About Rjuna

Hi saya Rjuna, penulis dan pemilik blog ini, terima kasih kerana sudi melawat-membaca-klik iklan, kalau ada salah dan silap, jangan malu berikan komen, kalau nak copy+paste artikel/gambar sila linkback kembali, saya tak marah punya

vlog pertama ku

Apa itu VLog?
Vlog ialah blog yg diupdate menggunakan video, kalau korang pernah tengok filem Avatar, perasan tak, hero filem tu Jack Sully (Sam Worthington), update perkembangan hidup dia guna blog berbentuk video

Sebelum ni pernah tengok blog Melromeo dan Ariff Shah buat, nah sekarang giliran aku pulak mempraktik kan nya, ate korang bila lagi? kalau korang segan, aku lagi la segan,

tengok je la video bawah ni, muka tahan gelak, tahan malu, tak serius, gabra semua ada, macam haram, ia dirakam secara spontan, itulah aku yang sebenar, tak perlu jadi orang lain, kan?

Aku tunggu vlog korang pulak pasni, yeah selamat bergelak ketawa dan mencapub, aduh malu syial kah kah :grin:

Petrol naik Diesel naik Gula naik Gas naik

Harga petrol, diesel, gula dan gas dinaikkan kerajaan Malaysia, berkuatkuasa 16 Julai 2010

berikut adalah harga baru yang telah ditetapkan

  • Petrol RON 95 – RM1.85 seliter (naik 5 sen)
  • Petrol RON 97- RM2.10 seliter* (kini tanpa subsidi)
  • Diesel – RM1.75 seliter (naik 5 sen)
  • Gula – RM1.90 sekilogram (naik 25 sen)
  • Gas LPG (gas memasak) – RM1.85 sekilogram
  • + Sumber Malaysiakini

Ayat cover yang selalu diguna pakai kerajaan..

Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib, masih antara yang terendah di rantau ini

Pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

Bersiap sedia lah dengan segala macam kenaikan lepas ni, harga makanan akan naik, pengangkutan, kos sara hidup, dan macam-macam lagi, bak kata otai “yang turun hanyalah HUJAN”

err.. Pak Najib, takde ke subsidi yang claim pakai road tax macam dulu tu?

err.. Pak Najib, tahun ni bonus kakitangan awam ada kan kan kan :lol:

Bekerja lah dengan jujur dan ikhlas, gaji walaupun kecil, walaupun semua harga barang naik, insyallah cukup kerana keberkatan dari Allah SWT

Incoming search terms:

  • gula naik
  • petrol naik harga 2012

World Cup 2010 saya sokong Brazil

Tinggal berapa jam lagi Piala Dunia Bola Sepak 2010 Afrika Selatan akan bermula, seluruh dunia akan dilanda virus demam bola, makan bola, tidur bola, minum Radix Cola.

jadual perlawanan dah tampal siap-siap kat almari, siap ada jam perlawanan waktu malaysia lagi, kat kompiter pon dah siap install software kalender score

Waktu perlawanan cantik gak, antara jam 10 malam dan 2.30 pagi, memang waktu sesuai lepak ramai-ramai sambil menonton kat mapley, apa barang tengok bola sorang-sorang kan, tapi pukul 2.30 pagi punya time aku tak janji la, tengok dalam mimpi rasanya, tak pon tv yang tengok aku hehe :)

Mulanya ingat nak sokong Spain, alang-alang sokong biar ambik yang kuat terus ye tak? tapi bila pikir balik macam tak best, apa kata kita lawan arus sikit, ambik ranking no.2 Brazil, yeah

skuad baru pimpinan Dunga kali ni low profile sikit, dah kurang main cantik (samba) katanya, lebih kearah taktikal berpasukan, mempertaruhkan pemain muda dan sanggup mengetepikan star macam Ronaldinho.

A Seleção

Yang aku kenal: 1.Julio Cesar (GK) 2.Maicon (DF) 3.Lucio (DF) 8.Gilberto Silva (MF) 9.Luis Fabiano (FW) 10.Kaka (MF) 11.Robinho (FW)

mampukah player muda Brazil ini memenangi piala dunia buat kali ke 6, sama-sama kita saksikan nanti.

Nah sedikit jajan untuk korang

+ MP3 Shakira~Waka-Waka (Time for Africa)

+ MP3 K’naan~Waving Flag [Coca-Cola World Cup Anthem]

+ Software Jadual Perlawanan untuk PC