Rjuna | R J U N A - Part 5

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog R J U N A.

Al-Fatihah Nordin Montong (video)

Tengahari itu seperti biasa Arwah Nordin, masuk ke kandang harimau bengal putih untuk mencuci kandang, untuk sampai ke kawasan kandang zoo, dia perlu terjun dahulu ke kolam berdekatan kandang

Muat Turun Video | FLV Player | Gambar Penuh

Bunyi percikan air di kolam menarik perhatian seekor harimau ke tepi kolam, arwah yang sudah biasa dengan keadaan itu cuma bertenang sambil memandang tepat ke mata harimau, dia cuba menghalau harimau tersebut dengan penyapu lidi, agar dia mudah naik ke atas kandang, namun harimau tersebut tiba-tiba menyerangnya hingga arwah jatuh ke tepi kandang, arwah cuba melarikan diri untuk terjun kearah kolam, tetapi seekor harimau lagi muncul mengepungnya.

Saat itu arwah cuma mampu menutup kepalanya dengan baldi dan seraya menjerit ALLAHU AKBAR!!, bahagian tengkuk arwah terdedah lalu memudahkan harimau membahamnya, pekerja2 zoo lain cuba membantu arwah dengan menghalau harimau itu dari terus menggigit, arwah kemudian dijumpai cedera parah di leher dan badannya.

Inalillah dan Al-Fatihah, semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman, Amin.

*Video kredit: Syamsulariff.com & Breaking.sg
*Gambar kredit: Seri Kasih

Posted on 28 November '08 by Rjuna, under berita. 3 Comments.

Saman Mahkamah

Korang pernah masuk mahkamah? ini kali ke-2 aku ke mahkamah, kali pertama dulu sebab naik motor tak pakai topi keledar, Fakta= tak pakai helmet punya pasal, korang punya peluang cerah bersemuka dengan hakim tau, dulu aku naif, polis trafik tahan kita ikut la berhenti, sekarang dah jiwa rempit ni nampak road block apalagi u-turn maa haha.

Pagi itu, lepas subuh aku dan Manan (orang kanan bos), berangkat ke Ipoh, perbicaraan akan bermula seawal jam 9-10 pagi, aku dah seram sejuk tengok orang kena gari sana sini dengan t-shirt lokap, waa kesalahan aku sama level dengan diorang ke? kita mahkamah sesyen je, yang berat mungkin majistret dengan tinggi kot bisik aku pada Manan.

Rasa sejuk mula menggigit dalam dewan mahkamah, ramai men in black berurusan disini, loceng dibunyikan tanda Hakim akan muncul, semua bangun sebagai tanda hormat, seorang hakim wanita muncul, habislah ko Rjuna, kata orang, orang perempuan kalau jadi bos susah bertolak ansur dan straight.

Kes aku dipanggil (yang 1st pulak tuh), dan namaku disebut, aku cuma berdiri sebelah kandang pengakuan dan seorang pegawai mahkamah datang sebagai perantara, dia menegur agar tidak masukkan tangan dalam poket, kemudian membacakan pertuduhan

Bahawa kamu Rjuna sebagai seorang pengarah syarikat Ehem Ehem sdn bhd sebuah syarikat berhad menurut syer bla bla bla telah lewat membentangkan Penyata Untung dan Rugi dan Mesyuarat Agung Tahunan serta gagal membayar kompaun yang di tawarkan sekaligus gagal mematuhi kehendak kehendak seksyen itu dan seks ini bla bla bla..

Penalti: Hukuman Penjara selama 5 tahun atau RM30k

“OKS* memahami pertuduhan dan hukuman dan mengaku bersalah yang Arif” kata pegawai mahkamah itu kepada hakim.  *orang kena saman

Pegawai Pendakwa dari SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) mengemukakan dokumen-dokumen untuk diteliti Hakim

Pegawai mahkamah memberi peluang untuk aku merayu,

Memandangkan ini kesalahan saya yang pertama, saya harap pihak Hakim dapat mengurangkan jumlah penalti atau denda kerana syarikat saya mengalami masalah kewangan

Hakim kelihatan senyap seketika..”baiklah denda sebanyak RM 2500.00“, pegawai itu bertanya padaku, ada bawak duit tak hari ni, aku jawab, “saya bawak cek je hari ni”, maaf cek kami tak terima, kami nak cash.

