Agak lewat juga saya mengupas isu ini, kerna dirumah jarang berkesempatan menonton siaran berita, ini pun saya ikuti melalui servis google reader. Sebenarnya lebih banyak maklumat yang kita perolehi di internet, dari siaran TV yang di momok kerajaan.

kredit foto: TranungKite Online
Pada 10 November 2007 (Sabtu) lalu berlaku satu Perhimpunan Haram Bersih telah diadakan di ibukota kuala lumpur, lebih 40,000 orang dipercayai telah berhimpun secara aman sambil berpakaian kuning (inspirasi telco DIGI barangkali), perhimpunan ini bertujuan menyerahkan 1 memorandum kepada Yang dipertuan Agung, menuntut sebuah pilihanraya yang lebih telus, bersih dan jauh dari taktik kotor kerajaan.

kredit foto=vangardx
Ya memang perhimpunan ini tiada permit polis dan ianya salah disisi undang-undang, tapi tahukah anda betapa sukarnya memperoleh permit itu dari polis yang berkiblatkan kerajaan, senang cerita kalau untuk parti pembangkang memang susah la wei
Tiada keganasan pun yang berlaku membabitkan orang ramai yang hadir pada petang tersebut, cuma mereka diusir secara paksaan oleh unit FRU, sepatutnya unit ini bertindak hanya apabila berlaku keganasan terhadap harta2 awam atau berlaku insiden pergaduhan, tapi kini sebaliknya anda tetap disembur gas pemedih mata walaupun berdemonstrasi secara aman, apakah salah bila rakyat ingin bersuara kepada kerajaan?, kata berkerja untuk rakyat?
Takutnya kerajaan sekarang pada bayang-bayang sendiri, mana dia Khairy Jamaluddin yang ingin turun menentang, mana dia Pak Lah yang pantang dicabar, mana? mana? , mari kita lihat klip video yang sungguh kelakar ini, gelak jangan tak gelak wei wakakaka :))
[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=N9S0W4iyegs 400 300]
Polis Kata Jangan
[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=A1_GQ-K7P_w 400 300]
Zainuddin Maidin yang gubra dengan Al-Jazeera, inikah gaya menteri penerangan bila diminta mengulas
[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=TU3h3LoE5BM 400 300]
Hanya Al-Jazeera yang berani, mana stesen TV lain?
Incoming search terms:
- beretika tapi salah disisi undang-undang
saya harap apa yang berlaku di negara kita , tidak menjadi bertambah teruk, sebelom ni negara kita aman damai, harap semua rakyat malaysia bersatu hati dalam membentuk sebuah negara yang maju beragama, beretika dan berdisplin,
p/s saya sayangkan negara kita
nana’s last blog post..MOTIVASI
[Reply]
Ehm..apapun. Kita tunggu Pak Lah sebut tarikh pilihanraya nanti..
[Reply]
Baizura=pendapat anda saya terima dengan hati terbuka,
mungkin artikel saya nampak berat kepada pembangkang, tapi tak bermaksud saya menyokong usaha mereka melakukan piket aman 100 %, tapi ini juga satu cara bersuara kan, mana boleh diam dan angguk saja pada kerajaan yang memerintah
terima kasih kerana memberikan pendapat, saya amat menghargainya :)
[Reply]
x de yg sempurna kat muka bumi ni…
termasuk orang yang tulis blog ni…
dari buang masa wat perhimpunan yang xde hala tuju ni baik cari kerja untuk tambah hasil untuk keluarga…
aku anak pemandu jurutera…dulu
sekarang aku jurutera di JKR…
aku susah dlu…xde pula wat tunjuk perasaan…ekeke
x pula menadah tangan…
kerajaan adakan UiTM…Universiti termurah di dunia…
aku masuk…berusaha
perluang terbuka luas kat bumi ALLAH yang bernama Malaysia ni…bersyukur la…
Kalau tukar kerajaan pun…mungkin anak MELAYU x dapat peluang macam ni…
mungkin lagi baik…atau lagi parah…
yang membezakan sape individu dalam sesatu organisasi tu…
dlam PAS ke,UMNO ke,DAP ke…dll
ko nak jadi manusia yg mcam mana…
sedar la wahai orang Melayu…
dalam pada korang buang masa macam ni…
bangsa lain berusaha bersungguh2 untuk tambah pendapatan dan mutu kehidupan…
then they all say…BYE2…stupid Malay…
[Reply]
Huhu.. saya tak berkesempatan untuk pergi. Rugi betul.. hehe…
[Reply]
Aku tak nak terlibat dalam mana perhimpunan yang sedemikian..tak nak masuk lokap..
[Reply]
video klip tu memang berhantu, hari2 aku nak tengok dan gelak-gelak bersama opismate aku
[Reply]
Kau orang ni degil…. “Polis Kata Jangan…”
Adess.. Sakit perut aku… :)
“Polis Kata Jangan!”
Pak Lah Kata ‘Saya Pantang Dicabar’
KHairy kata “berukk…”
Aku kata…”Kita Tukar Kerajaan…”
PS – Awal td tersilap send, tolong delete msg yg atas tu sbb tak taip URL.
[Reply]
polis kata jangan…. kitaaaa……bodoh…. ahahah paling tak tahan, menangis aku gelak
[Reply]
chot=saja ambil angka sikit, nanti ada orang leh betulkan hehe :P
[Reply]
bukan 40 ribu org tp 200 ribu org…
[Reply]
razifmustapha=polis kata jangan, tak gelak
[Reply]
aku tiap2 malam sebelum tido layan video tu, gelak tak hengat punye. huhu
[Reply]