Tips | R J U N A - Part 3

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog R J U N A.

Archive for 'Tips'

TM Eznet 1315

Patutnya aku tulis artikel ni sebelum balik raya lagi, masalahnya aku baru jumpa lepas raya hehe, Ok adakah anda pengguna Streamyx mahupun dial-up 1515, anda punyai talian telefon tetap TM di rumah anda?

kini anda boleh melayari internet dengan mudah, TANPA pendaftaran, TANPA yuran tahunan, TANPA User ID dan Password, dail sahaja 1315 WOW!!

Kalau streamyx hari tu ada problem ke, buat hal ke, sedangkan anda ada urusan penting untuk melayari internet, maka Eznet adalah jawapannya, begitu juga pelanggan 1515, anda boleh tamatkan langganan 1515 anda jika merasakan Eznet 1315 lebih baik koneksi nya.

dial up eznet

Anda cuma perlukan PC desktop ataupun Laptop yang mempunyai modem 56k (internal or external) untuk perkhidmatan ini, plugin wayar telefon ke soket modem anda dan setup connection manually untuk dial up (takkan tak reti kot) :P

Berapa caj dia? 4 sen/minit=sejam RM 2.40, segala caj akan di bil kepada Bil Talian TM atau Bil Multimedia anda, anda akan di caj bila guna sahaja, tak guna takkan dikenakan bayaran, tidak seperti 1515( 2 bil) hanya 1 bil dicaj kepada anda

Perlu di ingatkan bahawa servis ini berkelajuan dial-up 56 kbps sahaja, lupakan niat anda mahu muat turun apa-apa file yang besar, takat baca email, taip blog, atau berpeleseran di friendster/myspace boleh la, selamat mencuba ya :)

Maklumat lanjut sila klik TM EZnet 1315

Posted on 25 October '07 by Rjuna, under Tips, internet. 17 Comments.

Spyware!! Aku bunuh kau

Spyware ialah perisian jahat yang masuk ke dalam PC secara lambak tanpa keizinan pemilik komputer, lazimnya ia hadir bersama Trojan, Malware, Adware dan Hijacker dengan niat merampas akses komputer anda sekaligus mencuri maklumat peribadi, emel dan akaun kad kredit anda

Malam semalam waktu aku ingin berpeleseran di internet, laptop aku bagai diserang sesuatu yang tak diketahui puncanya, lantas aku mula menghidupkan siren kecemasan, Ad-Aware, CCleaner, AVG Antivirus, Spybot Search & Destroy, Firewall Windows semua dipanggil memberi laporan kepada kapten Rjuna, sebagai keselamatan memang aku dah lama pasang Firewall bagi mengelakkan serangan dahsyat

Aku mulakan dengan CCleaner (membuang iklan2 jahat dan cache) dan kemudian aku scan laptop dengan AVG, oh haram sungguh Trojan2 bangang sudah berjaya menyusup masuk “heal..heal..heal” kata aku, lebih 5 ekor trojan yang masuk telah dimusnahkan, hati aku sedikit lega, bagus AVG tak sia2 aku bela selama ini walaupun kau percuma, ini bukan kali pertama aku bunuh Trojan, kepakaran dan pengalaman sebelum ini mengajar aku memusnahkan mereka baca lagi kisah Rjuna melawan spyware

Posted on 5 October '07 by Rjuna, under Tips. 5 Comments.

Upline dan Downline

gambar hiasan henfon
Gambar hiasan

Upline=Penaja dan Downline=Orang bawahan penaja

Dua Istilah ini biasa dalam perniagaan MLM (Multi Level Marketing), dan saya rasa anda pon sudah jelek mendengarnya, jangan begitu.. bisnes MLM bukan satu dosa, ia masih satu bisnes yang menguntungkan jika benar gayanya,

Tahukah anda untuk berjaya dalam bisnes MLM anda perlu banyak menaja/mencari orang di bawah anda, merekrut orang2 yang berminat dan menjadikan mereka berjaya seperti anda, itulah tugas sebenar seorang Upline, lebih banyak orang yang anda taja dan tutor mereka, lebih kaya lah anda.

Kali ini saya bukan nak bercerita tentang bisnes atau mempromosi produk kepada anda, cuma ingin menceritakan salah laku etika bila upline ghairah benar ingin mencari downline bisnes mereka, sebuah kisah benar dari saya.

Pada suatu hari saya menerima sms dari seorang upline yang menawarkan pendaftaran percuma sebuah produk berasaskan kad prabayar, katanya dia dari sebuah syarikat yang baru ditubuhkan, katanya keuntungan menjual prepaid di syarikat itu, lebih besar dari syarikat lain, dan berpeluang menjadi orang-orang besar dalam bisnes di syarikat itu, oleh kerana malas berfikir panjang saya pun terima pelawaan tersebut, kalau free apa salahnya mencuba, bila saya selidik rupanya bukan free, dia dah taja keahlian saya, waduh..

Sejak hari itu si upline kerap ber-sms dengan cara hormat (saya di panggil-TUAN, pehhh), pagi-tengahari-malam ada je sms dari dia, kalau yang sms seorang gadis cun dan kiut, nak juga saya melayannya.

Hari ke hari saya semakin bosan, si upline semacam mendesak saya mencari 10 orang lagi di bawah saya (dalam nada sms sopan), kononnya ada bonus menanti, kemudian saya melawat website perniagaan mereka, untuk meneliti apa yang ditawarkan, websitenya tunggang langgang di browser Firefox, tapi di IE ok, saya mula tawar hati.

Pagi-petang-malam saya bagaikan di spam-sms si upline, ahh naik meluat pun ada, kalau saya balas lagi banyak dia sms, saya mula berkira2 cara untuk dia tak sms saya lagi, kalau tegur, dia pasti sms lagi bertanyakan khabar kononnya, lalu dapat 1 akal jeng jeng jeng

Malam itu dengan nada gementar, saya sms dia meminta maaf kerana tak dapat meneruskan bisnes bersama dia kerana dapat tawaran belajar di UK ;) dia balas dengan nada menahan marah sambil buat2 bertanyakan bila saya akan berlepas ke sana. Malam itu juga dia sempat mencadangkan keahlian saya kepada saudara mara-adik beradik sebagai ganti, Binggo!! haha saya gelak sakan bila dia merayu dia dah banyak melabur wang, dan belum tuai hasil, saya nak blah gi UK pula, wahaha menjadi jugak auta saya ni.

Hingga hari saya menulis artikel ini, dia masih sms no-henpon saya cuma tidak kerap, kecewa benar agaknya saya tak berada di bawahnya, dia sangka saya banyak downline dari syarikat prepaid lain, maafkan saya encik Z, jika encik Z membaca artikel ini ketahuilah, encik salah pilih orang.

Moral disini, jangan SPAM prospek anda, bila downline bertanya, barulah layan mereka sebaik mungkin :D

P.S-ok kira perkataan SAYA dalam artikel ini, maaf tiada hadiah, rasanya sesuai tak saya ganti kata ganti nama ini dengan yang dulu, AKU ?.

Posted on 20 August '07 by Rjuna, under Tips. 6 Comments.