Tanjung Malim & Kenduri berdua February 1st, 2008
Sekadar bacaan peribadi..
Sabtu lalu 26 Jan 2008 aku dengan beria nya ingin hadir ke majlis kenduri seorang rakan kelas lama di KL. Mulanya aku ajak kawan-kawan yang tinggal setempat ikut serta, malangnya sorang demi sorang menolak atas alasan hal kerja, sepupu kawen lah, tengah kerja lah, tak tahu jalan lah, nenek kawen la, hai macam-macam, nasib baik ada kawan lama Zizy dari Tg Malim ikut sekali sebagai pemandu arah.

Perjalanan dua jam setengah dari Sitiawan ke Tg malim akhirnya sampai ke destinasi rehat, singgah sebentar di rumah keluarga Zizy untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan, tercapai juga hasrat untuk berkunjung ke rumah dia, lepas ni kalau dia kawen aku takder la sesat hehe, jauh jugak rumah mamat ni.
Perjalanan diteruskan ke kota berlumpur, aku bertuah kerana Zizy bukanlah kekok sangat jalan di KL ni, boleh kata sekelip mata saja masuk keluar lebuhraya dah sampai, sesat jugalah kami nak cari rumah kedua mempelai, apa tidaknya, kawan yang kami harapkan menunjukkan jalan pula tak dapat hadir, dengan bantuan Yahoo Maps dari handphone Zizy dan sedikit tekaan akhirnya kami tiba jua di kuarters kediaman anggota awam, jalan duta, bukanlah susah sangat pun, tengah bandar juga.
Sambil menunggu kawan2 lain tiba aku memaklumkan kehadiran kami secara sms kepada kawan2 di KL, hmm alahai pastu dapat lah sms balasan, ada yang terlupa, ada yang demam lah, tengah kerja lah, tengah tidur pun ada, wei apa makna aku kirim salam kalau korang tak datang, aku terdiam saat Zizy bertanyakan “Mana kawan2 ko lagi Mel?” , aku pun jawab “entahla Zizy nampaknya kita berdua je nih”, apa yang aku nampak jemputan kad atau sms kepada kawan2 tidak dibuat secara serius, menyebabkan kawan2 ramai tak berminat nak datang
Selamat Pengantin Baru Ramli & Najuwa
Kami berdua menghabiskan banyak masa disitu dengan menunggu, tunggu pengantin sanding, tunggu kawan dua orang yang lewat tiba, akhirnya selepas sesi ambil gambar kami pon pulang, sebelum pulang kami ambil masa untuk ronda-ronda Bandar Proton, dimana disitulah terletaknya kilang Proton, Zizy menjadi tourist guide aku petang tuh, tugasnya di Majlis Daerah Tg Malim membuatkan dia faham bagaimana proses sebuah kereta proton dihasilkan, sempat la minum petang di sebuah restoran ala inggeris di situ, sebelum aku bergegas pulang, sekian.
Terima Kasih atas layanan VIP mu Zizy, jasamu tetap ku kenang ![]()
Cuti Iduladha December 28th, 2007
Aku rasa tahun 2007 ni lah tahun dimana aku kerap berjumpa dengan kawan-kawan dari sekolah lama. Terasa kerdil diri ini bila jumpa ada yang dah kahwin, dah ada anak, dah ada kerja yang gaji ribu-ribuan, sedangkan aku masih statik dibawah ketiak mak bapak, goyang kaki habiskan beras je, wei aku juga mahu seperti kalian.
semua masih available nih hehe
Aidiladha disambut sederhana saja tahun ini macam tahun-tahun lepas, maaf tiada gambar lembu disembelih disini, kerana hanya ayah aku dan Ajk surau yang terlibat dalam kerja-kerja melapah daging untuk ibadah qurban, aku? aku hanya memalaskan diri di rumah sambil menambah lemak di perut, bermain Splinter Cell dalam laptop ku, aku tak pandai melapah sebab aku hanya pandai makan, itulah budak2 zaman sekarang hehek.

orang sembelih lembu kat surau, aku kat rumah sembelih orang
Cabaran Diet Rjuna December 6th, 2007

aku (merah) yang comel lagi mantap
Seperti yang di war-war kan dalam artikel sebelum ni, satu misi berani gagal akan dilancarkan, dan hari ini lah detiknya bermula, aku ingin pembaca sekalian menjadi saksi kepada misi bersejarah ini, di masa depan bila korang melihat aku berjaya menurunkan berat badan dan tidak gemuk lagi ceritalah kepada mereka kejayaan aku.
Aku tahu ramai akan mentertawakan usaha ini dan tak kurang yang menganggapnya mustahil, bahkan Mak aku sendiri ketawa bila mendengarnya. Berikut sedikit persiapan aku untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia Badan Orang Besar.
Rutin baru pemakanan dan kehidupan Rjuna
- Selalunya waktu pagi, aku mengambil sarapan teh tarik kombo antara nasi lemak, kuey teow/mee/ nasi goreng, roti canai telur, untuk misi ini kita akan tukar kepada biskut dan roti bersama 1 mug besar koko panas yang dibuat sendiri di rumah.
- Makan tengahari pula aku akan makan seperti biasa, tiada halangan atau protokol bila makan di waktu ini, sebat je apa jadah hidangan pun, pastinya lapar.
- Makan malam selalunya makan nasi, kini aku had kan untuk tidak ambil nasi, tapi di ganti makanan seperti sarapan pagi=biskut dan roti sahaja.
- Jogging setempat dan senaman ringan akan dilakukan di waktu pagi setiap hari selama 20 minit wajib.
- Tiada lagi makanan segera seperti KFC, McD, Pizza Hut buatmu Rjuna, (tapi kalau takat merasa sikit tu takper kan hehe)
- Minuman Berkarbonat pula menjadi minuman terlarang buat ku sepanjang misi ini, air masak/kosong pula akan menjadi gantinya.
- Hidangan Ayam dan Telur terpaksa dijauhi dalam misi ini, kerana ayam dan telur seperti mana diketahui di suntik dengan hormon tumbesaran yang tidak bagus untuk badan manusia.
- Berpuasa sunat juga akan di praktikkan dalam misi ini
Aku menetapkan misi ini selama 1 tahun, jika tiada perubahan dalam misi ini, aku dianggap gagal, dan korang dibenarkan mengejek, mengutuk atau paling jahat meludah ke muka aku ini. Inilah cabaran yang aku mahu lalui, suatu perubahan dalam diri yang perlu dilakukan ke arah yang lebih baik.
Korang dibenarkan memberi komen berunsur cabaran buat ku di bawah, aku mahu sokongan daripada korang dalam menjayakan misi ini, isyallah kalau di izin tuhan ia akan berjaya.Amin.Dengan ini aku melancarkan Misi Diet Rjuna.