Rjuna | R J U N A - Part 3

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog R J U N A.

Makaroni sedap tak?

Spaghetti dah rasa, Pasta pon dah rasa, hah Makaroni belum, rasa mengidam pulak, jom Rjuna belanja kat secret recipe or pizza hut nak? aku belanja korang bayar k? hehehe :$:

Rona Roni Makaroni 2008

Ni gara2 nonton drama Rona Roni Makaroni la nih, haha sebuah drama yang lari dari streotaip drama melayu lain, kalau korang layan drama Sindarela dulu, aku rasa korang pon leh layan sama, apa takde Astro? youtube kan ada bai..kalau rajin cari, ada yang download kot macam kat Torrent ke. Setiap Khamis jam 9.05 malam Astro Ria

Jatuh chenta plak kat si Rona (Sharifah Amani) tuh alahai comeynya, kiut syial :suka:

Fakta atau Auta= Walaupun ada Astro, hari Khamis mak-bapak aku layan Forum Hal Ehwal Perdana, tak pon diorang nonton drama Indon, alahai terpaksa layan youtube jer.

{Muat turun lagu tema sambil Karok}

Posted on 18 December '08 by Rjuna, under Awek cun, Lirik dan Mp3, Tag. 5 Comments.

Orang Cicak 2- Planet Hitam

cicakman2 planet hitamJumaat lepas aku menonton filem Cicakman 2 ini bersama Isa,  tak dinafikan expectation aku terhadap filem ini begitu tinggi supaya ia di bikin lebih baik dari yang pertama dahulu.

Promosi sudah gah, runut bunyi pon sedap, tapi apa yang aku dapat hanyalah sebuah filem yang suam-suam kuku sahaja.

Cak Cak Cak, ayuh kita ke alam kota Metrofulus, sebelum Danny (Yusri) mati dia telah mewasiatkan Hairi aka Cicakman (Saiful Apek) supaya menjaga Ibu dan Adiknya Imaan (Sharifah Amani).

Hairi terpaksa meneruskan hidup dengan bantuan antidot ciptaan Danny, agar tubuhnya tidak bertukar menjadi cicak sepenuhnya. Hidup sebagai adiwira menuntutnya berkorban demi kebahagian orang lain.

Tetapi Profesor Klon (Aznil) telah muncul kembali dari persembunyian, dan kali ini dia berhajat mahu menjadi Presiden Metrofulus, modus-operandi nya ialah dengan mensabotaj sumber air supaya menjadi hitam, kemudian berlakon konon2 meraih simpati penduduk Metrofulus.

Setelah kehilangan kembar Ginger Boys (Ac Mizal dan Adlin) kali ini profesor klon mengupah pembunuh upahan cantik bernama Rrama (Tamara Bleszynski) turut serta dalam rancangan jahatnya.

Untuk filem superhero begini, aku tak dapat lari untuk menyamakan Cicakman dengan Spiderman, Batman, Superman yang menuntut rekaan grafik CGI dan efek yang tinggi, namun alangkah sedihnya CGI untuk Cicakman 2 ini nampak amatur sangat dan kabur sahaja, kat bahagian bangunan je ok, tapi kat part aksi hampeh sekali. Efek untuk Ginger Ghost mengingatkan aku watak The Twin dari filem Matrix Reloaded, tiru ya?

Watak paling bangsat dalam filem ini ialah watak Tania (Fasha Sandha), camni.. ko dah tau Danny (dah mati) dan bukan Cicakman sebenar tapi masih jugak mau cari siapa Cicakman sampai sanggup apply jadi wartawan penyiaran, apa kes?, aduh jadi wartawan pun bangsat kali 12 la ko Tania, hak tuih lah weh, si Imaan yang buta pon leh tau siapa cicakman.

Ok aku ada sedikit cadangan, apa yang sepatutnya diperbaiki, kalau filem ni di bikin semula atau filem ke-3 nya menyusul (Yusri kata Cicakman ni filem Trilogi)

  • Cicakman patut memperlihatkan kebolehan sifat cicaknya, patut buat la tangan atau kaki cicakman putus ke, pastu tangan dia boleh tumbuh semula, pernah tengok ekor cicak putus kan?,
  • pastu lidah cicak patut takkan buat bergayut jer kerjanya, buat la lidah dia ada power leh belasah orang ke, capai orang jahat dari jauh ke, ada bisa lekit ke, itu baru identiti dia
  • watak Rrama patutnya lebih seksi beb, tapi bila si Rrama nih gelak mengkekek, aku rasa sengal nak bagi penampor je, jadikan seksi itu bisa mengumpan Cicakman, Rrama pembunuh upahan yang seksi, barulah kami bernafsu nak ke panggung kan? hehe
  • Kalau boleh aksi lawan biar nampak real, tak mau efek-efek slow motion ala Matrix lagi
  • jadikan filem ini komedi superhero semula dan bukan aksi, atau nak buat parodi pon ok jugak.

Pujian aku berikan buat pereka kostum Cicakman, bagus nampak karisma, kostum Rrama ok jer, kostum baju besi Profesor klon hampeh.

Aku menyokong filem2 sebegini, walaupun di Malaysia ia masih baru, kepakaran itu boleh dibeli, untuk jimat kos mungkin boleh adakan kerjasama dengan produksi luar

Rating untuk filem ni: (sesuai buat penggemar Cicakman dan kanak kanak)

Posted on 17 December '08 by Rjuna, under ulasan filem. 11 Comments.

E-book Permata Yang Hilang

Sempena musim orang kawen ni, aku nak share dengan korang e-book panas ni, Hari tu ada kawan blogger mintak e-book ni kat aku, berdebar malam pertama katanya, siapa kawan blogger aku tuh? hah itu yang kita tak tau.

Memang hal-hal dalam kain ni kita malu nak tanya kat orang, omputih kata taboo, biasanya pihak si pompuan la yang resah-risau-gabra, sebab dah dengar citer macam2 dari kawan yang dah kahwin, sakit la, sedap la macam-macam, jangan terpengaruh sangat cakap orang, biasalah korang belum lalui nya.

Pasni leh la baca senyap2 siapa pun tak tau, buku ni berbentuk ilmiah, so leh la yang bujang tu, yang dah kawen pon boleh baca sama, tambahkan ilmu, hope ia membantu korang, Selamat membaca dan Selamat Beramal.


Muat Turun E-book (150 MB) | Adobe Reader

Nota: Kredit buat penulis dan penerbit buku ini, digalakkan muat turun guna download manager, download accelerator mahupun Downloadthemall untuk kelajuan yang maksima, segala risiko mengenai buku ini terletak pada kebijaksanaan anda, rujuk pada yang pakar jika was was.

Fakta atau Auta= Aku pernah beli buku ni secara live masa form 3 kot, baca senyap2 kat bilik, pastu aku buang, takut kantoi ngan mak ayah dan adik2 KAH KAH KAH :lol:

Posted on 12 December '08 by Rjuna, under Muat Turun. 20 Comments.