XOX 010 FUN, untuk cina je ke?
Telco baru..telco baru

XOX Com Sdn Bhd telah melancarkan produk sulung mereka iaitu Pek Sim Prabayar XOX 010. Prabayar ini disasarkan untuk komuniti remaja berusia 13 hingga 28 tahun.
Dengan menjalinkan kerjasama bersama Celcom, XOX menawarkan liputan meluas ke seluruh negara, kadar bayarannya juga dilihat mampu bersaing dengan telco sedia ada, baik dari segi sms, mms, gprs mahupun 3G.
Cuma yang menjadi persoalan ialah, benarkah prepaid ini hanya dikhaskan oleh komuniti remaja cina sahaja? sebab tengok logo pon ada tulisan cina, kalau itu dah target pasaran XOX, kami kaum lain tak kisah, XOX la rugi, sebab menghadkan pasaran kepada 1 kaum sahaja.

Apa yang di tawarkan XOX 010?
-Sim Pek RM8.80 anda dapat RM89 Percuma (Free 1200 sms x 7sen plus Air Time RM5)
-Call Family n Frens 8 orang tak kira telco apa RM0.20/min

Mana nak dapatkan pek sim ni?
Yang ni tak di beritahu dalam website XOX, mungkin masih baru dan dalam perangkaan mencari dealer yang berminat, berminat jadi pengedar sila hubungi dealers@xox.com.my atau di talian 1 300 888 010
Maklumat lanjut sila rujuk www.xox.com.my
p/s= sesiapa nak buat telco baru lagi..015 masih kosong, jom pakat dengan Ananda Krishnan pulak
Beli lagu di Gua Muzik?
Apa yang aku perhati ramai orang sekarang dah tak beli cd album untuk dengar lagu, berbekalkan pendrive, mp3 player dan sedikit ilmu IT , lagu-lagu mp3 dengan mudah di muat turun secara percuma di internet, sebut sahaja Jiwang, Multiply, Imeem, Youtube, malah ada blog yang dikhususkan untuk berkongsi lagu mp3. Sebenarnya Gua Muzik bukanlah portal pertama yang menyediakan muat turun lagu berbayar. tetapi telco Hotlink telah terlebih dahulu mempelopori peluang perniagaan ini di Malaysia, dari nada dering kepada lagu penuh boleh dibeli secara muat turun terus ke telefon bimbit anda, akan tetapi masalah kelajuan 3G dan sambutan pengguna membataskan peluang ini untuk berkembang, maka lahirlah Gua Muzik

kenapa aku tekan play bunyi tak keluar ya? tekan buy boleh pulak
Selama ini kita muat turun lagu mp3 percuma je kat internet, jadi adakah kelahiran Gua Muzik bakal mendapat sambutan ramai? atau download mp3 percuma akan diharamkan? sama-sama kita tunggu dan lihat.
Dengan sebuah lagu rata-rata berharga RM3 & RM4 di harap artis Malaysia khususnya dapatlah mengutip sedikit royalti mereka disini, kepada sesiapa yang berhasrat nak jadi artis rakaman tu, perhatikan masalah besar ini sebelum menjadi artis, ingat senang ke nak jual album sekarang? Kalau 1-2 lagu je sedap jangan mimpi la orang akan beli album korang.
Aku memetik ulasan Budiey dalam blog nya yang pembeli lagu di Gua Muzik akan dapat menikmati
1.Kepelbagaian
Pilihan terluas arena muzik tempatan dan antarabangsa, dari irama rock ke nasyid, lagu-lagu Inggeris ke Tamil.
2.Kualiti
Muat turun lagu berformat WMA, dengan kualiti 192kbps. (Dalam erti kata lain, kejelasan audio yang menjamin kepuasan).
3.Nilai tambahan
Hadiah percuma! (merchandise, tiket konsert, CD artis yang ditandatangani dan banyak lagi).
4.Kemudahan
Membeli dan memuat turun lagu amat senang dengan hanya beberapa langkah mudah.
5.Kandungan Ekslusif
Gua Muzik membuat anda istimewa (Anda tidak akan dapat memuat turun muzik eksklusif dari mana-mana portal muzik lain) .
P/S= Kagum dengan strategi penjualan album band Hujan, cd album hanya dijual sewaktu persembahan mereka sahaja.
Skim Jutawan Kertas
Asal beli surat khabar je ada benda alah nih? tak habis-habis nak menipu orang .Aku mencemuh skim cepat kaya MLM yang masih bertebaran di luar sana, boleh kata tiap2 hari minggu aku dapat pamplet iklan yang diselit dalam akhbar, sampaikan kat masjid pon diorang tampal, kemaruk sangat nak jadi kaya nih, nak pakai kereta berjenama mewah dan pendapatan bulanan 5 angka.Bodoh 8-}
Tujuan pamplet ini diedarkan tak lain tak bukan cari mangsa downline baru lah tu, iklan mereka biasanya memaparkan dakyah-dakyah mereka untuk menipu meyakinkan orang ramai, testimonial pulak mesti tunjuk pakai kereta mewah, bisnes apa? tak tahu? dirahsiakan, buatnya diorang jual dadah korang pun sms ikut je dengar penerangan, tiada produk ditunjukkan (yeah itulah taring mereka sebenar) perniagaan jenis apa itu ya tiada produk?
Jangan perjudikan wang simpanan anda kawan-kawan, dan pada yang dah menyertainya tolong lah berhenti, jangan tipu orang ramai lagi khasnya orang Melayu, apa guna anda bersusah payah, tapi akhirnya upline (penaja) atas korang yang kaya raya, lama2 bisnes sebegini akan runtuh juga kalau ahli bawahan anda rasa tertipu tak aktif lagi, percayalah. $-) b-(
bisnes apa nya kalau bunyi nya begini kawan-kawan...
"Jadilah jutawan MLM tanpa perlu menjual produk, tanpa perlu membuat "maintain" bulanan dan juga tanpa perlu datang mesyuarat setiap minggu!", "Hanya perlu daftar jadi ahli dengan yuran RMXXX dan cari 2-3 orang rakan sahaja! dan anda akan menjadi jutawan dalam masa beberapa bulan!"
Saya rasa anda pun tentu lebih cerdik dan sudah pandai menilai, hey nak jadi jutawan tu susah tau, kalau semudah itu aku rasa semua rakyat malaysia nih dah kaya raya duduk goyang kaki dapat duit.
>-

