HIDUP SEORANG BLOGGER
Review
Renew Roadtax dengan MyEG
Jan 30th
[ Review ini tidak ditaja.. ia adalah pengalaman sendiri penulis]
Biasanya bila bulan Januari ada satu rutin yang perlu aku laksanakan, renew roadtax kereta. Mula-mula kita dapatkan jumlah yang perlu dibayar, macam untuk Myvi 1.3 Auto tahun 2006 jumlahnya kira-kira RM700-800 siap insurans dengan roadtax.
[Fakta= Rjuna jimat RM167.30 dengan MyEG]

Terima Kasih MyEG saya mesti pilih
Oleh kerana geran kereta masih dipegang oleh pihak bank (loan), kita kena berurusan dengan pihak bank atau ejen syarikat insurans, aku bagi diorang jer uruskan..leceh berurusan dengan JPJ ni, servis lembab, ada la sedikit caj perkhidmatan yang dikenakan, takkan percuma kot.
Proses nak mendapatkan road tax tu banyak karenah juga, kena jumpa pihak bank/wakil insurans, tanya berapa RM nak bayar, kena keluar duit dulu di bank lain, duit minyak keluar lagi..itu semua menyebabkan kos semakin bertambah. Tambah pening kepala kalau polis hantar surat cinta, kata ada saman tak bayar lagi, hah nak renew roadtax kena bayar saman dulu yer.
Semua masalah diatas kini berakhir dengan www.MyEG.com.my, korang cuma perlu ada akaun bank internet macam Maybank2u or CIMBClicks untuk memudahkan urusan pembayaran kelak, Geran kereta tak perlu disertakan. Urusan Renew Road Tax setakat ini hanya untuk kenderaan milik persendirian macam Kereta, Van, MPV. Motorsikal belum lagi ya.
XOX 010 FUN, untuk cina je ke?
Jun 16th
Telco baru..telco baru

XOX Com Sdn Bhd telah melancarkan produk sulung mereka iaitu Pek Sim Prabayar XOX 010. Prabayar ini disasarkan untuk komuniti remaja berusia 13 hingga 28 tahun.
Dengan menjalinkan kerjasama bersama Celcom, XOX menawarkan liputan meluas ke seluruh negara, kadar bayarannya juga dilihat mampu bersaing dengan telco sedia ada, baik dari segi sms, mms, gprs mahupun 3G.
Cuma yang menjadi persoalan ialah, benarkah prepaid ini hanya dikhaskan oleh komuniti remaja cina sahaja? sebab tengok logo pon ada tulisan cina, kalau itu dah target pasaran XOX, kami kaum lain tak kisah, XOX la rugi, sebab menghadkan pasaran kepada 1 kaum sahaja.

Apa yang di tawarkan XOX 010?
-Sim Pek RM8.80 anda dapat RM89 Percuma (Free 1200 sms x 7sen plus Air Time RM5)
-Call Family n Frens 8 orang tak kira telco apa RM0.20/min

Mana nak dapatkan pek sim ni?
Yang ni tak di beritahu dalam website XOX, mungkin masih baru dan dalam perangkaan mencari dealer yang berminat, berminat jadi pengedar sila hubungi dealers@xox.com.my atau di talian 1 300 888 010
Maklumat lanjut sila rujuk www.xox.com.my
p/s= sesiapa nak buat telco baru lagi..015 masih kosong, jom pakat dengan Ananda Krishnan pulak

Komen Korang