Kenapa Video Tersekat-sekat? February 7th, 2008
Salam semua pengunjung dan pembaca budiman, perkembangan teknologi internet akhir ini, menjadikan aku tidak lagi mendewakan televisyen.Sejak Media Prima mewujudkan siaran video internetnya aku tidak lagi menjadi kaki torrent, mengumpul koleksi siri drama keluaran mereka.Jangan risau lagi ketinggalan menonton drama kegemaran anda, siaran internet kan ada.
Bila menonton siri kegemaran, aku selalu membelek komentar penonton, di bawah video, dan selalu aku terbaca komen seperti ini, kenapa tersekat-sekat nih, sedih ar asik sangkut je video nih, jadi disini aku nak kongsi pengalaman mengelak semua itu berlaku, aku pon bukannya pandai sangat saja nak kongsi pengalaman, kalau silap tu tegur ya
1.Jangan menonton di saat waktu puncak
waktu puncak biasanya waktu lunch tengahari, ini waktu kegemaran pekerja mengulat tengok video online, saat begini youtube pun kadang2 kejung, bila ramai yang play di waktu yang sama apa akan jadi?
2.Download Adobe Flash Player
ini ialah plugin asas untuk memainkan video flash, tanpanya risiko video sangkut2 adalah tinggi, selalunya setiap browser akan memberitahu anda untuk download plugin ini, jika pc anda dilengkapi kad grafik itu sudah bonus
3.Maaf user line Dial-up
anda memerlukan kelajuan broadband (jalur-lebar) untuk memastikan kelancaran video yang hendak ditonton, kelajuan dial-up akan menyebabkan load video jadi lambat selambat line nya
4.Gunakan teknik pause
Video online selalunya auto-play, apa kata anda tekan pause sebentar dan biar dia load sampai habis baru play, takderla tersekat2 lagi
5.Bersihkan cache atau cookies
Hoh apa tu? sebenarnya cache atau cookies disimpan di pelayar (browser) agar bila anda melayari sesebuah website ia laju bila dilayari, tapi apa jadi kalau dia sudah penuh dengan file-file video yang anda tonton sebelum ini, Kalau pengguna browser IE klikTools-Internet Option-Temporary internet file-delete file atau delete cookies, untuk firefox klik Tools-Clear Private Data
6.Download file video itu
Ahaks! cara ni aku tak try lagi, tapi kalau korang terer buat la, pastu kongsikan kat sini ya, dengan mendownload video itu anda boleh simpan dan tengok bila mana waktu anda suka
Cabaran Diet Rjuna December 6th, 2007

aku (merah) yang comel lagi mantap
Seperti yang di war-war kan dalam artikel sebelum ni, satu misi berani gagal akan dilancarkan, dan hari ini lah detiknya bermula, aku ingin pembaca sekalian menjadi saksi kepada misi bersejarah ini, di masa depan bila korang melihat aku berjaya menurunkan berat badan dan tidak gemuk lagi ceritalah kepada mereka kejayaan aku.
Aku tahu ramai akan mentertawakan usaha ini dan tak kurang yang menganggapnya mustahil, bahkan Mak aku sendiri ketawa bila mendengarnya. Berikut sedikit persiapan aku untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia Badan Orang Besar.
Rutin baru pemakanan dan kehidupan Rjuna
- Selalunya waktu pagi, aku mengambil sarapan teh tarik kombo antara nasi lemak, kuey teow/mee/ nasi goreng, roti canai telur, untuk misi ini kita akan tukar kepada biskut dan roti bersama 1 mug besar koko panas yang dibuat sendiri di rumah.
- Makan tengahari pula aku akan makan seperti biasa, tiada halangan atau protokol bila makan di waktu ini, sebat je apa jadah hidangan pun, pastinya lapar.
- Makan malam selalunya makan nasi, kini aku had kan untuk tidak ambil nasi, tapi di ganti makanan seperti sarapan pagi=biskut dan roti sahaja.
- Jogging setempat dan senaman ringan akan dilakukan di waktu pagi setiap hari selama 20 minit wajib.
- Tiada lagi makanan segera seperti KFC, McD, Pizza Hut buatmu Rjuna, (tapi kalau takat merasa sikit tu takper kan hehe)
- Minuman Berkarbonat pula menjadi minuman terlarang buat ku sepanjang misi ini, air masak/kosong pula akan menjadi gantinya.
- Hidangan Ayam dan Telur terpaksa dijauhi dalam misi ini, kerana ayam dan telur seperti mana diketahui di suntik dengan hormon tumbesaran yang tidak bagus untuk badan manusia.
- Berpuasa sunat juga akan di praktikkan dalam misi ini
Aku menetapkan misi ini selama 1 tahun, jika tiada perubahan dalam misi ini, aku dianggap gagal, dan korang dibenarkan mengejek, mengutuk atau paling jahat meludah ke muka aku ini. Inilah cabaran yang aku mahu lalui, suatu perubahan dalam diri yang perlu dilakukan ke arah yang lebih baik.
Korang dibenarkan memberi komen berunsur cabaran buat ku di bawah, aku mahu sokongan daripada korang dalam menjayakan misi ini, isyallah kalau di izin tuhan ia akan berjaya.Amin.Dengan ini aku melancarkan Misi Diet Rjuna.
TM Eznet 1315 October 25th, 2007
Patutnya aku tulis artikel ni sebelum balik raya lagi, masalahnya aku baru jumpa lepas raya hehe, Ok adakah anda pengguna Streamyx mahupun dial-up 1515, anda punyai talian telefon tetap TM di rumah anda?
kini anda boleh melayari internet dengan mudah, TANPA pendaftaran, TANPA yuran tahunan, TANPA User ID dan Password, dail sahaja 1315 WOW!!
Kalau streamyx hari tu ada problem ke, buat hal ke, sedangkan anda ada urusan penting untuk melayari internet, maka Eznet adalah jawapannya, begitu juga pelanggan 1515, anda boleh tamatkan langganan 1515 anda jika merasakan Eznet 1315 lebih baik koneksi nya.

Anda cuma perlukan PC desktop ataupun Laptop yang mempunyai modem 56k (internal or external) untuk perkhidmatan ini, plugin wayar telefon ke soket modem anda dan setup connection manually untuk dial up (takkan tak reti kot)
Berapa caj dia? 4 sen/minit=sejam RM 2.40, segala caj akan di bil kepada Bil Talian TM atau Bil Multimedia anda, anda akan di caj bila guna sahaja, tak guna takkan dikenakan bayaran, tidak seperti 1515( 2 bil) hanya 1 bil dicaj kepada anda
Perlu di ingatkan bahawa servis ini berkelajuan dial-up 56 kbps sahaja, lupakan niat anda mahu muat turun apa-apa file yang besar, takat baca email, taip blog, atau berpeleseran di friendster/myspace boleh la, selamat mencuba ya
Maklumat lanjut sila klik TM EZnet 1315