Aku layan kan aja tag dari brader Musnaz nih, lama tak layan tag rasa gian lak, lagipun kesian kat pelawat setia blog ni yang rajin berkunjung tapi takder apa nak dibaca, aku tak mahu kecewakan korang hehe
Ok bro apa yang lu nak Tag gua hari ni,
Brader Mus: Apa Azam ko tahun 1429 hijrah dan 2008 ni
Rjuna: Azam-azam kita tak main lah, sebenarnya saya dah buat satu senarai pendek tentang apa yang saya akan lakukan pada tahun ini, korang boleh baca di sana yek.
Brader Mus: Kenangan Pahit Tahun 2007 ada tak?
Rjuna: Menjauhkan diri dari seorang kawan baik. Takder gunanya kita beria nak berkawan, tapi akhirnya kita macam tak wujud dalam dunia dia, aku kecewa. ok namanya masih wujud di ruangan link, ok teka siapa dia.
Brader Mus: Pengajaran dari tahun 2007
Rjuna: Jangan bertindak terburu-buru, buruk akibatnya, aku banyak membazirkan wang kerana hal ini, insyallah tahun ini takkan berlaku lagi.
Brader Mus: Pencapaian paling bermakna pada 2007 anda
Rjuna: Memiliki Laptop, Blog dengan domain sendiri, Streamyx WIFI di rumah, Nokia N73 dan Myvi, syukur pada rezeki Mu Ya Allah.
Brader Mus: Ok Rjuna leh bagi satu pose menarik tak
Rjuna: Nanti bagi saya 1 copy ya. Snap. hahahaha Aje giler..takper play safe with sarcastic

bapak pontianak ( sapa terer leh buat super-impose)
Brader Mus: Eh ko ada siapa-siapa kenalan yang nak aku TAG-bual lagi?
Rjuna: Tak yah la diorang dah hanyut dengan dunia diorang tuh, mana main dah azam-azam ni, ko lambat tag aku nih mus
Posted on 17 January '08 by Rjuna, under Tag. 7 Comments.
Terima Kasih Abdfatah kerana meletakkan saya ke senarai tokoh-tokoh terkenal untuk sesi temubual sempena Ramadhan-Syawal 1428H ok mari kita ikuti sesi terjah oleh wartawan bertugas Nas Fatah

Nas Fatah=Assalamualaikum Tan Sri Rjuna, Terima kasih kerana sudi ditemubual, saya betul-betul berbangga kerana dapat menemubual tokoh ‘blogger jarang update’ yang begitu sukar mengupdate blog nya di waktu puncak
Rjuna=Ya sama-sama, saya juga begitu terharu kerana anda menyenaraikan saya dalam tokoh2 yang anda segani baca lagi temubual bersama Tan Sri Rjuna
Posted on 3 October '07 by Rjuna, under Tag. 12 Comments.

Ahh Tag lagi, asik-asik tag, korang mesti dah meluat atau benci melihat blog aku ini, hoho jangan lah begitu abang dan adik manis, aku kena lunaskan tag ni, karang si penghantar tag memandang serong seraya memuncung mulutnya terhadap ku hahaha.
Hari kebangsaan hampir menjelma, tahun ini sudah 50 dekad kita bebas berdiri di bumi merdeka ini

lihat kita bebas duduk semeja, makan bersama, kandid hehe
Aku bangga jadi rakyat malaysia kerana di negara ini ada pelbagai kaum, suku dan puak yang hidup rukun damai dan saling hormat menghormati antara satu sama lain, kau boleh rasa macam-macam jenis masakan, dan meraikan perayaan pelbagai kaum, cuti kat negara ni pon banyak.Bayangkan kalau ko duduk dalam sebuah negara yang ada 1 bangsa yang sama je, kan boring, rasa nak pindah keluar je kan, orang yang cuba merosakkan hubungan rapat ini patut dibuang negara.
Bangga negara ini terus membangun pesat dengan ekonomi yang baik, cakap apa saja yang takder, F1 ada, Menara berkembar ada, Kereta buatan sendiri ada, Internet jalur lebar cap ayam ada, Advertlets ada aik haha malah nak ber-kasino juga ada (kalau ko suka dosa). Pelabur dan peniaga bebas menjalankan urusan jual beli di negara ini. Peluang pekerjaan juga banyak, kita patut bersyukur, rakyat negara lain terpaksa berhijrah ke negara kita semata-mata ingin mencari wang
Bersyukur azan masih berkumandang walaupun ko duduk dalam sebuah taman perumahan, masih ada surau, majlis tilawah masih ada, Akademi quran juga ada, pendapat ulama juga masih didengar walaupun berdesing telinga pemimpin negara menahan amarah dan malu, jika ada sesuatu yang melampaui batas agama, cepat sahaja ia disebarkan, 1 negara leh jadi gempar.
Tatkala negara lain masih berperang, negara kita masih aman damai, tiada pengganas yang menghantui anda bila keluar dari rumah.Ya walaupun ada kes meletupkan orang, rampasan senjata api, rompakan dan perogol dimana-mana namun ia masih terkawal, terima kasih buat pasukan keselamatan, cuba kalau Malaysia membenarkan penjualan senjata api secara terbuka? Tak aman woo, kita patut bersyukur hal ni.
Jadi takkan aku sorang je kena Tag, mana leh jadi, syarat tag ini ialah kena sebarkan pada 5 blogger terpilih yang kita suka, dan karangan anda itu mestilah panjaaaang, kata si pembuat Tag laa
Mulakan karangan anda dengan ayat ini, Saya bangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia kerana..
5 blogger yang saya mahu tag ialah
Chot
Cikgu Isa
Fawari
Areyoung
Balqis
Posted on 28 August '07 by Rjuna, under Tag. 10 Comments.