Apalah guna korang menampal iklan, tapi takde siapa pon melihat/klik iklan tu, penat je korang menunggu duit iklan, tak masyuk masyuk jugak, akhirnya korang salahkan pihak penganjur iklan, tak bayar lah, tipu lah, dah lama pasang iklan duit tak naik naik jugak lah, mulalah korang mencarut-carut dan menabur fitnah yang bukan bukan.


Statistik blog aku yang suam2 kukus jika dibandingkan dgn blog Mohdismail.net

Aku ingin berkongsi tips bagaimana korang boleh mengubah situasi tersebut, tahukah anda trafik pengunjung adalah sangat penting, bila mana anda membina sebuah blog yang mempunyai iklan didalamnya. baca la lagi wei

FURY Watchaa! Uuu October 19th, 2008

-Eagle Eye (Tak best sangat)

-Senario Episod 1 (Aku tertido dalam panggung)


Cun lah pulak minah ni, oh Jeeja Yanin aku jatuh cinta padamu

Dan semalam aku menonton FURY, tertarik menonton nya setelah membaca ulasan sebuah portal filem dan menonton trailer nya, hoho jaga jaga Rjuna mula nak menyiku leher dan melutut perut korang hiyaaaa

Jika anda minat citer aksi macam Ong Bak, mahupun Kill Bill aku syorkan tonton filem ini, kisahnya mengenai seorang budak bernama Zen yang dilahirkan cacat kerana menghidap Autisme, Namun kecacatan Zen menjadikan dia Istimewa kerana dianugerahkan mata yang mampu merakam aksi pergerakan dengan pantas dan deria pendengaran nya juga sangat tajam.

Mungkin kerana bapanya seorang Yakuza dan Ibunya bekas ahli gangster , Zen dilihat cukup minat dengan seni bela diri, sejak kecil lagi dia sudah mula berlatih muay thai dengan menerajang tiang anjung rumah, bukan itu sahaja Zen suka menonton filem aksi lawan lawan dan bermain video game, habis semua aksi lawan ditirunya, Tony Jaa, Bruce Lee, Jackie Chan, Mark Dacascos (paranawei), dan juga Datuk Shah Rukh Khan

Hidup tak selalunya cerah, Zen terpaksa mencari duit untuk membiayai perubatan Ibunya yang sakit kanser, tiada siapa yang ingin kesiankan budak cacat otak lagi comot, puas dibuli dengan teruk, Zen kemudian mempraktikkan jurus jurus muay thai, kung fu, capoiera dengan membelasah orang-orang yang memperlekehkan nya yeah watcaaa uuuu

Babak terakhir filem ini paling mendebarkan dimana Zen mengejar ketua gangster dari atas bangunan 4 tingkat kemudian lompat-lompat antara papan iklan, kalau korang tengok trailer, babak tu ada yang jatuh bangunan, patah leher la, semua aksi filem ini dilakukan oleh pelakon sebenar dan tiada double stuntman.

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video
www.chocolate-movie.com

Jalan citer best, Awek Cun, Aksi lawan lawan, dan Stunt guna pelakon asal, aku kasi 4 Bintang untuk filem ini yeah watchaa uuu jangan lupa menonton.

[Kuiz Tanpa Hadiah]
Teka apa serangga yang menjadi kelemahan Zen, sampai nangis takleh nak buat apa?

Aku tak paham kenapa Perodua keluarkan lagi Myvi Edisi Khas (Special Edition), padahal dulu dah kuar sejibik SE dah tahun 2007.

dan aku pasti pembeli yang beli Myvi new facelift sebelum ni tengah bengang dengan Perodua sambil tepuk dahi “cis kalau aku tahu nak keluar Myvi SE baru, takkan ku beli versi new facelift ni”

Ok mari kita lihat apa yang special sangat dan pembaharuan yang dilakukan

-Bumper depan n belakang yang baru (ok cun)
-kaler baru (aku suka oren) -cermin tinted sepenuhnya
-lampu depan digelapkan
-lampu belakang lutsinar (cam tak kena jer)
-stereng kulit (hek eleh)
-rim 14 inci SE hitam (hek eleh)
-seat kulit (biasa jer)
-system audio baru (siap leh cucuk USB, leh main mp3 dan Bluetooth)
-seat driver yang boleh ditinggikan (hek eleh)

itu saja? korang rasa special kah, boo perodua boo, hey perodua kot yer nak buat Special, upgrade la enjin Myvi K3-VE 1.3 tu ke YRV Engine K3-VET Turbocharger atau Daihatsu Boon KJ-VET X4 4WD, pastu lampu depan tukar la versi TRD Passo punya, rim kasi la 16-17 inci, itu baru nama special.

so siapa nak beli Myvi SE 2008 baru ni kalau tengok harga leh nangis dulu or pikir 8 kali nak beli, harga dari RM 49K-53K (agak mahal bagi enjin 1.3), aku beli myvi 2nd baru 39k

p/s= akhir2 ni geram pulak tgk Nissan Grand Livina

Sumber dan Kredit= Paultan.org

Page 2 of 31«12345»...Last »