Diari Rjuna | R J U N A - Part 3

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog R J U N A.

Archive for 'Diari Rjuna'

Salam Idulfitri

Selamat Hari Raya dan Salam lebaran, minggu ini aku menerima kad kad ucapan hari raya aidilfitri dari kawan, sahabat dan awek-awek skandal, ceh nampak cam banyak jer, padahal 4 keping jer terima, ok lah tuh ada jugak orang ingat kat aku.

Mana 1 best? kad raya digital atau kad raya sebenar? mestilah kad raya sebenar beb, feel dia masih ada, ko bayang orang susah2 beli kad raya, beli setem, tuh belum campur penat puasa dan duit minyak nak uruskan semua tuh, peh aku terharu beb, memang salut la kat korang2 yang hantar kad ucapan kepada aku, terima kasih tak terhingga, siap dapat duit raya yang tak tahan tu hihi, jangan risau yek aku dalam proses membalasnya.

Ko tau apa perasaan nya bila tengok ada kad raya tertera nama korang kat dalam peti surat, seronok-dua-tiga ronok beb, biar la orang nak kata aku old skool ke jiwa jiwa ke, aku suka kad raya sebenar, dan nak tau tak, aku masih simpan kad2 raya yang aku terima 2-3-4 tahun lepas hehe buat apa? buat perkasam.

Sebenarnya impian aku nak hantar kad raya kat semua pengunjung blog aku ni, tinggalkan alamat rumah korang dan kemudian aku hantar kad raya khas dari Rjuna.net, malangnya fulus ku tidak mencukupi untuk itu semua, mungkin lain tahun agaknya.

Di kesempatan ini aku ingin memohon ampun dan maaf, andai tulisan2 aku dan kutuk-kutukan aku sebelum ini mengguris jiwa korang, aku cuma manusia biasa,penuh dengan kesilapan.

Selamat Hari Raya Idulfitri dari Rjuna, berhati-hati di jalan raya, semoga Allah menerima dan memberkati ibadah puasa kita pada tahun ini Amin.

p/s= Terima Kasih buat Khairul Aza (Igg Plus), Nurul Lyzah, Khairul Hazizy dan Khairur Rijal, kerana hantar kad raya kat aku tahun ni dan tak lupa juga kawan2 yang hantar kad raya digital di Friendster, thanx yek

Posted on 26 September '08 by Rjuna, under Diari Rjuna, ucapan. 10 Comments.

Kena Reject.. Apa Nak Buat?

Selamat hari kemerdekaan dan Selamat menyambut bulan Ramadhan, alhamdulillah aku diberi kekuatan untuk terus menconteng blog ini, biasa lah lambat update tu, sila baca tagline blog ini kalau masih tak faham, lain kali kalau blog ni lambat update, selongkar lah arkib aku tuh, kot kot jumpa harta karun ke hehek.

Sepanjang minggu kemerdekaan lalu hubungan cinta aku dengan si dia diuji lagi, tak tahu dimana silapnya, mungkinkah aku yang terburu-buru, benarkah aku sekadar persinggahan atau juga angkara orang ke-3, dia tak dapat terima aku sebagai seorang kekasih, kecewa memang lah kecewa, mujur si dia menyatakan hal ini awal-awal, buatnya time nak kahwin or tunang dia buat camni, tak ke naya aku.

Aku pernah bagi korang tips memberi 50% jiwa anda pada si dia, dalam situasi ini lah peranan tips itu berfungsi, Alhamdulillah hari demi hari aku bangkit dan boleh menerimanya, dunia belum berakhir kan, kami pula masih berkawan macam biasa.

Apa korang akan buat bila orang yang anda cintai selama ini cuma menganggap anda hanya sebagai kawan atau abang? disini aku berkongsi apa yang perlu dibuat jika situasi ini berlaku kepada anda.

Terima Kenyataan
Ok ini perkara utama yang perlu korang buat sekiranya kena reject, menerima dan memahami kehendak si dia, korang kena terima yang si dia memang tiada hati kat korang, terimalah dengan hati terbuka, cinta tak boleh di paksa kan?. Percayalah tuhan pasti menjodohkan anda dengan orang yang lebih baik

Buat Bodo Jer
Sedih, kecewa dan malu memang ada, cuma berikan masa untuk diri korang bersedih seketika, dan selang berberapa harinya, kalau terserempak si dia, buat macam takde apa2 berlaku, sembunyikan kesedihan korang, jangan buat muka monyok, nampak sangat anda loser.

Keluar bersama kawan-kawan lain
Untuk mengubati kesedihan korang, keluar la hangout bersama kawan-kawan, selama ini fikiran korang asik kat si dia je, sampai lupa kawan, keluar la karok ke, tengok wayang ke, lepak kat mapley ke, lakukan aktiviti yang boleh melupakan si dia, bukan terjun bangunan ya.

