About Rjuna

Hi saya Rjuna, penulis dan pemilik blog ini, terima kasih kerana sudi melawat-membaca-klik iklan, kalau ada salah dan silap, jangan malu berikan komen, kalau nak copy+paste artikel/gambar sila linkback kembali, saya tak marah punya

Ahoy moh ke Lumut Bandar Tentera Laut

Lumut Bandar Tentera Laut

Kadang-kadang aku heran kenapa Pekan Lumut yang kecik tu, dapat naik pangkat jadi Bandar, seumur hidup ku membesar di Lumut (ayah navy), dah kerja pejabat  pon kat Lumut,  mungkin kawen nanti pon kat Lumut jugak..eh kesitu pulak aku.

Mungkin nampak kecil Pekan Lumut tuh, tapi kalau campur Pangkalan TLDM, campur Teluk Batik, campur Pangkor, fuh besar jugak beb, ada potensi dimajukan contoh jadi Bandaraya ke.

Lumut kini bukan pekan koboi macam dulu, kawasan pinggir pantai nya dah dibangunkan secara teratur dan cantik sesuai dengan sesuai dengan tagline bandarnya nanti Bandar Tentera Laut, Perlancongan dan Maritim.

Pada sesiapa yang pernah datang ke Lumut sebelum ini, dapat merasakan kemajuan dan perubahan yang berlaku di Lumut.

Pengisytiharaan akan dibuat oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada hari Jumaat 24 April 2009, sempena pemerintahan baginda yang ke 25

Manakala Hari Terbuka Armada 2009 akan berlangsung pada 25-26 April 2009, orang ramai dijemput hadir untuk melihat kapal-kapal perang TLDM (dapat naik dan masuk dalam kapal) disamping dapat menyaksikan pertunjukan dan demonstrasi dari anggota tentera laut, contohnya dari komando Pasukan Khas Laut (Paskal)

Karnival Jom Heboh juga bakal berlangsung sama di dalam pangkalan TLDM,  lokasinya mungkin bertempat di kawasan Stadium TLDM.

Bimbang dengan kesesakan yang pastinya akan berlaku pihak penganjur sudah menyediakan bas-bas khas untuk masuk ke dalam kawasan tentera, sila patuhi arahan keselamatan oleh pihak polis dan tentera ya.

p.s= Ate Manjung tak jadi bandar la yob? Entah tak tau ler teman, Bandar jer bukan Bandaraya, sebab tu nama masih MPM (Majlis Perbandaran Manjung)

p.s.s= sebanarnya Sitiawan-Manjung-Lumut adalah 3 daerah yang berdekatan disini, bagi aku taraf bandar patut diberi pada Manjung, tapi itu bukan masalah besar, masih 1 kawasan, tak gores kupon parking kena saman juga.

Incoming search terms:

  • bandar lumut
  • kehidupan seorang tentera laut
  • awek sitiawan
  • bandar tentera laut lumut
  • jo heboh navy base lumut
  • manjung bandar tentera laut
  • pekan lumut perak
  • tarikh jom heboh perak
  • tentera laut

Sms dari Fathi

Seorang pembaca blog ini  Fathi, ada hobi suka bertanya, ada jer benda dia nak tanya, dulu dia suka tanya kat emel friendster, pastu dalam blog ini dan kini secara sms pula, kekadang aku terasa macam bapak menteri pon ada, takpon rasa cam Profesor Serba Tau (Gila-Gila) pon ada jugak, entah betul atau salah info aku bagi kat dia, aku bedal jer.

Selalu Fathi sms aku jawab reply guna sms jer, tapi kali ni panjang sangat aku nak balas nya,  ini sms dia, tanpa edit.

Bro kenapa org cina susah nk memahami konsep beraja? knpa org cina susah nak brgaul dgn kita? mngapa org cina bgtu kurang ajar? mengapa org cina perak bgtu berpuak? adakah mereka keturunan kongsi gelap? org india pun senang bergaul dgn kita, tpi org cina susah! why?( hrp bls kerana raja muda perak menegur org politik yg keterlaluan)—>Fathi de sanjung, Melayu, 18 tahun, tengah tunggu PLKN

harap jangan lah ada ada orang cina yang tersinggung, bukan ditujukan kepada semua kaum cina ya. segelintir sahaja.

Patutnya Fathi ko bertanya pada orang cina sendiri, aku bukan orang cina yang menyertai DAP atau nama ku bukan Lim Kit Malam, jauh sekali bukan Karpala Pusing, tapi aku jawab la jugak la untuk adik Fathi ku sayang.

