Aku suka lagu ni sebab ianya catchy dan menonjolkan kelainan vokal diva Anita Sarawak, ciptaan Edry KRU rasanya, Kak Nita you rockuuu, Sayang Kak Nita sampai kiamat :))
Anita Sarawak-Ular
Hey Setan*
Kelak kau sangka ku dangkal
Dipatuk kali kedua pun bebal
Selepas kau cabul kepercayaan ku
Bersalam pun jari dihitung
Usahlah disangka ku ikut saja
Dah perit kecewa diperdaya
Pujuk rayumu telah ku nan jelik
Pasti merangkul anugerah pelakon terbaik
Kini ku pasti takkan percaya lagi
Setuju kanan tapi kau pergi kiri
Ada-ada saja alasan didengar
Oh semua kata-kata
Putar belit macam ular ssss
Chop!
Banyak dah kau minta ku lupakan
Ku hampir gila tapi masih siuman
helah barumu tutup helah lalu
Macam lah ku bodoh tak tahu
Memang dah agak dari dulu lagi
gerak gerimu timbulkan sangsi
Sepandai-pandai ular menjalar
Akhirnya masuk dalam guni bomba juga
Biarkanlah kesilapan
menjadi pengajaran
Sekiranya pengalaman
lebih matang dan
ku berwaspada
-Perhatian tanda* bermaksud penyalin lirik tidak dapat mentafsir perkataan yang diucap
-Kredit mp3 oleh LaguBaru.blogspot.com
-Mp3 dan Lirik hanyalah promosi, nak berkualiti nyanyilah sendiri.
Dah lama aku tak buat update sebegini, masih kenal Cenderawasih atau Rjuna di blogspot dulu, atau masih ingat lirik Alhamdulillah oleh Too Phat dan Samseng dari Ahli Fiqir yang korang copy bagai nak rak dulu, aku lah tuan punya blog itu :))
Selalunya bila lagu yang aku minat, dah ada mp3 nya aku salin lirik ini sendiri, dengar kat speaker dan salin, kemudian letak di blog, peh nostalgia siot, kemudian kan, ko boleh tengok lirik yang ko salin ni di copy dari forum hingga ke dalam majalah hiburan
Ya JJ & Rudy kembali lagi dengan lagu jenaka mereka, lagu ni ialah parodi kepada lagu Will.I.Am-I Got it From My Mama yang menduduki carta teratas di Hitz.Fm, tentu semua pengusaha restoran mamak tengah kembang hidung lepas ni, aku juga antara yang gemar mengunjungi kedai mamak untuk makan maggi goreng, sama teh tarik gelas besar fuh layanan VIP diorang tip top dan pantas.
Lirik ini telah di-copy secara senyap dari blog kepunyaan Sh@un, sila berikan kredit dan perhargaan buat beliau, penat dia salin lirik ni, aku sedap-sedap je copy.