Gila Telur Goreng

sebol dah tak berapa betul, dia nak hadiahkan RM 50 kepada sesiapa yang tangkap gambar telur goreng di Pasar Ramadhan

 

gila telur updated

 

telur goreng1

Tak susah pon mencari telur goreng di pasar ramadhan, lihat aku tangkap 2 gambar telur goreng, ok aku pasti ada orang akan mempersoalkan kenapa ada nasi? yang aku tangkap ialah gambar nasi goreng kampung, dah tentu ada telur goreng kan,

Peraduan yang dianjurkan sebol tidak mensyaratkan (mesti tiada nasi), jadi yang penting ia gambar telur goreng dan dijual di pasar ramadhan, saya serahkan pada budi bicara sebol sebagai juri dan penganjur.

Agak mencabar jugak nak tangkap gambar diatas, aku terpaksa pura-pura membelek-belek handphone kamera ku di depan gerai untuk kandid 2 gambar diatas, sori ya makcik2 gerai kerana aku tak membeli hehe :)

Peraduan masih belum tamat, jadi kalau ada lagi nanti aku masukkan lagi, mari terjah bazaar ramadhan mencari telur goreng, taknak duit raya ke wei? :P

Incoming search terms:

  • idea bisnes gila
  • nasi goreng telur