untuk mendengar bahagian yang bakal adik2 cut/crop, Klik DONE sekiranya sudah berpuas hati, kemudian adik-adik akan dibawa ke ruangan download untuk muat turun nada dering yang telah siap,

Selamat Mencuba..

Testimoni buat Zedge
Bagi aku Zedge merupakan syurga buat pemilik2 henfon seluruh dunia, aku bagai tak percaya laman web 2.0 yang cantik sebegitu memberi user diorang themes, ringtone, wallpaper, videos dan games secara PERCUMA di ulang PERCUMA beb, menggunakan konsep share sesama user, aku percaya korang akan bookmark and save link Zedge lepas ni, hidup Zedge

Pstt= Kalau nak theme henfon yang BAIK PUNYER, pergi bahagian Themes, di bahagian Category pilih Babes, peh leleh wa cakap lu, mantap tu jo. ( Bulan puasa ni mil..batal puasa ko kang hehehe)

Al-Quran Online May 16th, 2008

Percaya tak kalau aku cakap, seseorang tu hidupnya kalau banyak dugaan yang datang, malang bertimpa-timpa, hati tak tenang, gaji besar tapi tak cukup, buat dosa besar kemudian tak rasa bersalah sikit pon, adalah disebabkan kita tak membaca Al-Quran, jiwa kita mati sebenarnya.

Aku bukan menuduh sesiapa, cuma berkata pada diri aku sendiri, kita dapat melihat perbezaan hidup kita ini sebelum dan selepas membaca al-quran, baca dan percayalah, jangan salahkan syaitan saja atas dosa-dosa dan maksiat yang kita lakukan, kerna esok di akhirat sana mulut kita sudah tak dapat berdolak-dalih lagi, justeru aku menyeru diri aku dan kawan-kawan semua marilah membaca Al-Quran, bacalah walaupun satu ayat, nescaya hidup kita hari ini lebih baik dari semalam.

Takde duit nak beli Al-Quran? nak beli Tafsir? Tak reti baca? Jangan malu, jangan segan anda boleh belajar secara PERCUMA di http://www.quranexplorer.com/quran kemudian anda boleh membaca sambil mendengar bacaan al-quran berserta tafsiran dalam Bahasa Melayu, English,Urdu, hatta Deutsch-belanda sekalipun, ia sungguh interaktif,

QuranExplorer.com dibina bermula sejak Oktober 2005 lagi oleh sekumpulan orang Islam yang menetap di Orlando, Florida, Amerika. Misi mereka ialah menyebarkan risalah suci ini secara percuma agar dapat dibaca oleh umat manusia di seluruh dunia tidak mengira Muslim ataupun tidak.

Kini anda tak perlu bawa Al-quran mini atau yang berat-berat berserta tafsiran ke pejabat, cuma klik pilih surah yang nak dibaca dan anda boleh baiki tajwid dengan mendengar bacaan yang betul oleh suara merdu imam-imam terpilih, tak perlu daftar, cuma streaming umpama video di Youtube.

Apakah alasan anda lagi untuk tidak membacanya, paling koman pun baca tafsiran jadilah, besar pahalanya walaupun cuma mendengar.

Aku pun bukan baik sangat.

P/s= Rjuna mendapat tau melalui email tentang adanya penambahan surah baru dalam Al-quran, hati-hati sebelum membeli, seperti yang kita ketahui tiada penambahan surah sejak kewafatan Nabi Muhammad SAW, surah-surah baru tersebut ialah

AL-IMAN
AL -WASAYA
AL-TAJASUD
AL-MUSLIMOON

Juga jangan membaca Al-Quran online di www.thequran.com kerana diselitkan propaganda yang cuba merosakkan kesucian Islam.