HIDUP SEORANG BLOGGER
iklan
Abg Juju model iklan DiGi
Apr 7th
Peringatan: ini sebuah entri yang Mencari Publisiti Murahan atau bahasa saintifiknya MENCAPUB
Gosip mengatakan Abg Juju dilamar menjadi duta telco Digi ternyata benar dengan tersiarnya iklan di Tivi semalam, pihak Rjuna.net ketika ditemui enggan mengulas lanjut hal ini kerana masih menggunakan Hotlink
Ingin pop+ular seperti Abg Juju diatas? layari website ni untuk maklumat lanjut SoEasyToBeFamous.my
Fakta atau Auta= Aku pernah sekejap pakai Digi sebagai line ke-2, pastu berhenti, sekarang dah bosan dah pakai hotlink ni, rasa nak tukar telco pulak (nombor kekal), ok ke digi ni ha?
celcom ko tak nak try ke Juju? uhuks (kaler biru mengingatkan aku pada Chelshit) takmo haha
(dengan lenggok manja sekali) DiGi..nak Iphone/Blackberry free boleh? sah entri membodek DiGi nih
Rjuna.net Butang Banner
Jul 27th
Hari ini dalam sejarah
Secara rasminya kawan melancarkan banner rasmi untuk blog ini. Kalian boleh kopipes butang banner di bawah ini ke blog kalau suka, kalau tak suka?.. jikalau orang tak suka tak apa–eh eh karok pulak dia.
Kawan buat butang banner ni guna software Photoscape sepenuhnya, dibantu artikel tutorial dari blog Marzuki Jalil (psst juki kawan nak iklan free di blog kamu boleh tak? keh keh),
banner dibawah ni akan digunakan untuk tujuan promosi blog ini. mungkin kuar modal sikit kot beli ads spot kat web/blog yang punya trafik lebat. Ini juga salah satu dari kaedah menjana trafik pelawat ke blog anda.
Kalau ada sesiapa yang nak exchange banner blog, boleh komen dibawah atau klik ke ruangan contact diatas, banner korang mungkin akan diletakkan di ruangan kosong di bawah sana, di ruangan links atau mungkin di kawasan antara artikel dan ruangan komen sana, eh berapa banyak mungkin daaa.
Setakat ni format iklan size 125 x 125 atau 175 x 80 atau 80 x 31 sahaja diterima, trafik blog ini pun tak lebat sangat jadi buat masa ini kawan tak kenakan bayaran pun.. FREE jer (Terhad untuk banner blog sahaja, bukan banner bisnes ya)
So apa komen korang mengenai butang banner dibawah ni, burok ke, lawa ke, terlampau hyper ke sila komen jangan malu-malu yer.
Jom exchange banner
![]()
P1 memulakan perang ini dengan iklan potong kabel telefon, ok kabel telefon siapa lagi kalau bukan TM, dan kabel kaler oren (warna korporat Streamyx) kah kah, bagus juga ada saingan, monopoly Streamyx harus dipecahkan, agar ia tak jadi barah ke seluruh negara.



Komen Korang