RJUNA Cantik Menarik Tertarik Kau Memang Debab

26Feb/1039

Minyak naik 1 Mei 2010 dan sistem subsidi petrol baru

#Update: Pelaksanaan penstrukturan subsidi petrol dibatalkan selepas mendapat reaksi negatif pelbagai pihak, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Metro 5 Mac 2010

Desas-desus harga minyak petrol akan naik bukan satu rahsia lagi, kalau anda peka dan membaca akhbar, isu ini memang ada diperkatakan, maklumat yang aku dapat ni datangnya dari email forward sahabatku Ejoy

Maklumat ini dipetik dan diterjemah dari laman web PaulTan, kesahihannya tak dapat aku pastikan, terserah kepada kebijaksanaan kalian untuk mempercayai atau tak,

Maklumat sistem subsidi petrol yang bakal dilaksanakan 1 Mei 2010

+ Mekanisma subsidi petrol akan diumum pada Mac 2010.

+ Beli petrol pada harga subsidi dengan menggunakan Mykad. Pemilik kenderaan berdaftar hanya dapat subsidi untuk satu kenderaan sahaja.

+ Sistem ini akan diuruskan oleh Maybank

+ Ujian mekanisma ini akan dijalankan pada hujung Mac atau April

+ Pemilik kenderaan hanya dapat subsidi 200 ke 300 liter sebulan bergantung pada kapasiti enjin

+ Enjin kenderaan 2000 cc ke atas tiada subsidi

+ Kenderaan milik syarikat tiada subsidi

+ Bila subsidi habis digunakan untuk sebulan, pemilik kenderaan beli petrol pada harga tanpa subsidi iaiti RM 2.10 seliter untuk RON95.

+ Harga RON95 bersubsidi mungkin akan naik pada RM 1.90 seliter.

+ Harga RON97 tanpa subsidi mungkin naik pada RM 2.50 seliter.

APA YANG PENGGUNA HARUS LAKUKAN?

Cadangan :

- Jika ada lebih dari satu kenderaan, tukar milik kenderaan pada nama isteri, anak-anak dan lain-lain, supaya setiap kenderaan dapat subsidi.

- Sesiapa yang beli kereta belum tukar nama uruskan tukar nama segera untuk dapatkan subsidi.

- Kalau ingin tukar kereta , guna kereta cc rendah atau guna motosikal.

- Desak majikan atau kerajaan menaikkan tuntutan elaun petrol untuk tugas rasmi, kerana subsidi petrol sebulan 200 ke 300 liter hanya untuk kegunaan peribadi.

- Pastikan cip pada Mykad berfungsi.

kongsikan maklumat ini dengan orang lain, agar kawan² kita dapat bersedia dari awal, takdela tergezut macam tahun 2008 yang lalu, kata nak naik bulan ogos tapi bulan Jun dah naik, tak ke haru dibuatnya.

Sumber: Paul Tan-Details on May 1st new fuel subsidy system to be revealed in march 2010


30Nov/09Off

Motif kewujudan Team Nuffnang?

Hai korang. Sihat? Selalu kita asyik baca Abang Juju membebel je kat sini, bosan tak? Ok kalau bosan kali ni biar aku yang mendominasi blog ni pulak. Hahaha! Siap ko Abang Juju!

Ok sebagai penulis undangan pada artikel terbaru blog Rjuna kali ni, aku taknaklah mengamuk tak tentu pasal. Tapi memang rasa nak mengamuk jugak ni. Bukanlah mengamuk apa, cuma rasa nak mengamuk sambil kasi nasihat kat blogger-blogger newbie yang perangai macam hampas ni. Baru sebulan dua kenal blog dah buat perangai mencacatkan pemandangan dunia blog Malaysia yang selama ni bergerak lancar tanpa masalah.

Dengar cerita dari Topotato, blogger newbie ni ada tubuhkan team khas untuk Nuffnang. Bukanlah team nak support Nuffnang dari segi positif ke apa, tapi team nak "prekk" Nuffnang dengan blogger-blogger tempatan sekaligus.

UPDATE : Tiga Team Klik² Nuffnang telah berjaya ditumpaskan dalam masa satu hari, mereka telah diberi amaran oleh pihak Nuffnang supaya menutup operasi mereka atau di-ban seumur hidup. Walaubagaimanapun anda masih boleh melihat cache page mereka meskipun sudah dihapuskan.

