Home > Isu Semasa, berita > BN dilanda tsunami dan Siapa bakal MB Perak?

BN dilanda tsunami dan Siapa bakal MB Perak?

March 10th, 2008 Leave a comment Go to comments

 tak mau BN

Dikejar Tak Dapat Di kendong Berciciran, itulah peribahasa yang sesuai buat Parti Barisan Nasional selepas Tsunami Barisan Alternatif melanda di 5 negeri, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor, dan inilah buat pertama kalinya BN kalah besar menunjukkan undi tak percaya kepada kerajaan sekarang, kalau semua ahli UMNO yang bersuara agar Pak Lah meletak jawatan, aku rasa dia akan meletak jawatan sebagai PM dan menyerahkan tugas kepada timbalannya Najib.

Kekalahan ini bermakna rakyat menolak kepimpinan Barisan Nasional, dan rakyat mahukan perubahan, apa yang aku gusarkan ialah apa yang bakal berubah selepas ini, mampukah barisan alternatif yang berlainan ideologi ini bersatu membentuk kerajaan negeri?, kita hanya mampu tunggu dan lihat.

Ramalan ku benar belaka

P74-Parlimen LUMUT
Datuk Kong Cho Ha (BN)

N50-Sitiawan
Ngeh Koo Ham (DAP)-BAKAL MB PERAK

N51-Pasir Panjang
Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS)-BAKAL MB PERAK

N52-Pangkor
Dato Dr Zambry Abdul Kadir (BN)

Apa yang mengejutkan ialah kedua-dua calon ADUN kawasan aku ini, disebut-sebut bakal memegang jawatan Menteri Besar Perak, woo bukan calang2 jawatan tu, apatah lagi calon membabitkan dua kaum besar Melayu dan Cina, siapakah akan terpilih?

DAP memenangi 18 kerusi DUN dan 6 Parlimen berbanding pakatan mereka PAS 6 DUN dan 2 Parlimen dan PKR 7 DUN dan 3 PKR

Sekiranya calon DAP diangkat menjadi menteri besar, aku takut ideologi mereka Malaysian Malaysia bakal mengakibatkan keistimewaan orang Melayu sebagai bumiputera akan terpinggir dan terhapus sedikit demi sedikit, kerana DAP terkenal dengan konsep sama rata mereka antara kaum.

Rujukan=kenali Democratic Action Party (DAP)

p/s=Man United kalah juga 1-0 FA Cup huhu :(


Baca lagi topik-topik hangat
  1. March 10th, 2008 at 13:10 | #1

    bro, member aku yg sokong DAP dah menyesal..dia hanya nak suara lebih dalam parlimen dan DUN tiba2 ada risiko dapat MB Cina..DAP sekular wei…PKRpun ramai yg india kat sana..bagi aku lebih baik UMNO dari DAP..tapi lebih baik PAS dari UMNO,,hehee..

    [Reply]

  2. March 10th, 2008 at 16:52 | #2

    Acai= Dijangka calon PAS akan diberi kepercayaan sebagai Menteri Besar atas tiket proxy Sultan Azlan Shah.

    Orang melayu harus belajar dari pengalaman ini, DAP bersatu dalam kaum cina, tapi kita Melayu berpecah belah dalam Umno-PAS dan PKR, akhirnya lihatlah hak Melayu tercabar.

    [Reply]

  3. KMM
    March 10th, 2008 at 17:14 | #3

    Tggu P.lah dan Khairy berambus.. then aku voluteer jd Putera UMNO

    [Reply]

  4. March 10th, 2008 at 18:21 | #4

    jgn risau. Allah bersama orang yang benar.

    kalau takutkan Cina,
    Melayu BN lagi dahsyatttt.
    Duduk bawah pemerintahan melayu,
    apa istimewanya Melayu dapat?

    [Reply]

  5. jihad
    March 10th, 2008 at 18:22 | #5

    bukan berpecah belah cuma org melayu tak matang berpolitik , masih leka dibuai mimpi indah bersama TV3 , RTM ,UTUSAN MALAYSIA ,BERITA HARIAN cuba lah baca harakah , sahsiah , tvpas sekali sekala kan elok timbang mana satu baik dan ikhlas dalam berjuang . Mana satu hanya mencari kebanggaan dan mengumpul harta , cuba pikior ler org melayu perak banyak2 muhasabah diri .

    [Reply]

  6. March 10th, 2008 at 23:18 | #6

    kebanyakan orang malaysia ni baca berita satu saluran je. Bila da sokong BN tu, media arus perdana je la diaorang baca. Yang media alternatif ni tak tengok langsung. Maka pertimbangan tu hanya perpandukan satu sumber je la. mcm mana nak jadik pengundi yang bijak kan?

    [Reply]

  7. March 11th, 2008 at 15:17 | #7

    kejayaan BA buat aku lupa kekalahan MU pd malam tu..

    [Reply]

  8. Malaysian
    March 11th, 2008 at 21:09 | #8

    Hanya Melayu Islam yang boleh menjawat jawatan MB Perak. Kemungkinan calon Pas atau PKR

    [Reply]

  9. March 12th, 2008 at 00:31 | #9

    Apapun, saya tetap risau….. Tidak boleh menidakkan majoriti DAP, dan tidak mahu MB Cina…. Apa pilihan anda…. Hummmm

    [Reply]

  10. March 12th, 2008 at 14:57 | #10

    jangan disalahkan pengundi…
    ni semua berpunca pemimpin dalam BN tu sendiri…
    kalo ikutkan ramai yg masih sayangkan BN…
    tapi kasih-sayang yg dorang berikan dibalas ngan keangkuhan…
    kalo selama ni rakyat bersabar dan terus memberi kepercayaan…
    tapi apa yg rakyat dapat? rakyat disuruh ubah cara hidup…
    tapi pemimpin terus2an mengumpul harta… sdgkan rakyat ramai yg
    bergelut utk hidup… rakyat tak puas ati…

    nak tau salah 1 punca pengundi cina mengundi DAP
    sbb dorang kecik ati bila org BN Dato’ Paduka Hj Badrudin kata
    kat org2 DAP “Malaysia ni negara islam, you tak suka you keluar dari Malaysia”
    kalo tak silap ni dia cakap dlm Parlimen… cara dia cakap tu mmg kasar, mmg boleh mengguris hati org bukan islam… jadi org2 ni rasa diri mereka tercabar…
    sekarang mereka bangun membela diri dgn undi dan DAP pilihan mereka…

    mgkin perkara ni remeh dan kecil bagi kita semua… tapi tidak bagi mereka…
    jadi adilkah disalahkan pengundi jika penang dirampas DAP???

    [Reply]

  11. ProB
    March 12th, 2008 at 17:51 | #11

    “Ertinya meskipun DAP mempunyai majoriti terbanyak, parti itu tidak mempunyai kata putus dalam perlantikan Menteri Besar.

    Pakar Perlembagaan itu seterusnya menjelaskan bahawa syarat Melayu dan Islam itu juga perlu dalam perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri berkenaan.

    Dengan itu di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor hanya orang Melayu dan Islam sahaja yang boleh dilantik untuk menduduki kerusi Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

    Sumber Harakahdaily.net

    [Reply]

  12. March 14th, 2008 at 20:54 | #12

    erm, apapun aku rela ngundi PAS dari DAP…kekekek

    [Reply]

  1. January 1st, 2009 at 02:22 | #1
CommentLuv Enabled