Catatan | R J U N A

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog R J U N A.

Archive for 'catatan'

Sorotan 2008: Rjuna.net

Esok usia kita akan bertambah lagi, bermakna sudah 26 tahun aku berada di dunia yang fana ini, jangan risau masih bujang dan belum berpunya hehe tak tanya pun, perasan :cry:

Google new year 2009 icon

2008 telahpun meninggalkan kita, apa yang baik sama-sama kita jadikan tauladan yang buruk  jadikan sempadan,

Mari aku ajak korang mengimbas kembali apa yang menarik di Rjuna.net 2008 yang lalu

Januari
Aku perhatikan artikel Bila Artis Buka Baju mendapat hit sejak akhir-akhir ini, tahukah korang keyword apa paling dicari dalam Rjuna.net? TETEK, ya kontroversi artis memang mentarik trafik kan? suka trafik hehe, aku buat keyword KOTEY tak hit pulak, hairan aku.

statistik-rjuna-dot-net

{Baca Selanjutnya…omputih kata read more hehe}

Posted on 1 January '09 by Rjuna, under Isu Semasa, Lirik dan Mp3, Tag, Tips, berita, catatan, ucapan, ulasan filem. 3 Comments.

Saman Mahkamah

Korang pernah masuk mahkamah? ini kali ke-2 aku ke mahkamah, kali pertama dulu sebab naik motor tak pakai topi keledar, Fakta= tak pakai helmet punya pasal, korang punya peluang cerah bersemuka dengan hakim tau, dulu aku naif, polis trafik tahan kita ikut la berhenti, sekarang dah jiwa rempit ni nampak road block apalagi u-turn maa haha.

Pagi itu, lepas subuh aku dan Manan (orang kanan bos), berangkat ke Ipoh, perbicaraan akan bermula seawal jam 9-10 pagi, aku dah seram sejuk tengok orang kena gari sana sini dengan t-shirt lokap, waa kesalahan aku sama level dengan diorang ke? kita mahkamah sesyen je, yang berat mungkin majistret dengan tinggi kot bisik aku pada Manan.

Rasa sejuk mula menggigit dalam dewan mahkamah, ramai men in black berurusan disini, loceng dibunyikan tanda Hakim akan muncul, semua bangun sebagai tanda hormat, seorang hakim wanita muncul, habislah ko Rjuna, kata orang, orang perempuan kalau jadi bos susah bertolak ansur dan straight.

Kes aku dipanggil (yang 1st pulak tuh), dan namaku disebut, aku cuma berdiri sebelah kandang pengakuan dan seorang pegawai mahkamah datang sebagai perantara, dia menegur agar tidak masukkan tangan dalam poket, kemudian membacakan pertuduhan

Bahawa kamu Rjuna sebagai seorang pengarah syarikat Ehem Ehem sdn bhd sebuah syarikat berhad menurut syer bla bla bla telah lewat membentangkan Penyata Untung dan Rugi dan Mesyuarat Agung Tahunan serta gagal membayar kompaun yang di tawarkan sekaligus gagal mematuhi kehendak kehendak seksyen itu dan seks ini bla bla bla..

Penalti: Hukuman Penjara selama 5 tahun atau RM30k

“OKS* memahami pertuduhan dan hukuman dan mengaku bersalah yang Arif” kata pegawai mahkamah itu kepada hakim.  *orang kena saman

Pegawai Pendakwa dari SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) mengemukakan dokumen-dokumen untuk diteliti Hakim

Pegawai mahkamah memberi peluang untuk aku merayu,

Memandangkan ini kesalahan saya yang pertama, saya harap pihak Hakim dapat mengurangkan jumlah penalti atau denda kerana syarikat saya mengalami masalah kewangan

Hakim kelihatan senyap seketika..”baiklah denda sebanyak RM 2500.00“, pegawai itu bertanya padaku, ada bawak duit tak hari ni, aku jawab, “saya bawak cek je hari ni”, maaf cek kami tak terima, kami nak cash.

Waaa tak berpeluh ko kat dalam dewan tu beb, kalau aku datang sorang mana la nak cekau duit, mykad polis tu tahan dah, bayar denda baru dia serah mykad, nasib baik Manan datang sekali, pinjam duit dia RM500, aku mintak jasa baik ayahanda aku tolong masukkan RM2000 agar boleh Manan tunaikan di ATM berdekatan.

Balik tuh aku start blur dah, tak banyak cakap, Rm2500 itu bagi aku banyak tau, memang pukimak la Setiausaha Syarikat aku yang tak guna tuh, aku bagi tanggungjawab kat diorang, diorang crettt aku balik.

Buat setiausaha aku, Mat Jani bin Shariff, Jasa Tax Accounting Services, setubuh lah kau disana, aku pecat kau sekarang.

Penghargaan buat Ayahanda dan Encik Manan kerana sanggup menolong ku di saat genting, terima kasih ku buat mereka :cry:

Posted on 27 November '08 by Rjuna, under Diari Rjuna, catatan. 17 Comments.

Cik..Nak Rayeeer

Suatu pagi di hari raya ke-5..

“cik..nak rayerrr..ting tong (loceng pagar dibunyikan), cik nak rayeeer ting tong”

Aku toleh wajah mak, mak balas “biarkan jangan bukak..diorang bukan datang nak beraya pon..nak kumpul duit raya jer”

Bila aku pikir-pikirkan kembali, ada betul juga kata emak tu, kita tak kenal pon budak2 tu siapa, mak bapak nya siapa, buat penat saja layan karenah mereka,

tapi kalau dipandang sudut lain pulak budaya kunjung mengunjung kini semakin terhakis, contohnya mudah saja, aku sendiri secara jujurnya tak kenal pon nama jiran sekitar rumah aku, bukan tak kenal langsung, kalau pandang muka, aku senyum kambing juga, di bandar style nya begitu kot, ada open house baru nak berkunjung kunjungan (itupon kalau dijemput).

Ulasan berita TV “Sambutan raya Aidilfitri tahun ini di sambut sederhana”, aku pulak cenderung kata raya tahun ni tak best, apa agaknya yang jadikan raya korang tak best?, nak kata baju raya tak buat sudah buat, nak kata tak dapat merasa ketupat rendang, dah dapat, nak kata tak dapat balik raya tahun ni 2 kereta lagi balik, ish ish tak bersyukur kita ni agaknya yek, ada je yang masih tak puas, dunia dunia.

Dalil mengapa Raya tahun 2008 ni tak best bagi aku
1.aku bukan kanak-kanak lagi
2.Dulu terima duit raya, sekarang beri duit raya (aku beri ke? wahaha ceh)
3.Tanda-tanda Puasa anda tak diterima Allah SWT
4.Tak dapat main mercun
5.Sibuk layan TV dari beraya ke rumah kawan
6.Kawan2 ramai dah kawen, susah nak jumpa lagi
7.Dilanda demam selsema sebelum raya
8.Cuti tak panjang , raya ke 3-4-5 dah ramai yang pulang ke bandar semula
9.Tak dapat gaji bonus raya (huhuhu aku bukan kerja gomen)

Posted on 11 October '08 by Rjuna, under Diari Rjuna, catatan. No Comments.