1.NuffnangTeam.blogspot.com
2.NuffnangRangers.blogspot.com
3.NuffSquad.blogspot.com

Khabarnya,


24Mar/0911

Sayangi bumi kita dan padamkan lampu

Mulanya aku nak tukar theme blog ni  kepada Earth Hour, tapi macam canggih sangat, kesian nanti kepada pengguna IE6 (versi IE6 dan ke bawah memang sux beb, ber-lompat lah sekarang ke Musang Berapi)

Aku mula dengar kecoh-kecoh Earth Hour ni kat dalam radio, pelik kenapa kita nak kena padamkan lampu pulak kan? kenapa tak padam letrik terus ke, lagi jimat, err mati kepanasan kang aku dalam bilik ni (takde letrik dalam sejam ibarat mimpi ngeri tau, air takde takpe, tapi jangan takde kipas).

Ape kejadah nyer Earth Hour ni?
Earth Hour adalah salah satu kempen WWF untuk mengurangkan pemanasan global dunia dan menggalakkan penjimatan tenaga untuk generasi akan datang, mula diorang start kat Australia tahun 2007, kemudian ia julung kalinya di Malaysia untuk tahun ini.

Apa akan terjadi kalau pemanasan global ini dibiarkan berlarutan? Bayangkan Ais di kutub utara dan selatan akan mencair, lalu air laut akan naik sedalam 6 meter, kalau anda pernah tengok filem The Day After Tommorow, hah camtulah lebih kurang, dan bermacam-macam bencana alam la yang akan musnah termasuk haiwan, adakah itu yang bakal anak cucu kita warisi? anda mampu mengubahnya.

Jom jimat kan pengunaan tenaga, berilah dunia kita ni berehat selama 1 Jam pada 28 Mac 2009 ini mulai jam 8.30 malam hingga 9.30 malam, dan nyatakan sokongan anda di www.earthhour.org.my

p.s= agaknya konsert AF7 padam lampu tak sabtu ni :razz:


11Feb/0948

Mahu jadi komando? Pikir 8 kali

Ada orang kata jadi tentera ni loser, tapi aku tetap suka dan bangga, apa taknya ayah aku sendiri seorang bekas tentera, pernah jugak masa sekolah dulu ada hati nak jadi komando, pengaruh filem Rambo kuat masa tu.

Badan tegap, muka celoreng, hanya dengan sebilah pisau, korang mampu hidup berdikari di hutan, memporak-perandakan musuh, hidup dan mati hanya diabadikan buat bangsa dan negara. Itulah lah kebolehan seorang komando, tapi tahukah anda bagaimanakah seorang komando dipilih dan di lahirkan, mungkin Malaysia perlu menerbitkan sebuah filem dokumentari mengenai dunia komando ni, dulu Majalah 3 pernah buat sikit.

Kalau korang rajin godek² youtube, dapat la lihat sikit bagaimana diorang di rekrut untuk masuk ke dalam skuad khas itu, dibiar dalam hutan berminggu-minggu, badan disalut lumpur, makan beruk panggang, berkubang dengan lumpur malam hari. Pendek kata mimpi indah hanyalah semalam.

dan video di bawah hanyalah secebis latihan yang cuba di politikkan, video di bawah adalah latihan asas bagi menguji seseorang komando jika ditawan pihak musuh, adakah musuh akan membelai manja tawanan? dan bagaimana kalau rahsia seluruh skuad di ketahui pihak musuh? Saksikan..

video komando di dera

Sedut video ini dalam fail 3gp | Flv

Kredit Screenshot= Syahril A.Kadir


11Jan/0910

Pinky- Ke Awangan

Selalunya bila dengar mp3 lagu, aku mengambil pendekatan dengar dulu lagu nya macam mana, kalau sedap aku ulang banyak kali, kalau tak sedap aku delete.

Bila dah ulang selalu tuh, mesti lagu nya sedap, samada melodi atau liriknya, kena pulak mood tengah baik, kesedapan lagu tersebut boleh membuat aku tiba-tiba jer rajin, send lagu kat kawan², kemudian siap salin lirik dia sendiri pulak tu kalau takde, ingat lagi aku pernah sampai sms part lirik lagu yang best tu kat kengkawan, ajer gila kan :???:

dan kegilaan itu lah yang membawa aku, untuk memperdengarkan korang lagu minah ni, Pinky namanya atau lebih dikenali sebagai Zana/Zhana AF5, lagunya fun dan catchy, aku search kat internet takde orang buat lirik ni lagi jadi aku salin untuk korang (haha trafik trafik trafik)

Pinky Zhana AF5


Page 1 of 41234
[close]