Seorang pembaca blog ini Fathi, ada hobi suka bertanya, ada jer benda dia nak tanya, dulu dia suka tanya kat emel friendster, pastu dalam blog ini dan kini secara sms pula, kekadang aku terasa macam bapak menteri pon ada, takpon rasa cam Profesor Serba Tau (Gila-Gila) pon ada jugak, entah betul atau salah info aku bagi kat dia, aku bedal jer.
Selalu Fathi sms aku jawab reply guna sms jer, tapi kali ni panjang sangat aku nak balas nya, ini sms dia, tanpa edit.
Bro kenapa org cina susah nk memahami konsep beraja? knpa org cina susah nak brgaul dgn kita? mngapa org cina bgtu kurang ajar? mengapa org cina perak bgtu berpuak? adakah mereka keturunan kongsi gelap? org india pun senang bergaul dgn kita, tpi org cina susah! why?( hrp bls kerana raja muda perak menegur org politik yg keterlaluan)—>Fathi de sanjung, Melayu, 18 tahun, tengah tunggu PLKN
harap jangan lah ada ada orang cina yang tersinggung, bukan ditujukan kepada semua kaum cina ya. segelintir sahaja.
Patutnya Fathi ko bertanya pada orang cina sendiri, aku bukan orang cina yang menyertai DAP atau nama ku bukan Lim Kit Malam, jauh sekali bukan Karpala Pusing, tapi aku jawab la jugak la untuk adik Fathi ku sayang.
Kenapa orang cina susah nak memahami konsep beraja (Raja berpelembagaan) ?
Fuh soalan kalah sejarah SPM nih, bukan diorang tak faham, tapi sengaja buat-buat tak paham, DAP sebuah parti demokratik sosial yang lebih ke arah sosialis, perjuangan mereka ialah cuba sama ratakan hak semua kaum di Malaysia ini sama seperti di Singapura, siapa PM singapura? Cina, so paham-paham sajalah apa yang mereka mahu, bila hak semua kaum di sama rata kan, hak ketuanan orang melayu sebagai bumiputera akan hilang, dan penghalang mereka sekarang ialah Sultan dan Raja Melayu kerana berkuasa menentukan siapa Menteri Besar siapa PM.
Kenapa orang cina susah begaul dengan orang melayu?
Bukan susah bergaul, ada juga orang cina yang pandai bergaul, ok pergi kat kawasan perumahan cukuplah, kebanyakan orang melayu tak suka jiran sebelah nya orang cina atau india, atas alasan jiran bukan melayu nya bela anjing lah, bising lah, takde kelas la, bau tok pekong lah, orang melayu suka tinggal dengan melayu saja, macam mana nak bergaul? lagi satu orang cina suka hantar anak diorang ke sekolah cina sahaja menyebabkan jurang ni terhasil sejak kecil lagi.
Mengapa orang cina begitu kurang ajar?
kurang ajar yang macam mana tuh Fathi? Terangkan kat aku lagi, subjektif sangat, kaum lain pun ada kurang ajar jugak.
Mengapa orang cina begitu berpuak?
Kaum lain pun ada puak jugak, BN-PAS, Tamil-Sikh, orang Cina aku tak nampak puak sangat cuma kalau BN-DAP, mungkin ya, Orang Cina aku nampak bersatu untuk membangunkan komuniti diorang, diorang tak bimbang pon kalau tak dapat bantuan kerajaan, malah ada persatuan yang akan bantu dalam kewangan kalau nak bukak bisnes, asalkan rajin, campak la mereka kemana pon diorang boleh hidup, orang melayu kena contohi sifat rajin dan bersatu mereka
Adakah mereka (cina) keturunan kongsi gelap?
Ko baca buku teks sejarah tak ni Fathi, ker memang tak minat sejarah nih? Orang cina dibawa masuk dari China oleh orang Inggeris yang menjajah negara kita dahulu untuk menjadi pelombong bijih timah di Kinta Perak, dan ada antara diorang adalah cina keturunan baba & nyonya dari Melaka, suku sakat puteri Hang Li Po dulu, takat tu je yang aku tahu, tang kongsi-kongsi gelap tuh, ko pergi jirat cina moyang diorang ko tanya sendiri wahaha.
Orang India senang bergaul tapi orang cina susah why?
Bagi aku 2×5 jer, masalah utama aku rasa= bahasa dan dan jarang diberi peluang bergaul sama, sekolah pun ada jenis kebangsaan Tamil, jenis kebangsaan Cina, kebanyakan orang cina malaysia lebih fasih bertutur dalam bahasa cina dan bahasa inggeris, melayu sikit-sikit dan pelat, kalau cakap pon hal-hal penting aja,
nak salahkan 100% orang cina tak adil juga kalau orang melayu sendiri taknak bergaul, cuba tanya kawan atau mak bapak kita, berapa ramai kawan cina yang diorang ada? kat situ ada jawapan dia
Penafian= kami Rjuna.net bukan mahu membangkitkan isu perkauman, tujuan kami memperjelaskan apa yang ditanya oleh pembaca kami, jika info yang diberikan tidak benar dan bercanggah sila komen di bawah untuk memperbetulkannya
p.s= ada sesiapa nak bertanya lagi? sila emel rjuna7 at gmail dot com atau sms kosong satu dua lima tujuh lima tiga lima tujuh tiga
Komen Korang