Archive

Archive for the ‘Personal’ Category

Suka Fwd Emel?

April 14th, 2008 6 comments

Sufiah Yusof

Aku tak faham kenapa ramai kawan kat Friendster suka sangat forward emel berbau sampah. Aku tau la aku kawan yang baik, hensem, maskulin, lemak berkrim disukai ramai, tapi jangan sampai aku label mesej korang sebagai spammer.

Ape-ke-hey-nya yob kau forward emel kat aku, pastu suruh forward balik kat ko, nyampah mak nyer, aku rasa korang pun pernah terima mesej or emel camni,

Adakah anda tahu hubungan antara dua biji mata anda??

Mereka berkelip bersama,
bergerak bersama,
menangis bersama,
melihat bersama,
tidur bersama..

meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain??

Perhubungan seharusnya seperti itu. Kehidupan bagai neraka tanpa kawan. Hari ini adalah “MINGGU KAWAN SEDUNIA”

Siapa Kawan Anda??

Hantar mesej ini untuk semua kawan anda termasuk saya, jika saya salah seorang kawan anda. Lihat berapa banyak anda dapat balik dari mereka. Jika anda mendapat lebih dari 3 itu bermakna anda adalah seorang kawan yang penyayang.

Selalunya aku akan reply dengan kejam, Eh aku dah add ko sebagai kawan cukuplah, nak apa lagi?, diorang pun terus diam sepi tanpa bahasa, see? korang makan hati kan, Shit lah Minggu Kawan Sedunia konon, gua baru 1st time dengar ada minggu kawan pulak, minggu setiausaha ada la.

Dan lagi kelakor ada pulak yang masih percaya Bill Gates nak kasi duit kat korang hanya dengan forward emel hahaha memang BODOH jikalau anda percaya lepas tu forward

Dear Friends,
Please do not take this for a junk letter. Bill Gates is sharing his fortune. If you ignore this you will regret later. Microsoft and AOL are now the largest Internet companies and in an effort to make sure that Internet Explorer remains the most widely used program, Microsoft and AOL are running an e-mail beta test.

When you forward this e-mail to friends, Microsoft can and will track it (i f you are a Microsoft Windows user) for a two week time period.

For every person that you forward this e-mail to, Microsoft will pay you $245.00, for every person that you sent it to that forwards it on, Microsoft will pay you $243.00 and for every third person that receives it, you will be paid $241.00. Within two week! s, Microsoft will contact you for your address and then send you a cheque.

Kali ni siap ada yang mengaku dah dapat cek dari Microsoft pulak wakaka, kawan korang pon 2×5 auta, hey mana ada orang dalam dunia ni nak bagi korang duit begitu banyak, hanya dengan forward email? Fikir logik la sikit.

Lain kali nak forward bagi lah yang baek punyeeer , macam, Gambar bogel Sufiah Yusof ke, Maria Ozawa main dengan Najib ke, 3gp Sharifah SOOfia ke, baru lah aku layan forward korang tuh hehe

FXX U

April 8th, 2008 14 comments

Wohoho ni gua ada satu cerita, hari tu gua ada beli body kit baru untuk Myvi gua, peh memang mengidam lama dah, siap iklan tv lagi, itu siapa nama Shumaker hehe.

Body kit ni kalau pasang kat kereta gua, wa cakap lu mesti awekz-awekz dan mamat drift toleh 8 kali punyalah, lu tau sikit punya susah wo mau dapat, ada 30 je kat dunia nih, nak beli pun kena ada syarat, kena isi minyak dulu, nasib baik gua beli cepat, sekarang dah kecoh wo ramai orang mau boikot itu minyak.

Ituhari 1st time gua isi minyak sampai rm40 tau, demi Myvi gua yang terchenta, gua sanggup lakukan apa saja termasuk menebalkan muka, ok jom kita tengok transformasi Myvi gua bila dah dipasang body kit baru nih, peh tangkap nanges wo, lupakan bodykit TRD, Passo, SE tu semua, ini dia body kit FXX GT mari..

Jom Usya Myvi Gua..

Pinang dan Tunang

February 25th, 2008 14 comments

Semalam 17 Safar 1429 aku menghadiri majlis pertunangan seorang teman bernama Nursaliza. Sebelum ni banyak menghadiri majlis perkahwinan dan akad nikah je, tapi untuk pertunangan, inilah kali pertama dalam seumur hidup aku, jadi aku mengambil peluang ini untuk mengutip segala pengalaman di masa depan hehe :) )

Selalunya majlis pertunangan akan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua belah pihak sahaja, tapi oleh kerana aku dah dijemput, datanglah jugak. Pertunangan adalah antara adat orang Melayu yang masih lagi diamalkan sehingga kini, malah menjadi kejanggalan jika berkahwin tanpa ikatan pertunangan.

meminang

Majlis tunang akan dijalankan selepas adat merisik dan kadangkala ia dijalankan serentak, pihak lelaki yang diwakili sanak saudara si lelaki akan berkunjung ke rumah si perempuan dengan membawa dulang hantaran dalam angka ganjil termasuk cincin tanda sebagai tanda perminangan, majlis akan dimulakan dengan sapaan pantun kepada wakil tuan rumah, tapi majlis yang aku hadiri semalam tidak berpantun atas alasan mahu berterus-terang sahaja, wakil akan berbual2 kosong seketika untuk berkenalan dengan tuan rumah dan ahli keluarganya.

Kemudian majlis diteruskan dengan pihak lelaki akan menyebut nama si lelaki dan perempuan yang akan ditunangkan,  kemudian melihat calon tunangan perempuan, kemudian disusuli dengan bertanya adakah pihak si perempuan setuju menerimanya ataupun tidak, jika menerima pihak perempuan akan menyebut berapakah syarat wang hantaran, mas kahwin yang ditetapkan, juga berapa bulan/tahun janji tunangan diikat, alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan semua bersetuju.

Tunangan perempuan dibawa berjumpa dengan Ibu si lelaki untuk disarungkan cincin pertunangan, tanda si perempuan sudah dimilikki dan menjadi tunangan orang, pihak perempuan juga akan membalas dulang hantaran si lelaki dengan jumlah yang sama atau ganjil.

saliza n friends
Ewah-ewah pose tak hengat korang yek

Majlis kemudian di akhiri doa selamat semoga jodoh dipercepatkan dan berpanjangan hingga ke akhir hayat.amin

Untuk rujukan sila lawati adat meminang dan bertunang orang melayu