13 May 2009
Alkisahnya petang itu aku pulang seperti biasa dari pejabat, waktu lebih kurang jam 5.00 petang, sudah menjadi kebiasaan setiap petang hari kerja, aku akan merempit je ke opis, motor orang tua jer bai.. kriss.
Cuaca tak la panas sangat waktu tu, aku kena bergegas ke kedai gambar untuk copy 1 profile syarikat, dalam jalan nak ke kedai tu terserempak 1 road block JPJ, paiseh road tax motor dah setahun tak renew, aku bajet nak u-turn jer tapi entah kenapa aku baik sangat hari tu (bajet boleh lepas)
Dalam hati aku kata, ala nih mesti tahan motor rempit cam 125z, Rxz, LC, tahan budak-budak, tahan lori lebih muatan, diorang mana tahan badan cam bapak orang ni..bisik hati kecilku, aku control macho n buat tak menggelabah, pegawai JPJ belum mintak lesen, aku dah hulur, punyalah sopan dan budi pekerti, lesen memandu memang takde hal, baru renew la katakan tapi..
Pegawai JPJ: encik mintak tengok roadtax?
Aku: Ni dia (roadtax tahun 2008, aku nekad)
Pegawai JPJ: Ni roadtax dah mati encik, mari ikut saya sain autograf (aku reka bagi sedap citer)
Pegawai JPJ cuba menakutkan jiwa ku yang sedang kacau
Pegawai JPJ: Encik kami terpaksa sita motor encik ni, saya charge encik dah lakukan 2 kesalahan iaitu menunggang motorsikal tanpai cukai jalan dan satu lagi tiada perlindungan insurans
Aku: Aduyai cik takkan sampai kena sita kot (nada cam nak nangis)
Pegawai JPJ: Saya acah je, mana saya bawak lori hari ni nak angkut, ok kesalahan encik ni tak boleh kompoun, tapi encik kena pergi Mahkamah untuk dibicarakan
Aku: WTF.. aduh Mahkamah lagi #%pukimakharamjadahbetol lah (mencarut dalam hati)
Tangan ku longlai menurunkan tandatangan atas surat saman, pegawai JPJ melayani pertanyaan ku dengan baik tanpa meminta rasuah pun, anda (JPJ) telah melakukan tugas dengan baik sekali.
Tewas sudah mamat debab yang licik lari dari road block polis, nanti aku beli e-book cara-cara lari dari road block JPJ pulak
Next: Hidupkan road tax dan jumpa aku di Mahkamah Manjung 11 Ogos 2009, aku secara rasmi dah melantik peguam dari Tetuan Maryam & Co. untuk fight kes ni, aku tak kira apa nak jadi-jadilah.
p/s: Mak aku tak tau lagi ni, ni kalau dia tau habisla aku di pot-pet-pot-pet olehnya, sempena hari ibu aku terpaksa merahsiakannya. siapa bagitau aku shuffle perut dia.
p/s/s: Masuk kes ni, maknanya dah 3x aku kena mengadap tuan hakim, insyallah pengalaman penuh di dada, alah bisa tegal biasa, doakan aku ya..amin.
Sekian :cry:
Incoming search terms:
- renew roadtax motor
- saman jpj mahkamah
- saman jpj roadtax motor mati
- saman mahkamah jpj
- insurance dan cukai jalan lori
- mahkamah road tax mati
- mahkamah saman roadtax motor mati
- samaj jpj kena pergi mahkamah?
- saman jpj kena pergi mahkamah