RJUNA Cantik Menarik Tertarik Kau Memang Debab

10Jan/1025

Periksa saman kenderaan anda

Alkisahnya disember 2009 lepas dapat lah satu surat cinta dari awek Bukit Aman dia tulis begini

PERINGATAN NOTIS SAMAN CAWANGAN TRAFIK

Adalah dimaklumkan dalam rekod mama, papa masih mempunyai saman yang belum dijelaskan. Papa dinasihatkan agar dapat membuat pembayaran keatas saman-saman tersebut. Kegagalan Papa membuat pembayaran, akan menyebabkan nama papa akan disenarai hitamkan. Mama Jahat.

Papa boleh buat semakan saman tersebut melalui

1.www.myeg.com.my (dah daftar tadi, saman rm300 dpt diskaun jadi rm200) huu terbang duit papa

2.www.rilek.com.my

Rilek.. pak hang

3. SMS taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak> (nombor kenderaan/mykad) dan hantar ke 32728 ( 5 kupang)

4.Mana-mana cawangan trafik ibu pejabat polis daerah yg berdekatan (belum tentu dapat diskaun..walaupun bayar awal dari tarikh due)

ok aku reply camni guna telefon genggam..

Msg: Buat Mama yang tersayang, Papa akan bayar duit tuntutan mama tu jangan risau, pandai mama cari duit ye sayang, lain kali buat lagi yer papa suka sangat.

*Mama= Polis di raja Manchester

*Papa= Papa Jahat


12Dec/0936

Tak pandai tulis English

Hi Assalamualaikum

This is the first time I write a blog in english language. I feel so awkward. You can laugh me if you want haha, actually i can write in english but only a lil bit more.

Once upon a time in school, I really do not like english language and mathematics subjects. Now when I have work, I realize why we need to learn english language. Open your eyes, even if you want get the good job, the worker must be able write and speak in english.

now if you want to write in english, it just simple matter, because with the Google Translate, now you can write and speak over 50 languages around the world. Just type, translate and hear it. Not 100% will translate lah, you can edit last ok.

goggle translate

After this, you can try to write blog in English, to expand the scope of readers from among the Chinese, Indian or all readers from wordlwide

you have no reason to say.. can't write in English anymore, try the google translate, best in Sitiawan and some say Manjung hehe (apa yang aku merepek ni syeitan)

p/s= so dizzy when my mind push to update the blog, but my body is so lazy to do it, go Juju! go Juju!


7Jun/0918

10 sebab kawan tak pergi kenduri kahwin anda

Ini bukan kad kawen aku bai

Esok 7hb Jun sahabatku Ejoy akan menamatkan status bujangnya. Nikah & kenduri belah perempuan dulu. Insyallah kalau tiada aral 14hb Jun nanti aku datang yang belah lelaki pulak di Pusing, Perak.

Selamat pengantin baru buat Sirajul Fikri. kalau korang nak tau sahabatku ni dah membuat persiapan sejak awal tahun lagi, dari pakaian pengantin, kad kahwin, barang hantaran, dan yang paling wajib tentulah mas kahwin, wang kenduri kendara, dengar-dengar makan puluh ribu jugakla belanja kawen nya,

kalau tak kumpul duit sekarang alamat tak kawen la ko Rjuna (sedih tengok baki akaun)

ok tutup mukadimah diatas, mak oi panjang gila mukadimah, apa yang aku nak kongsikan kali ini ialah sebab-sebab kenapa kawan tak datang kenduri kawen korang, secara peribadi, aku tak kisah pon kawan-kawan tak datang masa kenduri aku nanti (eh bila ko nak kawen Rjuna bila? tak bagitau pon).


24May/0914

Mencari Khusyuk dalam Sujudku

yang mana jenis solat anda

"Solat itu tiang agama..di akhirat nanti amalan pertama yang dilihat Allah ialah SOLAT 5 WAKTU, jika kamu gagal bab menunaikan Solat ni, nescaya Allah takkan melihat amalan kamu yang lain, seperti Puasa, menunaikan Haji, berzakat, Sedekah dan lain-lain amalan lagi"--kata seorang Ustaz.

Alhamdulillah sejak kecil, kedua orang tua ku memberatkan amalan solat, tiap detik waktu solat mereka akan bertanya " Long..ko dah sembahyang ke belum?", sampai satu tahap kalau meninggalkan solat aku rasa macam bersalah sangat, hati tak tenang selagi belum mengerjakannya, kadang tu sengaja atau tak sengaja tinggalkan solat, aku cuba meng-qada' nya kembali.

