Sepatutnya aku buat ulasan filem ni, pikir punya pikir, bosan pulak (haha filem ni bosan) bukan, bukan itu maksud aku, sebab dah ramai orang buat, so dah lama aku tak salin lirik lagu jadi kali ni aku nak buat sempena lagu tema filem haru biru ni, ok rating aku untuk filem ini 3.5 bintang dari 5 Bintang, sesuai ditonton jika anda mahukan kelainan dalam filem melayu, tak sesuai untuk peminat filem aksi, jadi siapa-siapa yang nak baca ulasan korang boleh dapat kan di
Minat baca komik? apa kata saya sarankan sebuah komik baru pada anda, Zoology karya Stanley G, jikalau sebelum ini anda fikir manga Crayon Sin Chan komik paling kelakar, kini Sin Chan sudah ada pencabar di Malaysia.Saya puji gaya lukisan Stanley G yang unik dan tersendiri, tidak terikut gaya manga ataupun barat, bagaikan lakaran pensel budak sekolah yang tak pandai melukis.
Persetankan mereka-mereka yang celupar mengatakan komik adalah untuk budak-budak, komik hanya sekadar lawak jenaka, komik hanya gaduh-gaduh, dan baca komik tidak kool.
Rhino, Swallow dan Koala, adalah tiga watak utama dalam komik ini, ketiga-tiga nya saya suka, Rhino paling lantang menyuarakan ketidak-adilan, cakap lepas dan panas baran, Swallow gadis skema yang kejam, sukar diduga dan bijaksana dan Koala lelaki yang bercita rasa tinggi, romantis, dan slumber. Sebenarnya saya sudah mengikuti komik ini dalam majalah Starz dan Utopia, cuma kali ini saya beli untuk koleksi peribadi dan membaca kembali mana-mana part yang tertinggal.
Dunia yang kita lalui adalah kejam, jadi anda perlu tahu cara mengatasi dan melaluinya, jangan kasi orang tonjol kepala kita, sebelum orang pijak, kita berak kepala diorang dulu. Saya jamin anda pasti ketawa, tersenyum sorang-sorang bila menikmati komik ini, kritikan dan sindiran nya cukup tajam dan penuh realiti, contoh pasal lanun vcd, pawagam, realiti-tv, pasal servis mamak, mengorat promoter, teksi cekik darah, restoran fast food, gores dan menang, pendek kata berbaloi anda membayar rm6.50 untuk ketawa yang ilmiah, selamat membaca.
Anda boleh mendapatkan komik ini sekarang di kedai-kedai mamak dan toko buku, atau kalau takder gak beli secara online di Gempakstarz
p.s-Rjuna.net tidak mengambil untung se-sen pun untuk ulasan ini, segala risiko ketidak-puasan anda adalah risiko anda sendiri, sekian terima kasih
petikan Berita Harian oleh Wan Jailani Razak 3 Ogos 2007
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengarahkan semua masjid dan surau di negeri ini mengerjakan solat Tarawih sebanyak 20 rakaat sepanjang bulan Ramadan kali ini, tidak termasuk solat Witir tiga rakaat.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata kerajaan negeri juga membuat ketetapan tidak membenarkan masjid dan surau mengadakan tazkirah bagi mengelak perpecahan dan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam.
Beliau berkata, ketetapan itu juga bertujuan memastikan umat Islam tidak berdebat mengenai jumlah rakaat solat tarawih serta sama ada tazkirah boleh diadakan ketika Tarawih.
“Kita kena ingat siapa kita dan adakah dengan melakukan solat Tarawih lapan rakaat ia sudah dikira sempurna. Namun, jika dilakukan 20 rakaat jangan pula imam baca ayat laju sangat, sehingga sebutannya tak jelas dan akhirnya tak beri manfaat kepada kita.
“Kita tidak benarkan tazkirah ketika Tarawih sebab kita digalak kurangkan bercakap, banyakkan berzikir, membaca al-Quran dan bersedekah, selain berpuasa sepanjang Ramadan,” katanya ketika merasmikan majlis penyampaian moreh kepada masjid dan surau seluruh negeri di sini, semalam.
Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat negeri, Datuk Abdul Rahman Palil; Mufti negeri, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi.
Dr Mohamad Khir berharap tiada lagi penyalahgunaan fungsi surau dan masjid dan semua pihak menjadikan isu solat dua imam di Surau Ar-Rahman di Seksyen 8 di sini baru-baru ini, sebagai pengajaran.
Macam ada sesuatu yang tak kena dengan pengumuman diatas, takper la saya bersangka baik, Setahu saya la solat Tarawih 8 Rakaat ada tazkirah dan 3 Witir adalah tarawih yang dimulakan oleh Rasulullah SAW dan yang 20 rakaat dimulakan para sahabat nabi, betulkan kalau saya silap.
Nabi Muhammad SAW juga diceritakan tidak pergi tarawih tiap-tiap malam dalam bulan Ramadhan kerana tidak mahu orang Islam menganggapnya 1 kewajiban, namun solat tarawih dikategorikan sebagai amalan sunat yang dituntut yang besar pahalanya di bulan ramadhan, Rasulullah menggalakkan umat Islam mengejar lailatulqadar di 10 malam terakhir.
Bagi saya tazkirah dalam tarawih 8 rakaat adalah proses ingat mengingati antara sesama Islam dan tazkirahnya bukanlah sampai setengah jam pon, paling-paling 10-20 minit je, dan belum pernah lagi saya mendengar Tazkirah berbau politik di tempat saya, solat tarawih 8 rakaat juga membuat saya bersemangat untuk menunaikan tarawih tiap2 malam
Selalunya kalau buat 20 rakaat, ramai jemaah akan pulang saat rakaat ke 8 atau ke 10 dan ia bagaikan tradisi, Seminggu dua orang akan ramai ke Masjid dan surau, masuk pertengahan ramadhan jemaah akan berkurangan, di 10 malam terakhir juga semakin kurang, kalau 8 rakaat yang ada tazkirah pun macam tu, yang 20 rakaat lagi la jemaah kurang, ini pemerhatian saya sendiri.
Jadi buat apa la ditetapkan mesti 20 rakaat, macam 1 kewajiban pula, biarlah ada kebebasan sedikit untuk membuat pilihan.