Kenapa orang cina susah nak memahami konsep beraja (Raja berpelembagaan) ?
Fuh soalan kalah sejarah SPM nih, bukan diorang tak faham, tapi sengaja buat-buat tak paham, DAP sebuah parti demokratik sosial yang lebih ke arah sosialis, perjuangan mereka ialah cuba sama ratakan hak semua kaum di Malaysia ini sama seperti di Singapura, siapa PM singapura? Cina, so paham-paham sajalah apa yang mereka mahu, bila hak semua kaum di sama rata kan, hak ketuanan orang melayu sebagai bumiputera akan hilang,  dan penghalang mereka sekarang ialah Sultan dan Raja Melayu kerana berkuasa menentukan siapa Menteri Besar siapa PM.

Kenapa orang cina susah begaul dengan orang melayu?
Bukan susah bergaul, ada juga orang cina yang pandai bergaul, ok pergi kat kawasan perumahan cukuplah, kebanyakan orang melayu tak suka jiran sebelah nya orang cina atau india, atas alasan jiran bukan melayu nya bela anjing lah, bising lah, takde kelas la, bau tok pekong lah, orang melayu suka tinggal dengan melayu saja, macam mana nak bergaul? lagi satu orang cina suka hantar anak diorang ke sekolah cina sahaja menyebabkan jurang ni terhasil sejak kecil lagi.

Mengapa orang cina begitu kurang ajar?
kurang ajar yang macam mana tuh Fathi? Terangkan kat aku lagi, subjektif sangat, kaum lain pun ada kurang ajar jugak.

Mengapa orang cina begitu berpuak?
Kaum lain pun ada puak jugak, BN-PAS, Tamil-Sikh, orang Cina aku tak nampak puak sangat cuma kalau BN-DAP,  mungkin ya, Orang Cina aku nampak bersatu untuk membangunkan komuniti diorang, diorang tak bimbang pon kalau tak dapat bantuan kerajaan, malah ada persatuan yang akan bantu dalam kewangan kalau nak bukak bisnes, asalkan rajin, campak la mereka kemana pon diorang boleh hidup, orang melayu kena contohi sifat rajin dan bersatu mereka

Adakah mereka (cina) keturunan kongsi gelap?
Ko baca buku teks sejarah tak ni Fathi,  ker memang tak minat sejarah nih? Orang cina dibawa masuk dari China oleh orang Inggeris yang menjajah negara kita dahulu untuk menjadi pelombong bijih timah di Kinta Perak, dan ada antara diorang adalah cina keturunan baba & nyonya dari Melaka, suku sakat puteri Hang Li Po dulu, takat tu je yang aku tahu, tang kongsi-kongsi gelap tuh, ko pergi jirat cina moyang diorang ko tanya sendiri wahaha.

Orang India senang bergaul tapi orang cina susah why?
Bagi aku 2×5 jer, masalah utama aku rasa= bahasa dan dan jarang diberi peluang bergaul sama, sekolah pun ada jenis kebangsaan Tamil, jenis kebangsaan Cina, kebanyakan orang cina malaysia lebih fasih bertutur dalam bahasa cina dan bahasa inggeris, melayu sikit-sikit dan pelat, kalau cakap pon hal-hal penting aja,

nak salahkan 100% orang cina tak adil juga kalau orang melayu sendiri taknak bergaul, cuba tanya kawan atau mak bapak kita, berapa ramai kawan cina yang diorang ada? kat situ ada jawapan dia

Penafian= kami Rjuna.net bukan mahu membangkitkan isu perkauman, tujuan kami memperjelaskan apa yang ditanya oleh pembaca kami, jika info yang diberikan tidak benar dan bercanggah sila komen di bawah untuk memperbetulkannya

p.s= ada sesiapa nak bertanya lagi? sila emel rjuna7 at gmail dot com atau sms kosong satu dua lima tujuh lima tiga lima tujuh tiga :roll:

Pena berbulu senyum

Aku ada kawan yang dulu kerja salesman macam video kat atas ni, peh aku memang tabik spring dia sebab berani tebal muka kerja camni, kerja smart pakai tie apa semua, promote barang kat orang, orang tak beli takpe dia senyum.

Best kerja camni, dapat jalan² negeri orang, dapat kenal ramai orang, tapi kalau sales tak capai target, sakit, gaji ciput, paling kuat pangkat supervisor jer, jadi bos la beb, bukak bisnes sendiri.

Kalau korang nak kasi mantop skill menawan hati pembeli atau nak pandai bergaul dengan orang, aku syorkan kerja salesman jap cam kat video tuh

Aku sure pasnih takat nak tackle bapak mentua, awek ker celah gigi je hehe.

p.s= aku suka black comedy, lawak la ko afdlin aduyai hek-eleh, masih di kafe siber :razz: