RJUNA Cantik Menarik Tertarik Kau Memang Debab

10Apr/0913

Kasi lawa Musang Berapi

Bosan kan kalau tengok browser web kita asik sama je tiap hari, dalam desktop aku memang ada browser lain macam Opera, Google Chrome dan paling kuno Internet Explorer 6 (masih guna Win XP),

Kalau diberi pilihan membuat perbandingan semua browser ni, Firefox adalah pelayar web terbaik masa kini.

Tapi hari ni aku nak tunjuk korang sekarang firefox dah boleh tukar skin pelayar nya, kool bukan? Nak cuba? meh aku tunjukkan caranya..

musang-berapi-tukar-kulit

{klik gambar untuk skodeng}

1.Mula-mula pergi website ni www.getpersonas.com

2.Install add-on klik Get Personas for Firefox-Free

3.Restart firefox dan pergi balik getpersonas.com

4.Pilih theme mana yang korang minat kat Gallery, pastu klik Wear This pada skin tuh, syabas hehe :smile:

Pada yang terer design leh la cuba submit design korang dalam GetPersonas, klik kat bahagian Create Your Own.

Kini pengguna Internet Explorer 6 ada sebab untuk bertukar ke Firefox,

p.s= IE6 pelayar ranking ke 2 banyak melayari blog aku nih,  Firefox 3 di ranking pertama :cool:


7Apr/0913

Mobiliti

Cuba, try, test tengok, wah boleh update guna henfon la hehe :razz:

Post kali ni di update menggunakan Sony Eksyen k810i, kenapa? Tak percaya yek?

Aplikasi= Opera Mini, maxis 3g

[update guna phone tamat disini]

Ada orang bertanya, bagaimana nak update blog guna henfon

sebenarnya aku dah bagi hint kat atas tuh Opera Mini, Opera adalah web browser yang pantas selain firefox

Mula-mula kita  install Opera Mini di sini www.opera.com/mini, atau taip saja kat gprs wap atau 3G alamat yang sama, download dan install di henfon korang, save.

Try la surf-surf kejap then test bukak blog korang guna opera mini tuh, amcam laju tak, better la dari guna gprs biasa kan, ok langkah seterusnya..

Login blog korang sama macam login blog kat pc, dah berjaya masuk, update lah post terkini , bagi pengguna wordpress boleh gunakan Quickpress untuk update pantas, dan untuk blogspot pula tekan je new post sama mcm blog di pc.

tu jer cara yang aku guna, ada paham tak? siapa tak paham pendek umur wakaka, pada sesiapa ada cara lagi MANTOP, sila komen di bawah ya, Sharing is kering hehe Selamat Mencuba :smile:

p.s= kredit henfon anda akan dipotong ikut berapa kb yg korang guna, di syorkan update guna mobile jika internet tiada.


1Mar/0913

Pemenang Kaki Komen bertuah

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua,

Kita sudah sampai ke penghujung bulan Februari, seperti dijanjikan dalam entri 31 Januari 2009-Idea Tepu , aku ingin mengumumkan 3 orang pemenang untuk contest kaki komen bertuah blog Rjuna.net bulan ini.

Ok sepatutnya kalau sebut bab BERTUAH, bukan bermakna siapa paling banyak komen yang akan menang,  selalunya pemenang bertuah, akan di tentukan menerusi cabutan, dan ia lebih kepada nasib.

Berlaku satu masalah semalam, aku terlambat nak print-screen Top 10 kaki komen untuk akhir bulan februari 2009, pertukaran bulan Februari kepada Mac telah  menyebabkan plugin kaki-komen secara automatik bertukar menjadi zero, sebab telah di set kepada 'Monthly' mode.

Justeru selaku penganjur, aku mengambil keputusan memilih pemenang menerusi komen 3 orang yang terbanyak, dan mereka adalah..

RM 10 utk kaki komen bertuah

Zelo55 (21 komen), Azmil (20 komen), dan An2blur (19 komen)

Tahniah anda bertiga telah memenangi wang tunai sebanyak RM10 setiap seorang, pemenang akan dihubungi oleh saya sendiri melalui email.

Yang tak menang jangan makan hati ok, aku sebenarnya rasa ralat juga tak bagi korang apa-apa, at least belanja choki-choki sebungkus sorang ke kan?. Boleh cuba lagi bulan Mac ni ok.

Jumlah komen pon dah bertambah, jadi peraduan ini diteruskan kembali mulai 1hb-31hb Mac 2009, tapi kali ni siapa komen paling banyak pon belum tentu menang, sebab aku akan guna sistem Random Number Generator, sistem yang akan memilih secara rawak melalui list Top 10 Kaki Komen.

Doakan aku murah rezeki, kaya idea, dan slim (eh apa kena mengena) :razz:

Plugin Show Top Commentator (Wordpress Only)


17Feb/0913

Twitter..poyo biar pada tempatnya

Salam sejahtera pembaca sekalian, kali ni nak citer sikit pasal twitter, aku tengok ramai kawan² blogger kat sini belum ada akaun twitter, daftar la weh, percuma saja maa,

Apa kejadahnya Twitter ni? Twitter secara mudahnya berfungsi seolah-olah anda sedang update blog/status anda dimana² saja, melalui sms, melalui web, malah melalui blog anda sendiri (tarik trafik ke blog beb), bayangkan korang ada 1000 follower? koman² 100 klik link update korang kan?

Cakap banyak pon tak guna, jom daftar kat Twitter.com, buat yang takde blog pon tak mengapa, boleh ikut daftar sama, twitter ni pon macam mini-blog juga.

twitter

Kalau update status di website asal Twitter mungkin nampak sedikit leceh dan bosan, sebab kena isi ID dan Password tiap kali masuk, then  kadang² website asal tu slow, jadi aku cadangkan pada yang guna pelayar firefox boleh mencuba plugin Twitterfox, aku jamin korang akan gian ber-twitter lepas ni.

twitterfox

Add-ons Plugin Twitterfox disini (Firefox user only)

Untuk Twitterfox ni,  setiap update dari kawan twitter yang korang follow akan muncul di bucu kanan pelayar firefox, cuma login sekali je, pastu korang boleh update la benda² menarik atau info yang berlaku tentang korang, tentang update blog ke, peluang bisnes ke, politikus ke macam² ada la.

Fungsi reply twitterfox juga boleh digunakan untuk berinteraksi atau bersoal balas dengan kawan twitter yang lain, kalau ada yang bertanya kat korang tu, jawab/reply la.

Ok rencana kita tamat disini saja, jangan lupa follow aku twitter.com/rjuna ada tiada hadiah menanti korang hemo-hemo :grin: :evil:

Info=ketika post ini ditulis fungsi sms twitter sedang rosak barangkali, jadi takleh nak update melalui sms.


4Feb/0920

Hemo Hemo Hemo

Aku gelak sakan bila tengok iklan ni kat Mudah.my, beli kucing sekor percuma anak kucing dalam kandungan, harga RM80.

kucing hemo hemo wakaka

Aku mungkin pikir 8x beli kalau kucing ni spesis parsi ke, belang macam kucing hutan ke, atau kucing tu leh buat bunyi Hemo..Hemo..Hemo macam kucing dalam anime Ninja Boy tuh, ekonomi tengah gawat ni, sampai ada orang jual kucing bunting secara online.

mungkin akan datang ada orang jual spender terpakai pula lepas ni, mudah nya :grin:

Fakta= Lebih 10 ribu rakyat Malaysia hilang pekerjaan sejak 1 Januari 2009 dan lebih 600 ribu orang lagi sedang mencari pekerjaan diluar sana, sayangi lah kerjaya anda sekarang, kerja bior betul², amanah, bertanggung jawab lagi dedikasi, barulah berkat gaji tu.

Selingan hemo hemo :razz:

Kredit buat= adinda ku Pawaka aka azmil.


Page 1 of 3123
[close]