Article

Al-Quran Online

Percaya tak kalau aku cakap, seseorang tu hidupnya kalau banyak dugaan yang datang, malang bertimpa-timpa, hati tak tenang, gaji besar tapi tak cukup, buat dosa besar kemudian tak rasa bersalah sikit pon, adalah disebabkan kita tak membaca Al-Quran, jiwa kita mati sebenarnya.

Aku bukan menuduh sesiapa, cuma berkata pada diri aku sendiri, kita dapat melihat perbezaan hidup kita ini sebelum dan selepas membaca al-quran, baca dan percayalah, jangan salahkan syaitan saja atas dosa-dosa dan maksiat yang kita lakukan, kerna esok di akhirat sana mulut kita sudah tak dapat berdolak-dalih lagi, justeru aku menyeru diri aku dan kawan-kawan semua marilah membaca Al-Quran, bacalah walaupun satu ayat, nescaya hidup kita hari ini lebih baik dari semalam.

Takde duit nak beli Al-Quran? nak beli Tafsir? Tak reti baca? Jangan malu, jangan segan anda boleh belajar secara PERCUMA di http://www.quranexplorer.com/quran kemudian anda boleh membaca sambil mendengar bacaan al-quran berserta tafsiran dalam Bahasa Melayu, English,Urdu, hatta Deutsch-belanda sekalipun, ia sungguh interaktif,

QuranExplorer.com dibina bermula sejak Oktober 2005 lagi oleh sekumpulan orang Islam yang menetap di Orlando, Florida, Amerika. Misi mereka ialah menyebarkan risalah suci ini secara percuma agar dapat dibaca oleh umat manusia di seluruh dunia tidak mengira Muslim ataupun tidak.

Kini anda tak perlu bawa Al-quran mini atau yang berat-berat berserta tafsiran ke pejabat, cuma klik pilih surah yang nak dibaca dan anda boleh baiki tajwid dengan mendengar bacaan yang betul oleh suara merdu imam-imam terpilih, tak perlu daftar, cuma streaming umpama video di Youtube.

Apakah alasan anda lagi untuk tidak membacanya, paling koman pun baca tafsiran jadilah, besar pahalanya walaupun cuma mendengar.

Aku pun bukan baik sangat.

P/s= Rjuna mendapat tau melalui email tentang adanya penambahan surah baru dalam Al-quran, hati-hati sebelum membeli, seperti yang kita ketahui tiada penambahan surah sejak kewafatan Nabi Muhammad SAW, surah-surah baru tersebut ialah

AL-IMAN
AL -WASAYA
AL-TAJASUD
AL-MUSLIMOON

Juga jangan membaca Al-Quran online di www.thequran.com kerana diselitkan propaganda yang cuba merosakkan kesucian Islam.

Incoming search terms:

  • belajar al quran online
  • rjuna tafsir
  • quran online
  • beli al quran online
  • nak beli al quran
  • al quran online
  • tafsir alquran melayu
  • tafsir quran melayu online
  • beli al-quran online
  • belajar alquran online percuma

10 Responses to “Al-Quran Online”

  1. K.yong
    September 3, 2009 at 3:49 pm #

    Dulu kecik-kecik arwah opah selalu marah sebab malas ngaji. Sekarang bila dah beso baru la nak menyesal. Anak minta ajar ngajipun tergagap-gagap. Hari ni k.yong cuba la taip kat web pasal quran. Nasib baik ada respon. Lepas baca k.yong cuba masuk web ni. Syukur sangat-sangat. Bukan saja k.yong dapat belajar…. malah k.yong rakam dlm phone untuk anak k.yong belajar di rumah sebab kat rumah tak ada internet. Kalau ramai orang macam k.yong tahu pasal web ni mesti diaorang pun suka.

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    Takpe kak masih belum terlambat, akak boleh ubah nasib anak-anak dengan menghantar diorang ke kelas Qiraati, atau boleh beli vcd/dvd belajar al-quran (saya rasa ada dijual)

    saya hanya berkongsi benda yang baik utk pengunjung weblog ni :smile:

    [Reply]

  2. adi
    May 21, 2008 at 7:06 pm #

    Quran online ni mmg bagus. dulu dgr gak sambil2 lyn tenet tp bila dgr ceramah Dr. Fadhilah Kamsah tentang dgr Quran sambil wat keje lain, katanya x boleh. kita kena fokus kat ayat2 Quran tu sepatutnya. sama jugak mcm yg ustaz aku ckp dulu.

    Quran utk symbian pun difatwakan x boleh kan tahun lepas? x igt dh. sbbnya, 1 mcm yg mael ckp letak kat poket belakang (aku letak kat poket depan hehe), 1 lg sbb takut terbawa masuk public toilet.

    adi’s last blog post..Badminton + Ghost

    [Reply]

  3. Rjuna
    May 20, 2008 at 1:05 am #

    Mohd Ismail= Sahabatku juga pernah menegur perkara yang sama, seperti ringtone azan, nama Allah seabagai wallpaper henfon

    [Reply]

  4. Mohd Ismail
    May 19, 2008 at 4:37 pm #

    aku ada perisian al-Quran utk Symbian phone.. dulu aku install & bawak ke’mana2 dlm henset.. tp bila fikir2 balik, henset ni letak dlm poket belakang, kita duduk.. kang silap letak terlangkah..

    was2 punya pasal.. aku remove terus.. tenang =)

    Mohd Ismail’s last blog post..Tun Dr Mahathir tinggalkan UMNO

    [Reply]

  5. Rjuna
    May 17, 2008 at 12:48 pm #

    MrClean= hahaha apa motif awek dgn al-quran, bior bebenor yob

    selamat berblog, saya pon bermula dari blogspot dulu, apa kata bukak blog di http://blogmas.com/, ia berasaskan wordpress.

    [Reply]

  6. MrClean
    May 17, 2008 at 12:11 pm #

    huhu.Rjuna gua dah buat blog ni.takyah tengok pun takper.skadar suka-suka

    MrClean’s last blog post..Sekadar Suka-suka

    [Reply]

  7. MrClean
    May 17, 2008 at 9:36 am #

    Bagus.Muhasabah diri ckit.ntah2 ada awek baca blog ko ni terus cinta sama loe.huhu

    Selingan:Mana tau…Jgn Marah aa..

    [Reply]

  8. Rjuna
    May 16, 2008 at 11:32 am #

    Chot= Aku sekadar menghebahkan, segala puji hanya untuk Allah SWT

    [Reply]

  9. chot
    May 16, 2008 at 10:38 am #

    1st time aku tgk entry ko ada unsur keagamaan…hehehe jgn mare…entry ko kali ini mmg bagus dan membuatkan aku insaf dan bermuhasabah diri…bagus rjuna..

    chot’s last blog post..hidup sepi tanpa bola..

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: