Archive

Archive for the ‘Personal’ Category

Resolusi 2008

January 1st, 2008 21 comments

desktop ku
sepah gila meja aku

Berakhir sudah 2007, tahun 2008 kini menjelma, bertambah lagi usia kita kawan-kawan, diharap anda sihat hendaknya, aku baru saja diserang selsema, tu lah ligat sangat malam semalam, aku keseorangan tanpa teman di malam tahun baru, tanpa teman, tanpa awek disisi, hanya sms dari kawan-kawan mengubat sepi, selamat tahun baru buat kalian semua :D

Nasib baik tahun ni ada bunga api kat lumut (maaf tiada gambar, aku snap tapi nampak huduh), aku rasa bunga api tuh datangnya dari orang ramai juga, Majlis Perbandaran Manjung kedekut nak bazir duit kot, tiada pertunjukan menarik pon di Lumut Waterfront (Taman Awam di Jeti Lumut), aku je menyibuk, saja nak ambil angin pantai sambil lepak-lepak, jalan seorang diri di tengah ramai orang memang membosankan, tapi aku suka :P

berbalik kepada blog ini

Tiada laporan tahunan untuk blog ini kerana masih belum setahun jagung penubuhannya, lagipon blog ni jarang di update, maaflah aku memang blur dan cerewet, tahun ni aku rajin2 kan diri aku nih menulis untuk korang baca, ok bercakap pasal resolusi/azam tahun ni, aku dah senarai pendek sedikit, apa yang aku mahu dalam tahun 2008 nih ya

  1. Menurunkan berat badan
    -bukan untuk tukar badan jadi kurus yek, cuma paling koman 90-100kg aku capai, itu sudah cukup motivasi untuk ke bentuk badan yang disukai calon isteri
  2. Memilikki PSP atau PS2
    -aku dah jenuh main game pc, ade je spec kaw kaw yang diorang nak, padahal laptop aku Celeron M je
  3. Kembali belajar
    -Aku tak pasti benda nih leh tercapai ke tak, tapi aku memang nak sambung belajar, ada la support kalau terdesak atau kecemasan nanti, tiket anak bos belum menjanjikan kesenangan di hari tua wei.
  4. Update blog 2x seminggu
    -Ya ini untuk kalian pembaca budiman, aku akan realisasikan (jangan cakap je), aku sumbat jela apa yang ada janji..batu (rock)
  5. Reunion kawan2 sekolah lama
    - Dengan situasi kawan2 yang ramai dah kahwin, agak sukar menemukan semua dalam satu-satu masa, tapi ia mudah bila ada salah sorang nak kahwin, dan kita boleh berjumpa disitu, jangan yang datang 2-3 kerat je, punahla harapan gua.
  6. Berpijak atas kaki sendiri
    -Yeah perniagaan, aku semakin suka dengan dunia membabitkan bisnes ini, Cuma ada sedikit masalah adik manis, aku nak berniaga apa ya? Lupakan MLM dan kad Prepaid, aku sudah jemu. (ni leh jadi angan mat jenin) keinginan sudah ada, syarikat sudah ada, mari cuba realitikan.
  7. Sport Rim plus tayar 17 inci
    -Kalau rezeki tahun ni mencurah-curah, aku akan pasang 1 set rim dan tayar baru untuk myvi ku yang terchenta, aku akan pastikan awek-awek menoleh 2 kali dan brader2 kereta terliur seraya bertukar kereta seperti ku

Inilah impian aku untuk tahun ini, doakan semoga tercapai hendaknya, kalau tak tercapai belasah la gua seadanya wakaka :) )

Apakah tahun harapan anda untuk blog picisan ini tahun 2008, suarakan di bawah ya?

Bowling malam pertama

December 15th, 2007 22 comments

kg koh bowling centre

Sebelum ni aku tak tahu pun yang kawasan aku (Sitiawan, Perak) ada tempat main bowling, yang aku tahu kawasan TLDM Lumut je ada 1 gelanggang, tu pun selepas Pernama mengalami era evolusi.

Niat untuk cuba bermain terdetik bila aku mendapat tahu melalui seorang kawan, yang di Kg Koh juga ada 1 pusat untuk bermain bowling, Sumpah aku tak tahu pun peraturan bermain macam mana, nak pegang bola tak reti, jauh sekali ingin melakukan hantaran strike untuk pertama kali ini.

