Ahoy moh ke Lumut Bandar Tentera Laut

Kadang-kadang aku heran kenapa Pekan Lumut yang kecik tu, dapat naik pangkat jadi Bandar, seumur hidup ku membesar di Lumut (ayah navy), dah kerja pejabat pon kat Lumut, mungkin kawen nanti pon kat Lumut jugak..eh kesitu pulak aku.
Mungkin nampak kecil Pekan Lumut tuh, tapi kalau campur Pangkalan TLDM, campur Teluk Batik, campur Pangkor, fuh besar jugak beb, ada potensi dimajukan contoh jadi Bandaraya ke.
Lumut kini bukan pekan koboi macam dulu, kawasan pinggir pantai nya dah dibangunkan secara teratur dan cantik sesuai dengan sesuai dengan tagline bandarnya nanti Bandar Tentera Laut, Perlancongan dan Maritim.
Pada sesiapa yang pernah datang ke Lumut sebelum ini, dapat merasakan kemajuan dan perubahan yang berlaku di Lumut.
Pengisytiharaan akan dibuat oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada hari Jumaat 24 April 2009, sempena pemerintahan baginda yang ke 25
Manakala Hari Terbuka Armada 2009 akan berlangsung pada 25-26 April 2009, orang ramai dijemput hadir untuk melihat kapal-kapal perang TLDM (dapat naik dan masuk dalam kapal) disamping dapat menyaksikan pertunjukan dan demonstrasi dari anggota tentera laut, contohnya dari komando Pasukan Khas Laut (Paskal)
Karnival Jom Heboh juga bakal berlangsung sama di dalam pangkalan TLDM, lokasinya mungkin bertempat di kawasan Stadium TLDM.
Bimbang dengan kesesakan yang pastinya akan berlaku pihak penganjur sudah menyediakan bas-bas khas untuk masuk ke dalam kawasan tentera, sila patuhi arahan keselamatan oleh pihak polis dan tentera ya.
p.s= Ate Manjung tak jadi bandar la yob? Entah tak tau ler teman, Bandar jer bukan Bandaraya, sebab tu nama masih MPM (Majlis Perbandaran Manjung)
p.s.s= sebanarnya Sitiawan-Manjung-Lumut adalah 3 daerah yang berdekatan disini, bagi aku taraf bandar patut diberi pada Manjung, tapi itu bukan masalah besar, masih 1 kawasan, tak gores kupon parking kena saman juga.
Sorotan 2008: Rjuna.net
Esok usia kita akan bertambah lagi, bermakna sudah 26 tahun aku berada di dunia yang fana ini, jangan risau masih bujang dan belum berpunya hehe tak tanya pun, perasan

2008 telahpun meninggalkan kita, apa yang baik sama-sama kita jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan,
Mari aku ajak korang mengimbas kembali apa yang menarik di Rjuna.net 2008 yang lalu
Januari
Aku perhatikan artikel Bila Artis Buka Baju mendapat hit sejak akhir-akhir ini, tahukah korang keyword apa paling dicari dalam Rjuna.net? TETEK, ya kontroversi artis memang mentarik trafik kan? suka trafik hehe, aku buat keyword KOTEY tak hit pulak, hairan aku.
Geram sama Bush? Jom baling kasut
Ahad lalu seorang wartawan Iraq bernama Muntada Al-Zaidi nekad membaling sepasang kasut ke arah Presiden AS George W.Bush sebagai tanda kebencian rakyat Iraq kepada pemimpin itu.
Aku rasa kalau dia baling bom pon bagus jugak, syahid di medan perang woo, round2 baca paper tadi, ada sorang mamat Britain cipta 1 game sempena kejadian tersebut
jom baling kasut kat Bush, gerenti kena punyalah. aku score tadi paling kuat 5 je kena tepek kat muka dia, korang mesti lagi terer punya kan
Al-Fatihah Nordin Montong (video)
Tengahari itu seperti biasa Arwah Nordin, masuk ke kandang harimau bengal putih untuk mencuci kandang, untuk sampai ke kawasan kandang zoo, dia perlu terjun dahulu ke kolam berdekatan kandang

Muat Turun Video | FLV Player | Gambar Penuh
Bunyi percikan air di kolam menarik perhatian seekor harimau ke tepi kolam, arwah yang sudah biasa dengan keadaan itu cuma bertenang sambil memandang tepat ke mata harimau, dia cuba menghalau harimau tersebut dengan penyapu lidi, agar dia mudah naik ke atas kandang, namun harimau tersebut tiba-tiba menyerangnya hingga arwah jatuh ke tepi kandang, arwah cuba melarikan diri untuk terjun kearah kolam, tetapi seekor harimau lagi muncul mengepungnya.
Saat itu arwah cuma mampu menutup kepalanya dengan baldi dan seraya menjerit ALLAHU AKBAR!!, bahagian tengkuk arwah terdedah lalu memudahkan harimau membahamnya, pekerja2 zoo lain cuba membantu arwah dengan menghalau harimau itu dari terus menggigit, arwah kemudian dijumpai cedera parah di leher dan badannya.
Inalillah dan Al-Fatihah, semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman, Amin.
*Video kredit: Syamsulariff.com & Breaking.sg
*Gambar kredit: Seri Kasih



Pemenang Kaki Komen bertuah
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua,
Kita sudah sampai ke penghujung bulan Februari, seperti dijanjikan dalam entri 31 Januari 2009-Idea Tepu , aku ingin mengumumkan 3 orang pemenang untuk contest kaki komen bertuah blog Rjuna.net bulan ini.
Ok sepatutnya kalau sebut bab BERTUAH, bukan bermakna siapa paling banyak komen yang akan menang, selalunya pemenang bertuah, akan di tentukan menerusi cabutan, dan ia lebih kepada nasib.
Berlaku satu masalah semalam, aku terlambat nak print-screen Top 10 kaki komen untuk akhir bulan februari 2009, pertukaran bulan Februari kepada Mac telah menyebabkan plugin kaki-komen secara automatik bertukar menjadi zero, sebab telah di set kepada 'Monthly' mode.
Justeru selaku penganjur, aku mengambil keputusan memilih pemenang menerusi komen 3 orang yang terbanyak, dan mereka adalah..
Zelo55 (21 komen), Azmil (20 komen), dan An2blur (19 komen)
Tahniah anda bertiga telah memenangi wang tunai sebanyak RM10 setiap seorang, pemenang akan dihubungi oleh saya sendiri melalui email.
Yang tak menang jangan makan hati ok, aku sebenarnya rasa ralat juga tak bagi korang apa-apa, at least belanja choki-choki sebungkus sorang ke kan?. Boleh cuba lagi bulan Mac ni ok.
Jumlah komen pon dah bertambah, jadi peraduan ini diteruskan kembali mulai 1hb-31hb Mac 2009, tapi kali ni siapa komen paling banyak pon belum tentu menang, sebab aku akan guna sistem Random Number Generator, sistem yang akan memilih secara rawak melalui list Top 10 Kaki Komen.
Doakan aku murah rezeki, kaya idea, dan slim (eh apa kena mengena)
Plugin Show Top Commentator (Wordpress Only)