(Diari Rjuna) Dua puluh 8

Diari kali ni sengaja juju taip pakai telefon genggam, feel dia lain sikit kot haha 1st time cuba la katakan.

Semalam 7 ogos 2011 genap usia juju 28 tahun. Tua bangka dah ko juju oit.

Terima kasih yang wish kat sms, fesbuk & twitter, ingat jugak korang kat abg juju yer, agaknya kalau juju tak bubuh tarikh lahir kat fesbuk tu sorang pun x ingat kan?, apa pun juju hargai semua ucapan korang tu, terharu.

Hadiah?

Mak abg juju bagi duit jer, dia suruh beli sendiri apa yang juju nak, oh mama saya mahu kawen keh keh. Thanks mum

Adik no.2 bagi spek mata oakley fake haha, boleh la walaupun kaler x berapa berkenan.

Adik no.1 hadiahkan Kemeja T

Adik no.3 tak bagi hadiah apa² kah? hehe

Malam tadi celebrate bestday dengan sahabat2 karoking, Isa, Danial, Eddie, & Napex.

Mulanya diorang tak tau pun semalam bestday juju, sekali kantoi kat karaoke, Isa tengok kat fesbuk, dapat juga dengar lagu selamat hari jadi, dari kawan2, nasib baik x kena royal rumble.

Happy gila malam tadi, Man Utd menang 3-2 Man City, Karok, Snuker, siap sahur sama lagi. Terima kasih kawan-kawan.

Next target juju ialah cari duit dan bebaskan diri dari belenggu hutang. Next lagi cari jodoh. Next lagi baru kawen, ko tengok berapa banyak next yang perlu juju rintangi.

Blog

Juju yakin ada sinar dalam penulisan blog ni, cuma nak atau tak nak je untuk kita usahakan, insyallah akan kembali aktif update selepas ini, dengan projek2 blog baru. Harapnya tak hangat2 taik ayam la.

Akhir kata kemon juju kemon :)

Incoming search terms:

  • doa cepat bertemu jodoh
  • doa dapat jodoh cepat
  • doa cepat jodoh
  • doa mudah dapat jodoh
  • doa jodoh cepat
  • doa mudah jodoh

(Hobi) Snooker

Sebulan bersawang blog ni tak update, maaf ya pembaca sekalian, ada ke yang baca ni, subscribe RSS ke? ada ke? kalau ada terima kasih.

Kali ni bang juju akan ceritakan kenapa blog ni jarang update, salah satunya, Kawan ajak main snooker. haha alasan ler tu. ate mana maunyer, asal malam jer depa ajak main snuker, asal snuker jer diorang ajak malam eh? hahaha :silly:

Dulu sumpah juju tak pernah terniat pun nak main snooker ni, pegang Cue (kayu snook) pun tak reti, apatah lagi shoot bola sampai masuk lubang.

Mulanya macam bosan game ni sebab tak reti main kan. Tapi kawan dah ajak takkan nak hampa kan diorang ye tak. Main la jugak walaupun bosan je gamaknya, geram tembak asik tersasar tak kena. Bola point straight masuk lubang pun tak masuk.

Sudahnya main cara selamat je la, pukul bola asal kena dan jangan foul.

Lama-lama. Akhirnya dah pandai sikit, leh dah tewaskan member yang tolong ajar dulu, siap cempien lagi. Tak sia-sia depa ajar :biggrin:

Tapi tak berani lagi la, lawan otai-otai yang lebih power, pakat kena hambat je la jadinya kalau lawan.Standard kalau lawan kalah bayor ni bukan pesen teman.

Sini punya rate harga sejam RM8.40. Tapi selalunya abis dalam RM 16-20 gak main 2-3 frame (game) kongsi bayor.

Lepas ni member yang selalu ajak snook pun ada yang nak kahwin, ada yang pindah duduk jauh dari Manjung, tak dapat la perabih duit lagi macam selalu.

Ni ada sikit kenangan juju abadikan buat member-member snook, Danial, Isa, ada masa terluang nanti boleh la ajak jumpa main, walaupun tak sekerap dulu. Aku mesti gian nak main pasni weh :silly:

Kisah klasik untuk masa depan :wub:

Incoming search terms:

  • cara main snooker
  • Cara bermain snuker
  • cara cara main snooker
  • cara-cara main snooker
  • macam mana nak main snooker
  • peraturan permainan snooker
  • cara-cara bermain snooker
  • cara main snuker
  • teknik main snooker
  • teknik bermain snooker

Abg Juju ~ Selamat Ulang Tahun Sayang

selamat ulangtahun rjuna

Terima kasih yang tak terhingga buat Sahabat, Kawan-kawan blogger, facebook dan twitter yang telah mengucapkan selamat hari jadi ku hari ni 7 Ogos, Ingat jugak korang kat aku yek, sayang korang semua

Oh ya terlupa..tak lupa juga, 7 Ogos juga merupakan tarikh blog Rjuna.net dirasmikan, sudah 3 tahun usia blog ini, aku ada sesuatu untuk korang…

Dengarkan rakaman suara pertama Abg Juju khas untuk pengunjung Rjuna.net, sempena hari jadi beliau hari ini.

Abg Juju ~ Selamat Ulang Tahun Sayang
(penyanyi asal :Imran Ajmain)

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

**********

Juri-juri sekalian komen please, nak puji atau kutuk, abg juju tak kisah hihihi, download mp3 akan disediakan jika ada permintaan gyahahaha, matila perasan suara sedap.

Semoga dengan doa-doa baik kalian buat ku di makbul kan tuhan amin, insyallah.

Incoming search terms:

  • selamat ulang tahun
  • selamat ulang tahun sayang
  • selamat hari lahir sayang
  • selamat hari jadi sayang
  • kad hari jadi
  • selamat hari jadi
  • selamat hari lahir
  • selamat ulang tahun sayangku
  • ucapan selamat hari jadi sayang
  • selamat hari lahir sahabat