Cabaran Diet Rjuna

mel at wedding
aku (merah) yang comel lagi mantap

Seperti yang di war-war kan dalam artikel sebelum ni, satu misi berani gagal akan dilancarkan, dan hari ini lah detiknya bermula, aku ingin pembaca sekalian menjadi saksi kepada misi bersejarah ini, di masa depan bila korang melihat aku berjaya menurunkan berat badan dan tidak gemuk lagi ceritalah kepada mereka kejayaan aku.

Aku tahu ramai akan mentertawakan usaha ini dan tak kurang yang menganggapnya mustahil, bahkan Mak aku sendiri ketawa bila mendengarnya. Berikut sedikit persiapan aku untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia Badan Orang Besar.

Rutin baru pemakanan dan kehidupan Rjuna

  • Selalunya waktu pagi, aku mengambil sarapan teh tarik kombo antara nasi lemak, kuey teow/mee/ nasi goreng, roti canai telur, untuk misi ini kita akan tukar kepada biskut dan roti bersama 1 mug besar koko panas yang dibuat sendiri di rumah.
  • Makan tengahari pula aku akan makan seperti biasa, tiada halangan atau protokol bila makan di waktu ini, sebat je apa jadah hidangan pun, pastinya lapar.
  • Makan malam selalunya makan nasi, kini aku had kan untuk tidak ambil nasi, tapi di ganti makanan seperti sarapan pagi=biskut dan roti sahaja.
  • Jogging setempat dan senaman ringan akan dilakukan di waktu pagi setiap hari selama 20 minit wajib.
  • Tiada lagi makanan segera seperti KFC, McD, Pizza Hut buatmu Rjuna, (tapi kalau takat merasa sikit tu takper kan hehe)
  • Minuman Berkarbonat pula menjadi minuman terlarang buat ku sepanjang misi ini, air masak/kosong pula akan menjadi gantinya.
  • Hidangan Ayam dan Telur terpaksa dijauhi dalam misi ini, kerana ayam dan telur seperti mana diketahui di suntik dengan hormon tumbesaran yang tidak bagus untuk badan manusia.
  • Berpuasa sunat juga akan di praktikkan dalam misi ini

Aku menetapkan misi ini selama 1 tahun, jika tiada perubahan dalam misi ini, aku dianggap gagal, dan korang dibenarkan mengejek, mengutuk atau paling jahat meludah ke muka aku ini. Inilah cabaran yang aku mahu lalui, suatu perubahan dalam diri yang perlu dilakukan ke arah yang lebih baik.

Korang dibenarkan memberi komen berunsur cabaran buat ku di bawah, aku mahu sokongan daripada korang dalam menjayakan misi ini, isyallah kalau di izin tuhan ia akan berjaya.Amin.Dengan ini aku melancarkan Misi Diet Rjuna.

Incoming search terms:

  • cabaran masa hadapan untuk kembangkan nasi lemak
  • jogging setempat
This entry was posted in Personal by Rjuna. Bookmark the permalink.

About Rjuna

Hi saya Rjuna, penulis dan pemilik blog ini, terima kasih kerana sudi melawat-membaca-klik iklan, kalau ada salah dan silap, jangan malu berikan komen, kalau nak copy+paste artikel/gambar sila linkback kembali, saya tak marah punya

25 thoughts on “Cabaran Diet Rjuna

  1. aku pun dalam plan misi untuk kesihatan disamping itu walaupun badan aku tidak terlalu berat, aku ingin dapatkan berat badan ideal eheh. aku akan ubah keseluruhan cara pemakanan dan rutin harian.

    bersama-sama menjayakan misi ini… insya allah. jika ada keinginan disitu ada jalan. anggap kritikan sebagai semangat atau galakan utk menjayakan misi ini.

    [Reply]

  2. lebih baik ko pegi London Weight Managament,gerenti kurus punyer.ukur lilit pinggang jadi 18 inci.fuiyoooo.tentu ada awek minat ko.kihkihkih

    [Reply]

  3. Kalau buat bersungguh sungguh tu dalam sebulan dah nampakkan hasilnya …tak perlu tunggu setahun, tapi untuk maintain tu sakit sikit …..heee heeee…. tak payah makan nasi malam itu lah rahsianya….

    [Reply]

  4. Afham=Thanx hehe, takziah Arsenal kalah 2-1 kpd Boro, 1 mata saja lagi, kejor yob kejor

    MisterClean=yerla kalau kurus kering nampak tulang je tak best la, yang sedang-sedang saja :)

    chot=memang sedang dilaksanakan, makan biskut & roti je aku

    [Reply]

  5. Pertama sekali terima kasih dengan sokongan dan cabaran kalian, aku amat hargainya, kini aku bertambah semangat untuk mengejar impian ini,

    aku berusaha takkan sia-siakan harapan yang korang beri

    Rjuna Rjuna Rjuna BOLEH :D

    [Reply]

  6. jgn cakap je..menda nie perlukan semangat, pengorbanan dan motivasi.

    anda semangat? lakukan!
    pengorbanan? lupakan yg sedap2 berlemak tu!
    motivasi? hm..thn depan nak pakai baju saiz L :D

    bnyk tips kat tenet nie..search je..tinggal kau je yg nak laksanakan..good luck..jgn lupa amek gambar tau..nanti nak tgk gambar sebelum dan selepas :D

    [Reply]

  7. berikan sokongan yang sepenuhnya… kpd rjuna dan jugak adik kita yang dah masuk metro kerana gemuk dan juga hari ini disiarkan sekali lagi dalam metro…

    teruskan rjuna…

    jangan lemah semangat dengan kutukan negatif dah laaa… dan saya tahu rjuna memang bersemangat untuk misi dietnya itu…

    [Reply]

  8. abdfatah=sebenarnya kutukan dan kata2 negatif juga satu motivasi :)

    natureaquatic=dah lama sangat badan besor begitu, kena berubah la baru hidup tak boring :P

    zizy=wah kaya ko nak belanja aku McD lagi, sekali-sekala boleh ngahaha :))

    [Reply]

  9. hmmm nak kutuk ke? nak herdik ke? baik herdik sekarang… misi mengherdik untuk kurus.

    takpe laa usaha tangga kejayaan. kegagalan tak bermakna tidak berjaya…

    biarkan gemuk itu pergi dan slim sedang2 itu datang menghampiri… haaaa slim slam ke?

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: