Aku tak punyai ramai kawan. Kebanyakkan mereka ialah kawan di kelas tngkatan 4 & 5 masa di sekolah dahulu, selebihnya kawan di blog, kawan di Friendster/Myspace, kawan YM dan kawan pena. Manakala kawan2 yang rapat dengan aku aku gelarnya sahabat :)
Masa tamat sekolah, aku mula meminggirkan kawan-kawan aku ini, kalau bleh taknak jumpa dah, hanya mereka yang rapat sahaja berdampingan dengan ku, dulu aku naif dan kebudak-budakan, kawan yang ingin rapat dengan ku, semuanya aku tolak mentah-mentah, ajak jumpa pun payah, apatah lagi ajak kenduri kahwin, waktu itu aku mengalami sindrom kurang kepercayaan pada diri sendiri dan moral yang jatuh merudum, maafkan aku. :(
Masa dan usia mengubah segalanya, diri aku menjadi dewasa, pemikiran semakin matang, jadi aku buang semua perasaan malu aku yang dulu dan ingin menjadi lelaki yang di dambakan para wanita=peh ayat!, kini kalau siapa ingin berjumpa dengan aku call/sms sahaja, aku sedia menimbangkannya asalkan korang belanja, aku no hal je wakaka 8)
Semalam Ahad, 25 November 2007 berlangsungnya perkahwinan kawan aku bernama Irda Syuhada. Irda antara kawan perempuanku yang agak terbuka bila bab berkawan, berkenalan sejak zaman persekolahan dahulu, orangnya ramah, berperwatakan menarik dan ceria. Mungkin lepas ni susah lagi nak berjumpa dia, jadi aku abadikan kenangan bersama disini.

Selamat Pengantin Baru Shah & Irda :D
Incoming search terms:
- kawan kawan perempuan ku
- perkahwinan kawan perempuan
- perkhawinan kawan perempuanku
- sekodeng kawan
- skodeng pengantin