Malam itu aku ajak Isa ajarkan aku cara-cara bermain bowling, setibanya disana tempatnya memang tersorok dan sunyi sedikit menyebabkan aku selama ini tak tahupun yang kat dalam taman perumahan tu ada pusat bowling. Dengan berbekalkan RM 6 seorang anda sudah boleh beraksi untuk 1 perlawanan, rm4.50=1 game dan rm1.50=sewa kasut. Oleh kerana kami berdua je malam tu, Isa ajak main 2 game, setiap pemain diwajibkan memakai stokin sendiri atas dasar keselamatan, hehe keselamatan atau elak kasut bau busuk/cekam.

Perlawanan aku dan Isa pun berlangsung, hari ini dalam sejarah, hidup aku bermain bowling buat kali pertama, yang nyata aku mula suka-kan sukan ini, ia lebih menarik kalau ajak kawan ramai2 bermain bersama, malam itu aku tewas kepada Isa atas kemahiran dan pengalaman dia bermain, aku pulak kali pertama main, 1 hari aku pula akan menewaskan dia hehe.

jom main bowling bersama Rjuna?
mari saksikan aku memperaktikkan jurus lemparan puaka yang amat digeruni oleh semua pemain bowling, ahaks.

Cabaran Diet Rjuna

December 6th, 2007 25 comments

mel at wedding
aku (merah) yang comel lagi mantap

Seperti yang di war-war kan dalam artikel sebelum ni, satu misi berani gagal akan dilancarkan, dan hari ini lah detiknya bermula, aku ingin pembaca sekalian menjadi saksi kepada misi bersejarah ini, di masa depan bila korang melihat aku berjaya menurunkan berat badan dan tidak gemuk lagi ceritalah kepada mereka kejayaan aku.

Aku tahu ramai akan mentertawakan usaha ini dan tak kurang yang menganggapnya mustahil, bahkan Mak aku sendiri ketawa bila mendengarnya. Berikut sedikit persiapan aku untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia Badan Orang Besar.

Rutin baru pemakanan dan kehidupan Rjuna

  • Selalunya waktu pagi, aku mengambil sarapan teh tarik kombo antara nasi lemak, kuey teow/mee/ nasi goreng, roti canai telur, untuk misi ini kita akan tukar kepada biskut dan roti bersama 1 mug besar koko panas yang dibuat sendiri di rumah.
  • Makan tengahari pula aku akan makan seperti biasa, tiada halangan atau protokol bila makan di waktu ini, sebat je apa jadah hidangan pun, pastinya lapar.
  • Makan malam selalunya makan nasi, kini aku had kan untuk tidak ambil nasi, tapi di ganti makanan seperti sarapan pagi=biskut dan roti sahaja.
  • Jogging setempat dan senaman ringan akan dilakukan di waktu pagi setiap hari selama 20 minit wajib.
  • Tiada lagi makanan segera seperti KFC, McD, Pizza Hut buatmu Rjuna, (tapi kalau takat merasa sikit tu takper kan hehe)
  • Minuman Berkarbonat pula menjadi minuman terlarang buat ku sepanjang misi ini, air masak/kosong pula akan menjadi gantinya.
  • Hidangan Ayam dan Telur terpaksa dijauhi dalam misi ini, kerana ayam dan telur seperti mana diketahui di suntik dengan hormon tumbesaran yang tidak bagus untuk badan manusia.
  • Berpuasa sunat juga akan di praktikkan dalam misi ini

Aku menetapkan misi ini selama 1 tahun, jika tiada perubahan dalam misi ini, aku dianggap gagal, dan korang dibenarkan mengejek, mengutuk atau paling jahat meludah ke muka aku ini. Inilah cabaran yang aku mahu lalui, suatu perubahan dalam diri yang perlu dilakukan ke arah yang lebih baik.

Korang dibenarkan memberi komen berunsur cabaran buat ku di bawah, aku mahu sokongan daripada korang dalam menjayakan misi ini, isyallah kalau di izin tuhan ia akan berjaya.Amin.Dengan ini aku melancarkan Misi Diet Rjuna.

Tags: