About Rjuna

Hi saya Rjuna, penulis dan pemilik blog ini, terima kasih kerana sudi melawat-membaca-klik iklan, kalau ada salah dan silap, jangan malu berikan komen, kalau nak copy+paste artikel/gambar sila linkback kembali, saya tak marah punya

HIDUP SEORANG BLOGGER (Bhg.2)

Semasa mencari gambar untuk entri HIDUP SEORANG BLOGGER ini. Saya terjumpa gambar kartun kat bawah tu di google images.

Ssecara ringkasnya, begitulah lazimnya HIDUP SEORANG BLOGGER waktu mula-mula kenal apa itu blog. Dalam dunia blogger pun ada pangkat dan gelarannya tau.

Ada yang digelar Pro Blogger, Part Time Blogger, Blogger Tegar, tapi hari ni saya mahu membawa anda mengenali HIDUP SEORANG BLOGGER jadi-jadian.

Apa itu Blogger Jadi-Jadian?
Senang cakap, orang lain ada blog, dia pun sibuk nak ada blog jugak. Hamboi lazernya ko Juju. Kiranya blogger jenis ni memang lalang, dan tiada matlamat bila membina blog mereka.

Terdapat ramai blogger jenis ini di luar sana. Lebih lebih lagi bila diorang tahu yang tulis blog ni boleh buat duit.

Jom kita selami peringkat demi peringkat HIDUP SEORANG BLOGGER spesis ini dalam edisi cerita bergambar pula.


“Adeh benci nya menaip, kalau blog ni bukan sebab duit, jangan harap aku duduk depan laptop ni tau, baik main PS2 lagi bagus, apa jadah nak taip ni dude? ”

“Inilah blog pertama ku” yea dah siap. Jadilah dari takde langsung kan. Hope esok dapat buffered ads. Yeah gua dah jadi seorang blogger yeop!


Suka bila entri dapat perhatian/pujian pembaca, trafik datang mencurah-curah, walaupun merepek-meraban je isi nya. Tapi bila blogger otai (baca: blogger feymes) tak datang baca dan beri komen, mulalah meroyan, sindir menyindir, dikatanya pulak Blogger Otai/wordpress sombong, Blogger OTAIK la :hampeh:


Bila dah lama sikit ber-blog, ramai la pembaca/ follower, siap ada fanpage lagi kat fesbuk gitu. Tambah kalau blogger hensem/cun lagi la naik saham nya.

Pembaca mesti dihargai dan dibelai manja baru boleh jadi blogger yang feymes katanya. Feymes waklu.


Bila dah feymes,  mula la hidup busy terkejar-kejar, mana lagi nak buat kerja opis, mana nak update blog lagi, nak balas komen pembaca lagi. Alih alih kerja opis tak siap, kena caci maki lagi dengan bos. Hidup tak terurus. Tidur lewat pagi. Mata dah macam panda.

Bila matlamat tak seperti yang diharapkan (duit iklan dapat ciput katanya), blog mula terbiar sehari demi sehari, seminggu, sebulan, setahun. Pembaca pun lari dan akhirnya blog itu mati begitu saja.

Tuan blog pergi mana? sibuk main fesbuk/twitter, lagi best katanya, Alahai blogger jadi-jadian.

Kepada blogger yang terasa, aku mintak maaf la, sebenarnya aku pun 2×5 macam tu juga asalnya wakakaka.

Begitulah tamatnya, HIDUP SEORANG BLOGGER, kalau korang (blogger) mampu bertahan hingga hari ini, tahniah korang memang blogger sejati yang tegar.

Bertemu lagi di lain masa, renung-renungkan dan selamat berblogging ;)

Entri HIDUP SEORANG BLOGGER ini merupakan Contest SEO yang saya sertai anjuran blogger Denaihati.com, dan ditaja oleh eQurban.com.

Jika anda sukakanya sila kongsikan pada pada teman-teman anda ya, Terima kasih

150 Juta

Fynn Jamal ~ 150 Juta

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?
Apa kau buta, apa kau pura-pura suka

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

Dia mungkin bengis seperti singa
Tapi dia nangis tonton cerita Korea
Dia mungkin keras bila bersuara
Tapi dia jelas, jujur apa adanya

Aku lagi kenal dia

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

Sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau salah nya saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua

Saya kenal sayang saya

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi senja
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua

http://fynnjamal.blogspot.com

Incoming search terms:

  • fynn jamal
  • lirik lagu 150 juta fynn jamal
  • 150 juta
  • baju ronyok tak apa asal pakai selesa
  • fynn jamal 150 juta mp3
  • 150 juta kali
  • 150juta mp3 mediafire
  • fynn jamal150 juta kali mp3 mediafire
  • lagu 150 juta mp3 mediafire

HIDUP SEORANG BLOGGER (Bhg.1)

Tentu pembaca di luar sana ingin mengetahui rutin HIDUP SEORANG BLOGGER kan. Apa aktiviti yang mereka lakukan seharian. Bagaimana mereka mengemaskini blog mereka. Bagaimana suatu entri itu terhasil.

Oleh itu mari kita menjengah ke diari kehidupan seorang blogger bernama Rjuna. Jom.

Jam 7-8 Pagi
Bagi saya, waktu pagi adalah waktu yang afdal untuk update blog dan menaip artikel, sebab time macam ni otak masih fresh lagi, sedap kalau menggoreng ayat.

Tapi kebiasaannya saya habiskan masa untuk baca akhbar online, macam Mstar, Kosmo Online, MyMetro, Malaysiakini. Blogger pon kena amik tahu hal semasa, kat sini lah juga korang boleh dapat idea nak update artikel apa nanti.

Jam 9-10 pagi
Kalau hari kerja, waktu begini selalunya saya sudah berada di pejabat, perkara pertama yang akan dibuat ialah semak email dan lawat blog sendiri. Semak blog kalau ada komen pembaca yang perlu dibalas, semak email kot-kot kalau ada tawaran iklan (haram takde)

Jam 10-11 Pagi
Sambil buat kerja pejabat, sambil tu bukak Google Reader. Saya akan memantau dan membaca RSS blog yang di langgan. Sudah habis membaca, tinggalkan sedikit komen untuk entri mereka. Kalau entri blog tu menarik saya share kat twitter/fesbuk.

Jam 12-1 ptg
Waktu lunch time begini memang best kalau ping blog dan share post blog korang ke twitter-fesbuk-website ping (Gengblogger, Jombuzz). Biasanya waktu begini waktu rehat di pejabat, so kalau nak dapatkan trafik orang pejabat masa ni la. Eh Yeke?.

Jam 2-4 petang
Membuat tinjauan trafik di blog, banyak atau tidak yang masuk ke blog untuk baca Rjuna.net, juga meninjau keyword apa yang tengah panas pada hari itu dan melawat blog rangkaian Rjuna yang lain.

Lepas itu kita jeling-jeling kat web iklan Innity/Nuffnang, ada masyuk ka tarak? ada masyuk kalu, kasi senyum satu kali la macha. Tarak masyuk kalu, lu diam diam klik iklan sendiri sudah gyahahaha.

Jam 5 petang
Sebelum pulang kerja selalunya saya akan semak buku nota kecil, apa nak di update dalam blog akan datang, sambil tu idea yang muncul dalam otak akan segera dicatit, sebab saya ni pelupa, kalau tak tulis idea tu, alamatnya hilang la begitu saja.

Buku nota kecil Abg Juju

Jam 9-12 malam

Kalau ada mood nak update blog, dengan serta-merta saya akan fokus 100% malam tu. No twitter No fesbuk No ym No awek eh?, sebab semua benda ni leh kacau kosentrasi saya bila menaip.

Saya agak cerewet sikit bila nak publish. Semua kena complete, gambar kena ada, ayat kena sedap, entri kena buat lain dari blogger lain. Lepas tu saya akan baca balik post tu dalam mode preview. Baca dari sudut pemikiran pembaca, sambil berfikir apakah pembaca faham apa yang saya cuba sampaikan.

Bila entri dah siap, dah puas hati saya akan publish masa tu juga, kasi promote entri baru ke twitter dan fesbuk, hari keesokkan nya kita ping post baru tu ke blog direktori pula.

Jam 1-2 pagi
Kalau hari tu tak update blog, biasanya saya akan berjalan melihat perkembangan blog blogger lain, ia dikenali dengan istilah blogwalking.

Lawatan akan dimulakan dengan melawat blog pembaca yang memberi komen di blog Rjuna. Ini cara saya ucap terima kasih pada pembaca blogger yang suka memberi komentar. Kemudian lawatan di susuli pula buat mereka yang promote entri blog di twitter dan fesbuk.

Oh ya kebiasaan blogger tidur jam 2-3 pagi. Itu biasa, kadang tu sampai tertidur depan laptop.

**********************************

Beginilah HIDUP SEORANG BLOGGER bernama Rjuna, nampak macam takder life, tapi saya sukakan nya. Jika di izinkan saya ingin berblogging sehingga hujung nyawa saya.

Bertemu lagi kita di minggu hadapan dalam HIDUP SEORANG BLOGGER (Bhg.2)

Entri HIDUP SEORANG BLOGGER ini merupakan Contest SEO yang saya sertai anjuran blogger Denaihati.com, dan ditaja oleh eQurban.com.

Jika anda sukakanya sila kongsikan pada pada teman-teman anda ya, Terima kasih.