Hai Abang Juju kembali, terima kasih kat korang sudi jenguk blog ni walaupon dah lama tak update, bukan sengaja abg Juju tak update, bang juju sakit kena bisul di belakang badan, sampai demam² dek non, nak duduk buat kerja pon hilang nafsu.
Hari Rabu haritu dah kerja dah, tapi kerana sakit yang semakin terasa, haritu jugak balik awal, pergi farmasi beli ubat, dah makan ubat malam rabu tu rasa sakit jugak, baring pon tak lena.. tendang pon tak kena, ambik cuti.
hari khamis jumpa doktor, doktor kasi toreh sikit bisul supaya nanah senang keluar, nanah sudah keluar.sudah cuci, ingatkan dah ok la, hari sabtu rasa macam ada nanah yang terkumpul lagi, jumpa doktor klinik lain pulak, sebab tak puas hati rawatan di poliklinik pertama
Doktor yang kedua mengatakan, Bang Juju ada menghidap penyakit lain setelah ujian darah mencatatkan bacaan 15, itu sebab Bisul tu lambat baik, penyakit apa? korang teka lah sendiri, segan nak cakap (yang ikuti blog ni tau rasanya),
dan ketika menulis kisah tragis ini.. juju dalam kondisi ubat penahan sakit, sakitnya nanah di belakang badan tu, tuhan je la yang tau, berdenyut², bila mana nak baring menelentang fuh sakitnya, kena baring mengiring atau meniarap itu pon masih rasa sakit jugak, hope nanah tu akan keluar (pecah) dengan sendirinya
Jangan risau, Bang Juju dah boleh mula kerja esok, ubat kali ni macam boleh jalan, hari khamis ni jumpa doktor lagi tengok perkembangan macam mana, doakan bang juju sihat ya, insyallah dah sihat sepenuhnya nanti leh la update dengan cargasnya
Oh ya lupa, segmen live blogging kini telah dialihkan ke blog lain di http://live.rjuna.net (Rwana) tapi belum siap sepenuhnya, nak usya nak skodeng silakan.
Ok Adios salam sayang dari Abg Juju, kurangkan gula dalam minuman..lebihkan manis dalam senyuman ♥
Incoming search terms:
- ubat bisul
- punca bisul
- sebab bisul
- punca penyakit bisul
- petua pecahkan bisul
- sebab-sebab bisul
- ubat penyakit bisul
- bisul di belakang badan
- petua ubat bisul
- cara ubat bisul
AKUM SYA NK TANYA BISOL NIE X DE UBAT KG KE YG KITA BLEH AMAL KN SELAIN UBAT SKANG NIE…BKN APE ANK SYA BR JE KENA BISOL NI DIA SUSAH NAK MAKN UBAT BIASALAH BUDK2…DIA BRU 3 THN…SYA KESIAN SGT TGK DIA …SYA X PRNH KENA BISOL NI SBB TU SYA X TAU CM NER SKIT NYE….TAPI SYA TGK DIA ASYIK MGGARU JE …MMG GATAL KE BISOL TU..BR JER 2 ARI SYA PERASAN KAN ADE BGKAK….
[Reply]
Rjuna Reply:
June 30th, 2010 at 3:16 am
elok jumpa doktor kalau belum, ubat dari doktor lebih meyakinkan, ada ubat sapu dan ubat makan
kalau anak tak suka makan ubat, mungkin doktor bagi suntikan, atau doktor akan pecahkan nanah bisul tu
memang ada gatal2 sikit bila dah makan ubat or sapu ubat, yang pastinya sakit dia umpama sakit gigi la, duduk pun tak senang
[Reply]
hai maaf ingin bertanya
saya suspek sy dapat bisul la..tp kecil lagi ..
nak tny bisul tu rasa sakit dia camna? mcm jerawat ke? cuba bagi contoh?
time ksh ye
[Reply]
Rjuna Reply:
March 27th, 2010 at 3:26 am
Bisul ni sakit dia rasa macam ada nanah di badan yg membengkak, sakit dia boleh buat korang tak senang duduk kemudian boleh membawak ke demam kalau dibiarkan
kira macam jerawat la jugak, tapi jerawat kita picit sekali sakit sekejap jer, tapi bisul ni nak picit pun sakit, memang tidur tak lelap la, segera berjumpa doktor ya kikilala
[Reply]
Semoga cepat sembuh… :-)
.-= zik´s last blog ..Program Earth Hour. =-.
[Reply]
Kesian siot ko kena bisul. Memang payah giler nak baring. Moga cepat hilang bisul tuh! :pirate:
[Reply]
Rjuna Reply:
February 24th, 2010 at 12:43 am
dah semakin pulih, boleh pergi karaoke pulak tadi hehe :razz:
[Reply]
bro pernah tak pergi alpha one..
belakang ceria tuh..??
pergi arr..
elok oo..
percuma lagi..
.-= acap2405´s last blog ..kenapa saya sokong pirate..?? =-.
[Reply]
Rjuna Reply:
February 24th, 2010 at 12:42 am
Alpha One ni terapi elektrik ke? aku tengok ramai orang kat belakang ceria tu
[Reply]
acap2405 Reply:
February 26th, 2010 at 7:38 pm
ha ah..
pergi laa..
dier leh turunkan paras gula..
insya allah baik..
:)
.-= acap2405´s last blog ..kenapa saya sokong pirate..?? =-.
