tak mau BN

Dikejar Tak Dapat Di kendong Berciciran, itulah peribahasa yang sesuai buat Parti Barisan Nasional selepas Tsunami Barisan Alternatif melanda di 5 negeri, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor, dan inilah buat pertama kalinya BN kalah besar menunjukkan undi tak percaya kepada kerajaan sekarang, kalau semua ahli UMNO yang bersuara agar Pak Lah meletak jawatan, aku rasa dia akan meletak jawatan sebagai PM dan menyerahkan tugas kepada timbalannya Najib.

Kekalahan ini bermakna rakyat menolak kepimpinan Barisan Nasional, dan rakyat mahukan perubahan, apa yang aku gusarkan ialah apa yang bakal berubah selepas ini, mampukah barisan alternatif yang berlainan ideologi ini bersatu membentuk kerajaan negeri?, kita hanya mampu tunggu dan lihat.

Ramalan ku benar belaka

P74-Parlimen LUMUT
Datuk Kong Cho Ha (BN)

N50-Sitiawan
Ngeh Koo Ham (DAP)-BAKAL MB PERAK

N51-Pasir Panjang
Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS)-BAKAL MB PERAK

N52-Pangkor
Dato Dr Zambry Abdul Kadir (BN)

Apa yang mengejutkan ialah kedua-dua calon ADUN kawasan aku ini, disebut-sebut bakal memegang jawatan Menteri Besar Perak, woo bukan calang2 jawatan tu, apatah lagi calon membabitkan dua kaum besar Melayu dan Cina, siapakah akan terpilih?

DAP memenangi 18 kerusi DUN dan 6 Parlimen berbanding pakatan mereka PAS 6 DUN dan 2 Parlimen dan PKR 7 DUN dan 3 PKR

Sekiranya calon DAP diangkat menjadi menteri besar, aku takut ideologi mereka Malaysian Malaysia bakal mengakibatkan keistimewaan orang Melayu sebagai bumiputera akan terpinggir dan terhapus sedikit demi sedikit, kerana DAP terkenal dengan konsep sama rata mereka antara kaum.

Rujukan=kenali Democratic Action Party (DAP)

p/s=Man United kalah juga 1-0 FA Cup huhu :(

Arasu Golden Village February 16th, 2008

Lumut-Manjung-Sitiawan adalah 3 daerah negeri perak yang bernaung dibawah panji Majlis Perbandaran Manjung, 3 daerah ini berdekatan antara 1 sama lain, bermula dengan pekan kecil di Sitiawan dan wujudnya sebuah armada tentera laut di Lumut, Manjung semakin hari semakin pesat membangun, dari majlis daerah kini menjadi Majlis Perbandaran, ini mukadimah saja.

arasu sitiawan
Arasu selalu tayang filem latest Tamil

Di pekan kecil Sitiawan terletak nya sebuah pawagam lama diberi nama Arasu, kerana keadaannya yang kuno ia digelar AGV (Arasu Golden Village) maaf ia tiada kena mengena pun dengan panggung TGV yang moden tu.Pawagam besar ini cuma ada 1 layar lebar, dan terbahagi kepada dua bahagian tempat duduk yakni atas dan bawah, semestinya tempat duduk atas lebih sedap menonton atau (tidur hehe), penghawa dingin boleh diharap dan sound system pun ok sahaja.

Kali terakhir aku menonton filem Impak Maksima yang hampeh tu di pawagam ini, lepas hari raya Aidilfitri, aku mula perasan yang pawagam ni asyik tutup jek, mula lah desas desus pawagam ni bankrup la, tengah modified la dah tutup la, bukan tiada sambutan sebenarnya, walaupun pawagam ni jenis lama, kuno dan agak kureng di pandangan mata, jika ada filem besar macam Spiderman 3, Cicakman, Transformers dan Lanun Carribean 3 sambutannya amat menggalakkan sekali, pawagam penuh beb, tiket sold out.

Nak kata modified tiada pun kerja2 penambah baikkkan dilakukan, nak kata tutup memang lama dah tutup, jadi nasib kami semua disini umpama histeria bila filem2 baru muncul untuk tayangan, tak dapat nak tengok, nak tengok kena pergi Ipoh, apa cer? lupakan DVD lanun yang berkualiti cap ayam, kami disini mahukan kepuasan menonton di panggung wayang baru yang serba moden.

Oleh itu kami mempelawa jika ada sesiapa yang ingin melabur dalam perniagaan franchise Panggung Wayang di Manjung inilah masanya, dengan kapasiti penduduk yang padat, agak mustahil kalau pawagam itu nanti kurang pengunjungnya, peluang masih terbuka luas dan tiada saingan datanglah ke Manjung melihat peluang pelaburan ini.

Minyak Oh Minyak January 8th, 2008

 

minyak masak mykad

Dulu gula, kemudian tepung gandum, naik tahun baru Minyak Masak Kelapa Sawit lah pulak, ok sekarang tudingkan jari anda dan pilih mahu salahkan siapa? Bapak Menteri?, Penyeludup tamak?, atau Pengilang hamjadah yang sorok bekalan?, saban tahun perkara ni berlaku dan terus berlaku,tak kiralah siapa yang dipersalahkan, akhirnya pengguna jugalah yang menjadi mangsa.

Adalah satu yang tak masuk akal, negara pengeksport minyak kelapa sawit terbesar di dunia tiba-tiba mahu dicatu bekalannya, kan kelakor bunyi nya, umpama kera di Thailand digorengkan minyak, kera di Malaysia mati dibakar, kali pertama aku dengar minyak masak pon ada subsidi, aku kirakan petrol dan diesel saja yang ada subsidi, prihatin ya kerajaan Malaysia.

La tak habis lagi tuh, nak beli minyak masak pon kena tunjuk Mykad, waduh gawat nih, pastu peniaga pulak kata, Apa yang nak di catu? udah bekalan takde, nak catu amendernya, situasi ini memberi imej buruk pada kerajaan yang memerintah, nampak sangat kerajaan hanya bertindak setelah rakyat mengadu.

Wahai pengilang minyak kelapa sawit, kot ye pon nak bagi harga minyak naik, bukan begini caranya (sorok), apakah tidak cukup keuntungan minyak masak yang dieksport ke luar negara?

Kepada UPP, Kastam dan tentera yang berkawal disempadan sana, teruskan lah menyekat penyeludupan dari terus berlaku.

Lupakan janji-janji manis kerajaan mahu menambah kuota bekalan, entah2 ini strategi mereka mahu menang piliharaya, akan datang.

Aku tak tau la apa terjadi, kalau minyak kelapa sawit dijadikan minyak kenderaan di masa hadapan.

Page 2 of 3«123»