Apalah guna korang menampal iklan, tapi takde siapa pon melihat/klik iklan tu, penat je korang menunggu duit iklan, tak masyuk masyuk jugak, akhirnya korang salahkan pihak penganjur iklan, tak bayar lah, tipu lah, dah lama pasang iklan duit tak naik naik jugak lah, mulalah korang mencarut-carut dan menabur fitnah yang bukan bukan.


Statistik blog aku yang suam2 kukus jika dibandingkan dgn blog Mohdismail.net

Aku ingin berkongsi tips bagaimana korang boleh mengubah situasi tersebut, tahukah anda trafik pengunjung adalah sangat penting, bila mana anda membina sebuah blog yang mempunyai iklan didalamnya. baca la lagi wei

Bersama kita lagi dalam ruangan tutorial bersama Abang Debab, kali ni abang akan mengajar adik-adik bagaimana mencipta nada dering (ringtone) henfon sendiri tanpa perlu mengeluarkan se-sen pun wang korang ya.

Ok mula-mula lawati www.zedge.net, dan daftar (Sign Up) sebagai user secara percuma.

Perhatikan di sisi kanan laman web klik try it now itu atau boleh klik Create–Ringtone Maker di bahagian bar menu.

ikuti langkah berikut satu-persatu, *jika browser anda belum install shockwave-flash mungkin bermasalah sedikit ketika memuat naik lagu, seterusnya lagu boleh di cut atau crop terus dalam laman web zedge, perhatikan di bawah..

Adik2 boleh gerakkan butang START dan END tu untuk memilih bahagian mana dalam lagu tersebut yang adik mahu jadikan nada dering atau bunyi mesej kesukaan, klik PLAY untuk mendengar bahagian yang bakal adik2 cut/crop, Klik DONE sekiranya sudah berpuas hati, kemudian adik-adik akan dibawa ke ruangan download untuk muat turun nada dering yang telah siap,

Selamat Mencuba..

Testimoni buat Zedge
Bagi aku Zedge merupakan syurga buat pemilik2 henfon seluruh dunia, aku bagai tak percaya laman web 2.0 yang cantik sebegitu memberi user diorang themes, ringtone, wallpaper, videos dan games secara PERCUMA di ulang PERCUMA beb, menggunakan konsep share sesama user, aku percaya korang akan bookmark and save link Zedge lepas ni, hidup Zedge

Pstt= Kalau nak theme henfon yang BAIK PUNYER, pergi bahagian Themes, di bahagian Category pilih Babes, peh leleh wa cakap lu, mantap tu jo. ( Bulan puasa ni mil..batal puasa ko kang hehehe)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera bertemu kita lagi dengan Abang Debab, ok kali ni abg debab akan ajar kawan-kawan, resipi bagaimana mahu menukar status YM korang tuh kepada lagu yang sedang didengar, ok bahan bahan nya sila salin ye kawan kawan.

Resipi Status YM masak mp3

Bahan-bahan

-1 ketul Yahoo Messenger
- 1 biji Winamp (terkini)
- YM Now Playing v 4.6 plugin download
-Sedikit keyakinan dan ketabahan jiwa

Cara Penyediaan

1.Download plugin YM Now Playing dan Install di desktop pc anda, sebenarnya kalau dah install, terus nampak dah lagu yg sedang dimainkan di winamp, tapi nampak tak cantik, ikuti langkah seterusnya untuk mencantikkannnya

2.Ok sekarang bukak winamp anda, klik pada OptionPreferencesPlug-insGeneral Purpose

3.Tandakan Yahoo Messenger now playing 4.6, kemudian klik Configure selected plug-ins

4. Ok dalam kotak tu anda gantikan/edit jadi macam nih $A - $T dan kemudian SAVE!! Taraaa

5.Anda kini boleh mem-poyo-kan diri sendiri di YM, siapa tahu ada awek mintak lagu dengan anda hehehe skandal, jangan tak skandal.

Jika ingin berkenalan lebih mesra dengan abang debab sila add ym dia rjunabiz at yahoo dot com, aweks aweks amatlah dialu-alukan

*Kredit= tutorial ini telah diajar oleh adik abg debab bernama Haziq aka Sikochan, Trimas kepada beliau.