Waaa tak berpeluh ko kat dalam dewan tu beb, kalau aku datang sorang mana la nak cekau duit, mykad polis tu tahan dah, bayar denda baru dia serah mykad, nasib baik Manan datang sekali, pinjam duit dia RM500, aku mintak jasa baik ayahanda aku tolong masukkan RM2000 agar boleh Manan tunaikan di ATM berdekatan.

Balik tuh aku start blur dah, tak banyak cakap, Rm2500 itu bagi aku banyak tau, memang pukimak la Setiausaha Syarikat aku yang tak guna tuh, aku bagi tanggungjawab kat diorang, diorang crettt aku balik.

Buat setiausaha aku, Mat Jani bin Shariff, Jasa Tax Accounting Services, setubuh lah kau disana, aku pecat kau sekarang.

Penghargaan buat Ayahanda dan Encik Manan kerana sanggup menolong ku di saat genting, terima kasih ku buat mereka :cry:

Posted on 27 November '08 by Rjuna, under Diari Rjuna, catatan. 17 Comments.

Selamat Pagi CinTAG

Entri kali ini telah di update secara paksaan oleh Ted Baker, dia ugut aku, nak dedahkan hubungan terlarang aku dengan Memey Suhaiza (bukan nama sebenar) KAH KAH KAH :evil:

Ok sebelum jawab Tag mari baca peraturan, haha matilah tak ikut :lol:

RULE #1 People who have been tagged must write their answers on their blogs and replace any 1 questions that they dislike with a new question formulated by themselves.

RULE #2 Tag 5 people to do this quiz and those who are tagged cannot refuse. These people must state who they were tagged by and cannot tag the person whom they were tagged by and continue this game by sending it to other people.

1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
- Gaduh jap pastu aku akan tinggalkan dia

2. If you can have a dream to come true, what would it be?
- Jadi kaya raya, kahwin, dan tunai Haji, Insyallah

3. Whose butt would you like to kick?
- Azwan Ali, Amboi Amboi Amboi

4. What would you do with a billion dollars?
- Beli Manchester United, hohoho

5. Will you fall in love with your bestfriend?
- Mungkin

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
- Mencintai seseorang lebih mudah dari dicintai seseorang

7. How long do you intend to wait for someone you really love?
- Jika dia betul cintakan aku, aku rela menunggunya hingga akhir ayat (ayat mesti power)

8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
- Biarkan si dia dengan labu labunya

9. What do you pray each day for your loved one?
- Aku doakan semoga mereka sihat-murah rezeki-dan bahagia selalu.

10. What takes you down the fastest?
- Apabila sesuatu dihajati tidak kesampaian

11. How would you see yourself in ten years time?
- Sudah berkeluarga, berdikari dan hidup sederhana

12. What do you really want at the moment of responding to this tag?
- Aku cuma mahu update blog, itu sahaja

13. What kind of person do you think the person who tagged you is?
- Ted? Seorang blogger yang online 24 jam

14. Would you rather be single and rich or married but poor?
- Apadaa mestilah single dan kaya

15. What’s the first thing you do when you wake up?
- Tentulah BUKA MATA hehehe, basuh muka la bai..

16. What’s the character must have in your partner?
- Cun, comel, Manja, Bijak dan Pandai masak

17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
- Dia mesti lulus ujian tahap kesukaan Mak aku, siapa lulus aku pilih dia, Aci tak?

18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?
- Aku mudah memaafkan jika orang itu minta maaf, apa? lupakan?, tak semudah itu

19. Do you prefer being single or having a relationship?
- Dah tua bangka ni, gatal pulak nak ada relationship, mahu kawen dengan saya?

20. Would you leave your family behind just to chase your dreams?
- Sudah pasti, pengorbanan perlu jika mahukan kejayaan

Dengan kuasa veto dan semangat otai Don Carleone, 5 blogger dibawah di tag, untuk menjawab soalan seperti diatas, mereka adalah Apek, H+zizy, Ejoy, Kak Kasih dan Zelo55, hehe semua kroni2 nih

Tiada paksaan untuk menjawab, tapi aku dah upah Jigsaw untuk perhatikan korang huhuhu :roll:

Ok Selamat Menjawab.

Posted on 22 November '08 by Rjuna, under Tag. 9 Comments.