[Reply]
gmbr xde ke…? hehehehe….
semoga Allah merahmatiMU
[Reply]
Rjuna Reply:
February 24th, 2010 at 12:40 am
gambar?..segan la beb kulit badan tak cantik
[Reply]
fuhh bisol ni memang sakit kan bro,dulu kene gak,lama cuti,skang ni dah ok ke bro ,semoga cepat sembuh k
[Reply]
Rjuna Reply:
February 24th, 2010 at 12:39 am
dah ok sikit harini, bhg yg bernanah pon semakin mengecil
[Reply]
Salam bro…semoga cepat sembuh yer..!!
.-= oh!dawie´s last blog ..Ada apa dengan Coke ?? =-.
[Reply]
Rjuna Reply:
February 24th, 2010 at 12:38 am
Terima kasih Dawie
[Reply]
huhu aku xpenah lg kne bisul ni..huhu mntk jauh2 la bnda ni
[Reply]
Rjuna Reply:
February 22nd, 2010 at 11:33 pm
jaga kebersihan diri insyallah tak kena, aku ni 1st time kena
[Reply]
Ce try test sapu kapur (kapur yang wat makan sirih tu, bukan kapur tulis or kapur simen) campur gula (takde side effect dengan diabetes) insyaallah masak ranum dan hilang bisul tersebut..
.-= H+zizy´s last blog ..Ada HD? =-.
[Reply]
Rjuna Reply:
February 22nd, 2010 at 10:35 pm
mmg bisul ni belum masak ranum lagi, tggu 2-3 hari lagi, nanti aku try petua ko ni, TQ ♥
[Reply]
sbb banyak gula ke..baru tau punca jadi bisul.
.-= pawaka19´s last blog ..Sehari Bersama Surat Khabar ala Majalah Ujang =-.
[Reply]
Rjuna Reply:
February 22nd, 2010 at 10:37 pm
sebab darah kotor rasanya, pastu kebersihan diri tak dijaga ini lah jadinya
[Reply]
sabar bro.. ni smua dugaan dan penghapus dosa² kecil.. byk² berubat dan amal hidup sehat..
chaiyok.. chaiyok..
[Reply]
Rjuna Reply:
February 22nd, 2010 at 10:40 pm
thanx bro, andai sakit ini dapat menghapuskan dosa² ku aku redha ya Allah amin
[Reply]
aku pun ader ketuat kat kaki.. sakit tetiap kali aku bukan stokin.. aku tau perasaan ko.. takpe yang penting kte ingat Tuhan.. kan?
.-= samanosuke_04´s last blog ..Eurotrip 2.0: Amsterdamned! (part 1) =-.
[Reply]
Rjuna Reply:
February 22nd, 2010 at 10:45 pm
woh ketuat tak tau rupa dia camner, kalau kutil pernah la kena kat kaki (tak sakit),
selalunya time sakit ni la aku baru ingat tuhan..ya Allah
[Reply]
bisul???ek…tak tau lah,tapi memang pedih la ko nak duduk.kalau perubatan moden susah sangat,ubat orang kampung ada ker?kasi cuba lah,kalau ada…nih kira bisul lambat baik sebab sakit lain ker?setahu aku sakit yang tu…ea?
.-= Piston Pecah´s last blog ..Pemandu Kereta & Penunggang Motosikal, siapa yang lebih berhemah? =-.
[Reply]
Rjuna Reply:
February 22nd, 2010 at 10:47 pm
aku punya kes nak sandar kat kerusi sakit, nak baring lagi la, pastu jenis bisul belum ranum, dapat rasa nanah tu nak keluar kalau toreh ngan pisau
hehe teka sakit apa bro shhh sensitip
[Reply]
aiyak..aku tak ikuti blog ko la bro. Ko ada penyakit apa? bagitaw la..
[Reply]
Rjuna Reply:
February 22nd, 2010 at 10:49 pm
hehe ko baca komen orang lain kat sini pon dah jumpa hint dia, sakit apa, jangan sebut kuat² aku malu hehe
bersama berubah kearah yg lebih baik
[Reply]
salam, moga cepat baik. kadar gula normal kalo x silap kena bawah 7 kan?
[Reply]
Rjuna Reply:
February 22nd, 2010 at 10:51 pm
ye kot hehe, memang aku dah jangka penyakit ni, tanda² dah ada, no more air manis lepas ni
[Reply]
wow!
bagus. buang darah kotor.
[Reply]
Rjuna Reply:
February 22nd, 2010 at 10:55 pm
plus dosa sekali kot huhu
[Reply]
kesian Abg Juju..
semoga cekal menghadapi kesakitan akibat bisul tu..
Aku pernah kena,
Aku paham mcm mana rasanya..
yang bacaan 15 tu.. aku tak paham..
.-= Mus´s last blog ..Bagaimana Nak Elak Blog Anda Daripada BANDWIDTH LIMIT EXCEED?? =-.
[Reply]
Rjuna Reply:
February 22nd, 2010 at 10:57 pm
terseksa tggu bisul ni nak ranum, rasa nak toreh je bhg tu biar nanah tu keluar, bacaan 15 tu kandungan gula dalam darah
[Reply]
Mus Reply:
February 24th, 2010 at 4:43 pm
sebut pasal ‘ranum’.. bunyinya mcm sedap jer..
kena kurangkan pengambilan gula tu bro..
.-= Mus´s last blog ..Blog Aku Dah Pulih Dari Bandwidth Limit Exceed. Macam Mana Caranya? =-.
[Reply]