Barca 2-0 United: Terimalah Kekalahan
gol..Samuel Eto’o minit ke 10
gol..Lionel Messi minit ke 70
MU?= Telur.. Haram jadah

Dan bergumbiralah pembenci MU diluar sana, United gagal merangkul piala idaman ke-4 musim ini Piala Uefa Champion League, amacam puas hati dah?
kalau anda dari penyokong team Arsengal, Chelshit dan Liverfool yang tetiba sokong Barcelona, toksah la bangga sangat bukan dapat apa pon.
Aku meramal kemenangan MU 2-0 tanpa penalti, tapi tuhan menentukan sebaliknya, Barca yang menang 2-0 bukan MU, apa yang boleh aku simpulkan ialah MU ditewaskan oleh sebuah pasukan yang lebih baik iaitu Barcelona,
Tahniah Barcelona dan skuad kendalian Pep Guardiola, memang mereka patut menang, kalau tak berhati-hati diorang boleh menghasilkan 3-5 gol malam tadi
Mari kita melihat kenapa MU kalah dalam perlawanan final UCL 2009 malam tadi ?
Anderson, Park Ji sung
Entah mengapa Sir Alex menyenaraikan Anderson aku pon tak pasti, dia banyak kehilangan bola di bahagian tengah, patut kasi main la otai Scholes dulu, Park Ji Sung yang tak menjadi, memang la bangga dia orang asia pertama main final UCL, tapi sentuhan dia tak menjadi malam tadi malah sering hilang bola di dikawasan kubu barca, adakah Ferguson salah taktikal?
Skill pegang bola lama
ini skill yang dimilikki barisan serangan Barca, mereka boleh menggelecek bola dengan lama, seberapa lama mereka suka selagi tak diganggu, United macam di anjingkan diorang je dengan skill ni, asal nak rampas bola je diorang passing kawan, jeles aku tengok, sakit hati pon ada jugak
Barca pun ambik kesempatan atas kelemahan ni, asal hilang bola je MU kena serang, hak tuih, terer betul hangpa nih.
Formasi 4-3-3
Aku rasa formasi ni tak berkesan untuk atasi barca yang menggunakan formasi sama, better guna 4-4-2, dengan Ronaldo dan Giggs kembali ke posisi winger, main macam biasa, tapi serangan bebas dilakukan oleh sesiapa, supply je bola ke kubu barca..sure barca susah nak baca punya lah
Perangkap Offside
Defender barca memang mahir bab ni, seringkali serangan United dipatahkan dengan cara ini, gampang
Gol Eto’o
Gol Samuel Eto’o tak sepatutnya berlaku, kalau aku jadi Rio Ferdinand, aku sepak je keluar, corner pon corner la, aduh Van Der Sar pulak gagal tampan kemas dia punya shoot, tapi bagus pon kalau nak kasi tekanan.
Gerrard Pique
Kalau tak kenal, defender ini berlatih di United dulu, tapi bila dah terer barca panggil dia pulang, macam pengkhianat pon ada dia ni semua serangan MU dia dapat baca, dah tentu la dia tahu semua taktikal serangan MU, kita yang didik dia dulu.
Jersi Putih
Putih adalah warna simbol mengaku kalah, memang tak semangat langsung tengok MU pakai putih, ate nak pakai biru, barca siap 2 kaler dia pakai Biru-Merah, nih nak buat alasan kalah budak2 leh la haha
Itu sahaja lah yang aku nak komen tentang kekalahan MU, so fans MU kita terimalah kekalahan ini dengan hati yang terbuka, hati aku masih United dan tetap United,
melangkah ke final pon dah buat kami bangga sebenarnya, macam aku cakap kalau kalah adat pertandingan la ada kalah ada menang, tahun lepas dah menang kali ni kita kalah pulak, (ayat nak cover kesedihan)
cuba lagi MU musim depan, Glory-Glory Manchester United :evil:
p/s= ni 1st time aku tengok barca main sepenuhnya, patut la Guus Hiddink main corak bertahan masa lawan Barca semi final lepas, Shuffle betul.
xkisah la kalah ke menang ke, hati akak ttp pada MU :)
[Reply]
hidup barca.aku ske messi. dan hidup selangor pekehenyeee
huhuhu
Rjuna= mak ai avatar seram nyerr aku, kena pukul ngan bebudak MU ke?
[Reply]
aku memang benci CR7… :hampeh:
bukannya apa,memang dia tak hebat pun…
1st percubaan free kick pun bagi tepi..pakai taktik lapuk…
Park J.S bagi ruang utk CR7 sepak…patut la keeper Barca bijak..Pique pun tau jer Park nak tried…dia tahan bola(bijak kan aku) :suka:
Rjuna= bijak wak lu
[Reply]
haha chelsea ok bukan chelshit.
hikhikhik.
Rjuna= rival mesti kutuk, tahniah menang FA cup
[Reply]
nampak peminat man u masih tak terima kekalahan ngn hati terbuka,,fikir lahh balik nape fan lain bley sokong team lain gak tapi bukan man u…..?????
…rjuna…
aku cm sokong arr ulasan ko kali ni tapi bab Gerrard tuh…cm kelakar..takkan lah berlatih kat man u dipanggil balik dikatakan pengkhianat….kan ramai gak student2 malaysia yg hebat di pnggil untuk berkhidmat dimalaysia???pengkhianat ker???? ini sekadar pandangn hihi..
jgn marah
Rjuna= tak baca tajuk yek..kan aku cakap aku terima kekalahan, cuma tak puas hati dgn team lain sokong barca tu jer, naper terasa ya..hehe yes umpan ku mengena
Pasal Gerrard Pique baca ayat aku tu betul-betul “Macam pengkhianat pon ada..” , kan beza kalau aku sebut “Pengkhianat betul mamat ni”, tu je hujah aku
[Reply]
ala yang sokong berca pun, semua peminat clesea, liverfool ngan arsengal..
Nampak sangat hati busuk.. dengki dengan MU… bila MU kalah, kemain suka hati walhal before time barca vs chelsea, kemain marah lagi ngan barca..
Sengal..
Tapi CR7 kalau aku jumpa depan2, aku nak lempang dia dua tiga kali, lepas tu mintak sign.. hahaha
p/s: tapi x baik la nak marah CR7, before ni bape besar sumbangan dia.. jgn kerana taik malam final, habis semua before pon terkena tahi.. aiyark!
[Reply]
Sbb tu jgn ckp besar..jgn belagak..jgn angkuh..padan muke lu org..MU Busuk :hampeh:
[Reply]
hmmm…. Pastinya MAN U ade rezeki lagi tahun depan….
[Reply]
btol3…
hati aku tetap united bro!
[Reply]
CR7, macam gampang. Bajet star, ha ha. Aku mmg x ley belah ngan org yg berlagak terlalu star, walaupun aku fan man u sendiri. Kasik jual ajer, beli Ribery lak. Jual time masih ngah laku, kaki dia tu pun da 2nd hand.
Gurdiola, peh… 1st season da ley menang 3 piala. Mmg saspek giler2 aa. Adakah Roy keane akan mengambil tempat Alex Fergusan, saper tau kan, hehehe… Taktik Fergusan da x ley pakai sgt klu nk mara lebey jauh. Perlu adanya pemikiran len plak….
Tapi Rjuna, kita ttp peminat man u yg sejati. Rilek jer dalam mekdi tu, tgk man u kena 2 bijik. Siap tgk sampai abes lak tu, haha. Hrp thn depan ley tgk man u kt final lg, kekekeke
[Reply]
Rilek la bro.. xnk la nk ngate team len cmtu plak.. ape die? shit? fool? sengal? dorg pn nk rse mng gk.. bese la.. team x msok final kn.. hehehe..
[Reply]
hoho
betul apa yg ko katakan bro :up:
lpas ni, alex ferguson bersara,
ko blh jd coach MU plk
[Reply]