Tapi akhir-akhir ini hatiku selalu berkata-kata, adakah solat ku ini diterima Allah, 4 rakaat terasa macam aku buat 3 rakaat, kadang tu badan solat tapi pikiran melayang entah kemana..tau tau dah tahiyat akhir, ada bacaan yang kekadang aku skip secara sengaja dan tidak sengaja, macam doa qunut, iftitah, bacaan duduk antara 2 sujud, bacaan sujud, Iktidal, laju jer abis, macam terpaksa pon ada.

Masya Allah entah solat jenis apa yang aku kerjakan selama ni, itulah petanda solat yang tak khusyuk, tak khusyuk ni kira hilang fokus la dalam solat,

Syaitan pernah memberitahu Nabi Muhammad SAW, katanya ada anak-anak Syaitan yang ditugaskan mengganggu umat nabi ketika solat, seperti membuat fikiran melayang ke tempat lain, mempercepatkan bacaan dan rakaat, lupa ayat bacaan, hmmm patutlah  selama ini aku tak khusyuk dalam solat, di ganggu anak syaitan rupanya.

Untuk meperbaiki mutu solat, aku telah bertanya kepada kawan-kawan dan membuat sedikit carian dan kajian di internet, mari berkongsi apa yang telah aku perolehi


25Mar/0914

Hargai pembaca dengan peraduan

Makin meriah dunia blog bulan ini, banyak peraduan di anjurkan oleh pemilik blog bertujuan menghargai pembaca mereka,

Aku melihatnya sebagai serampang 3 mata, yakni dalam masa yang sama menarik pembaca baru, kasi trafik lebat dan mengumpul email pelanggan secara sah, korang memang kreatif, jom kita terjah peraduan apa yang diorang buat tuh

Jom menari Shuffle bersama Mohd Ismail dot Net

aku pun nak shuffle jugak

Fuh.. Mail memang tak sayang duit beb, dia nak bagi iPod Shuffle 1GB kepada pembaca bertuahnya, sejak mula baca blog dia, aku tau Mail memang penggemar barangan Apple, baginya lelaki/wanita yang memilikki gajet keluaran Apple adalah cool, peraduan ini sedang berlangsung dan akan tamat pada 11 April 2009, untuk maklumat lanjut tentang peraduan ini sila baca blog dia ya di mohdismail.net,err  Mail aku dah dapat 6 tiket kan hohoho boleh ke camni?

Jadi Pelawat yang ke 50K blog ChekguBH
ChekguBH nak mencari siapakah gerangan pelawat blognya yang ke 50000, jika anda mahu menjadi orang yang dicari tu rajin-rajin la lawat blog cikgu tuh, kalau la korang ditakdirkan pelawat yang ke 50000 itu,  sila print-screen sebagai bukti dan ganjaran dia ialah wang tunai sebanyak 162,350.00 dan sejibik kereta Ferrari beb fuh berdarah hidung. banihassim.blogspot.com

Contest yang Boonto
Aku tengah buntu jugak nak taip apa untuk masuk peraduan mamat nih, sampai buntut gua dah lebam ni dok pikir. Sempena countdown hari jadi JRY aka Aerieff 20 April 2009 nanti, dia buat-buat buntu dan buang tebiat sikit, selalunya kita punya hari jadi kita lah terima hadiah kan? tapi dia nak kasi hadiah kat orang pulak, kan ke pelik tuh, kebuntuan aku dibuntu oleh nya. Anda buntu? saya lagilah buntu boonto.blogspot.com

Jerung pon nak bagi duit jugak
Menangi RM30 setiap minggu dengan menyertai peraduan Duit Free dari Jerung Perkasa, pemilik blog JerungPerkasa.com seorang usahawan internet, so dia juga ada menyediakan program affiliate untuk peraduan ini, siapa punya iklan paling banyak klik hits ada hadiahnya (jangan klik iklan sendiri ya)

Blog ini pon ada contest juga
Ok pada yang baru lawat blog ni, Rjuna ada contest Kaki Komen Paling Banyak Bertuah, bukan paling banyak ya, komen mana-mana entri dalam blog ini dan tempatkan korang antara 10 kaki komen di bahagian sidebar blog ini, RM10 untuk 3 orang kaki komen akan dipilih secara rawak dari top 10 itu.

Ada lagi contest blog lain yang aku tertinggal? mahu promosi juga disini, sila komen di bawah ya.


Page 1 of 3123
[close]