About Rjuna

Hi saya Rjuna, penulis dan pemilik blog ini, terima kasih kerana sudi melawat-membaca-klik iklan, kalau ada salah dan silap, jangan malu berikan komen, kalau nak copy+paste artikel/gambar sila linkback kembali, saya tak marah punya

Barca 2-0 United: Terimalah Kekalahan

gol..Samuel Eto’o minit ke 10
gol..Lionel Messi minit ke 70

MU?= Telur.. Haram jadah

manutd UCL 09 loser

Dan bergumbiralah pembenci MU diluar sana, United gagal merangkul piala idaman ke-4 musim ini Piala Uefa Champion League, amacam puas hati dah?

kalau anda dari penyokong team Arsengal, Chelshit dan Liverfool yang tetiba sokong Barcelona, toksah la bangga sangat bukan dapat apa pon.

Aku meramal kemenangan MU 2-0 tanpa penalti, tapi tuhan menentukan sebaliknya, Barca yang menang 2-0 bukan MU, apa yang boleh aku simpulkan ialah MU ditewaskan oleh sebuah pasukan yang lebih baik iaitu Barcelona,

Tahniah Barcelona dan skuad kendalian Pep Guardiola, memang mereka patut menang, kalau tak berhati-hati diorang boleh menghasilkan 3-5 gol malam tadi

Mari kita melihat kenapa MU kalah dalam perlawanan final UCL 2009 malam tadi ?

{klik sini untuk baca lagi}

Incoming search terms:

  • omega locksmith

Barca V United

Barcelona Vs United

Ramai fans United dah apply cuti Khamis esok, yang benci United pun pakat cuti ramai² sokong Barcelona (memang selalu camtu), seandainya UNITED menang ini bonus buat kami dan kalau kalah itulah adat pertandingan, kalah kena la ngaku beb.

Ini pertembungan 2 kelab Juara yang terkenal dengan corak menyerang yang digeruni, ianya sudah pasti menjanjikan kepuasan tahap maksima, ibarat buku bertemu ruas la katakan, aku harap perlawanan kali ni tak ditamatkan secara penalti macam tahun sudah, kalau tak .. subuh berjemaah kita di Mekdi beb (yo lah tu)

Aku dan Isa akan berada di Mekdi Manjung jam 2.45 pagi nanti, siapa nak jumpa aku jom, jom pakat ramai² memeriahkan suasana Final Liga Juara² ni, tak maskulin la tido awal wei, aper barang tengok bola kat rumah sorang² je kan?

Glory² Man UNITED :evil: :up:

Mencari Khusyuk dalam Sujudku

yang mana jenis solat anda

“Solat itu tiang agama..di akhirat nanti amalan pertama yang dilihat Allah ialah SOLAT 5 WAKTU, jika kamu gagal bab menunaikan Solat ni, nescaya Allah takkan melihat amalan kamu yang lain, seperti Puasa, menunaikan Haji, berzakat, Sedekah dan lain-lain amalan lagi”–kata seorang Ustaz.

Alhamdulillah sejak kecil, kedua orang tua ku memberatkan amalan solat, tiap detik waktu solat mereka akan bertanya ” Long..ko dah sembahyang ke belum?”, sampai satu tahap kalau meninggalkan solat aku rasa macam bersalah sangat, hati tak tenang selagi belum mengerjakannya, kadang tu sengaja atau tak sengaja tinggalkan solat, aku cuba meng-qada’ nya kembali.

Tapi akhir-akhir ini hatiku selalu berkata-kata, adakah solat ku ini diterima Allah, 4 rakaat terasa macam aku buat 3 rakaat, kadang tu badan solat tapi pikiran melayang entah kemana..tau tau dah tahiyat akhir, ada bacaan yang kekadang aku skip secara sengaja dan tidak sengaja, macam doa qunut, iftitah, bacaan duduk antara 2 sujud, bacaan sujud, Iktidal, laju jer abis, macam terpaksa pon ada.

Masya Allah entah solat jenis apa yang aku kerjakan selama ni, itulah petanda solat yang tak khusyuk, tak khusyuk ni kira hilang fokus la dalam solat,

Syaitan pernah memberitahu Nabi Muhammad SAW, katanya ada anak-anak Syaitan yang ditugaskan mengganggu umat nabi ketika solat, seperti membuat fikiran melayang ke tempat lain, mempercepatkan bacaan dan rakaat, lupa ayat bacaan, hmmm patutlah  selama ini aku tak khusyuk dalam solat, di ganggu anak syaitan rupanya.

Untuk meperbaiki mutu solat, aku telah bertanya kepada kawan-kawan dan membuat sedikit carian dan kajian di internet, mari berkongsi apa yang telah aku perolehi

{klik sini untuk baca lagi}

Incoming search terms:

  • solat 5 waktu
  • menunaikan haji
  • solat itu tiang agama
  • amalan 5s
  • sujudku
  • sembahyang lah kamu
  • sembahyang tidak kira usia
  • solat
  • syaitan ganggu bacaan ketia solat
  • mencari kusyuk solat