Kawan atau putus saja?
Bergantung pada tindak tanduk si dia dan anda, kalau korang rasa putus itu lebih baik, maka perlahan2 anda jauhkan diri dari si dia, kalau si dia minta hubungan ini terus jadi kawan, why not teruskan jer, malu tu sekejap je la, pastu ok, cuma hubungan kawan ini mungkin dah tak serapat dulu.

Pengalaman
Jadikan situasi ini pengalaman berharga anda, yeah bukan semua orang melaluinya, pengalaman ini akan mematangkan anda dalam soal cinta, korang mungkin boleh membantu orang lain selepas ini jika situasi ini berlaku kat diorang.

p/s= kalau ada sesiapa nak tambah lagi sila komen, sharing is caring hik hik :)

Posted on 6 September '08 by Rjuna, under Diari Rjuna, Tips. 10 Comments.

Setahun Jagung dan Suku Abad

Dengan lafaz bismillah sebagai pembuka bicara, Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca dan pengunjung blog Rjuna.net.

Tanggal 7 Ogos 2008 lalu genaplah usia 1 tahun blog ini beroperasi, aku tak tahu apa pandangan orang terhadap blog picisan ku ini, memang aku sengaja membiarkan apa sahaja topik menerjah untuk di conteng, dari review filem, lirik lagu, EPL, malah politik turut disuarakan, tiada apa yang akan berubah selepas ini.

Aku ingin mendengar testimoni anda sebagai pembaca dan pengunjung Rjuna.net, suarakan kehendak anda di bahagian komen, apa yang perlu ditambah, di kurangkan, mintak selalu update ke, ubah theme baru ke, nak peraduan ke mintak jer, aku cuba usahakan kalau mampu.

25 Tahun
07 Augustus 1983, usia ku kini genap 25 tahun, dah tak boleh main-main lagi, huha huha boleh, imej seorang lelaki dewasa yang tampan lagi kiut perlu ditonjolkan. Gatal-gatal miang ingin berkeluarga mula menjentik hati, aku perlu memandang jauh kehadapan, kedudukan kewangan perlu di stabilkan agar terjamin masa depan dan aku berusaha ke arah itu, sedikit demi sedikit berdiri atas kaki sendiri dari mengharapkan perniagaan keluarga saja.

Terima kasih buat awek, sahabat, kawan, rakan dan teman-teman yang mengucapkan selamat hari jadi buat insan debab ini, anehnya ramai yang wish di Friendster, di Rjuna.net takde pulak, thanx friendster, birthday alert mu sungguh berjasa, takkan ucapan je korang nih, hadiah2 takde ke? add aku sebagai kawan di FS dengan email ini rjuna7[at]gmail.com

Sambutan Hari Jadi
Hadiah apa aku dapat tahun ni? sarung kotak tisu (kakak angkat), kain ela baju melayu raya 5 meter (Emak), dan baju kemeja (Ayah), adik adik aku mana sorang tak bagi lagi ni?, ah tak kira paksa jugak korang bagi, tidak aku nak merajuk lah camni hehehe poyos.

Tahun ni dapat sambutan hari jadi yang berbeza sikit dari seorang kawan yang sudah ku anggap sebagai kakak, namanya Kak Nita, mulanya dia ajak makan tengahari di Secret Recipe Sitiawan, lepas order makanan apa semua, kezutan tiba tiba datang, pelayan restoran membawa kek coklat siap lilin lagi aduyai, lagu happy birthday berkumandang di corong speaker, aku time tu dah tak senang duduk, orang ramai dalam restoran pulak tuh, pastu lagu abis semua tepuk-tepuk tangan dan senyum-senyum kat aku, aduh terharu campur segan, nampaknya Kak Nita dah plan benda ni masa dia order kek tadi, sayang kak Nita sampai kiamat, terima kasih kak.

Kak Nita lah bagi hadiah, Kak Nita lah juga belanja kek, kak Nita bayar semua peh!!, aku tak tau nak kata apa lagi segan pon ada, hanya ucapan terima kasih yang tak terhingga buat dia, apakah tuhan menganugerahkan aku seorang kakak?, hanya tuhan saja yang tahu, Kak Nita kini sudah berpindah ke KL bersama keluarganya, dan aku pastinya rindu akan keletahnya

Selamat Ulang Tahun Rjuna.net, Abg Debab, Rjuna, Jamilicious dan Jamil, terima kasih yang sebesar-besarnya buat kamu kamu yang memeriahkan blog ini.

Posted on 15 August '08 by Rjuna, under Diari Rjuna, catatan. 10 Comments.