
Hari ini aku ubah cara penulisan, buka wordpad lalu terus menulis, tak seperti selalunya aku akan on internet, check email dulu, bukak ym, on twitter baru menulis, kali ni berbeza.
1 kelemahan aku ialah hilang tumpuan/fokus, bayangkan lah kalau awek-awek ym ajak chat dan update twitter menggoda untuk di klik, mana tak lambat nak update blog, Bila dah penat jadi malas pula, lalu tertangguh lah entry ini, tu sebab blog ini tagline nya blog yang jarang-jarang update,
Maafkan aku pembaca sekalian, terima kasih kerana masih sudi lawat blog ni walaupun korang tau tuan punya blog pemalas nauzubillah
Entry kali ni bakal menjerumuskan aku kearah genre blogger selebriti, tapi itulah guna nya blog personal kan? Alasan la ko Rjuna, blog ni dah macam rojak dah aku tengok,
jom menjengah 1 hari dalam hidup seorang blogger bernama Rjuna..habisla ramai tau apa aktiviti aku selama ni
