Aku..Dia & Camera

Sebelum korang mentafsir yang bukan² baik lah aku perjelaskan sedikit mengenai entri kali ini, ini merupakan peraduan mengarang cerpen yang dianjurkan oleh OhDawie.com. Kalau korang nak sertai boleh baca syarat-syarat penyertaan di sini, cepat.. peraduan akan tamat pada 1 Januari 2010. Hadiah apa? rahsia..whoaa

Ahad. waktu sudah menunjukkan jam 9 malam, sudah satu minggu talian internet rumah terganggu. Sudahla terganggu talian telefon rumah pun macam kena potong. Aduan sudah dibuat, nombor report pon berada digenggaman, geram aku.

“Sabar saja lah encik Dawie oit, marah dan makian bukan boleh selesai masalah”, pujuk ku di dalam hati

Untuk menghilangkan bosan, aku membelek foto-foto lama dalam partition (d:) dekstop ku, lantas ia mengembalikan semua kenangan lama merasuk ke sanubari, kenangan zaman persekolahan, zaman di kolej. Lebih lebih lagi bila menatap gambar gambarku bersama si dia, cik Qaseh.

Masih teringat kenangan pertama kali berkenalan dengan dia dalam satu majlis kenduri kahwin rakan, sedang asyik aku mengambil gambar pengantin, tiba-tiba aku disapa dari belakang oleh seorang awek yang cun.

“Bang boleh tak tolong ambil gambar saya dengan kawan saya dekat pelamin tu” tanya si dia

“Oh Boleh apa salahnya” jawabku

Selesai mengambil gambar dalam 2-3 snap, aku memuji si dia “Cantik!!!”

“Apa yang cantik bang?” tanya dia sambil tersenyum malu kucing

“KAMERA!!..cantik kamera awak nih” jawabku berseloroh,

“Eee Nyampah nyaa” balas dia.. wajah si dia waktu itu merah padam kerana geram, lalu terus beredar dari situ, meninggalkan aku dalam terpinga-pinga.

Niatku ingin melawak nampaknya macam tak kena tempat, kamera si dia masih di tangan ni

“alamak macam mana nih, tu la ko Dawie nak melawak agak-agakla, kan dah marah awek tu” aku memarahi diri sendiri didalam hati

lalu ku kejar awek tadi yang kelihatan sudah duduk di kawasan kemah kenduri, bersama kawan-kawan nya, dari jauh ku lihat si dia memuncungkan diri sampai tak nak pandang muka aku, semua kawan-kawan nya beredar, seolah-olah memberi ruang padaku untuk menjernihkan keadaan.

“Awak..saya mintak maaf la apa yang berlaku tadi, saya saja jer mengusik, nah ni kamera awak tadi” pujuk ku

“Mentang mentang saya gemuk, tak cantik, sedap hati je awak sindir saya yek” balas si dia, yang matanya sudah bergenang air mata

“Maafkan la saya.. bukan niat saya nak sindir awak ke apa, bagi saya awak cantik apa, tak gemuk pun, gebu ada lah” jawabku, ku lihat wajah si dia kembali menguntum senyuman

“kalau tak keberatan..boleh saya nak berkenalan?, nama saya Abdullah Badawi panggil saja Dawie” ujar ku sambil menghulurkan kad perniagaan

“Saya Qaseh.. Qaseh Qaisara” sambutnya sambil bertukar kad dengan ku,

Semenjak pertemuan itu aku dan Qaseh menjadi rapat, dari kawan menjadi sahabat, kemudian dari sahabat menjadi kekasih dan dari kekasih menjadi…

fikiran ku yang melayang entah kemana, tiba-tiba kembali tersedar dari lamunan

“haaa abang tengok gambar tak senonoh yer? nah kopi “ satu suara muncul dari belakang ku

“Ish.. terkejut tau.. “ ujarku sambil menarik nafas lega

“Ni hah tengah tengok gambar lama” ujar ku pada si dia

“Bang gambar² kawin kita dalam kamera “Cantik” saya tu belum cuci lagi tau” kata si dia

“Amboi sayang..perli saya la tu, nanti abang cuci la” balas ku

“Yang malam ni malam jumaat kan” gurau ku pada si dia, ku lihat dia tersenyum penuh manja.

Aku dan Dia kini bergelar pasangan suami isteri, macam tak percaya jodoh kami ditemukan hanya melalui sebuah kamera. Bila sudah punya anak dan cucu nanti boleh la diceritakan pula pada mereka.

22 thoughts on “Aku..Dia & Camera

  1. aduh.. terkena teman.. hahaha.. ku ingatkan cite apa ko nk terang ni.. rupanya cerpen pendek..

    ni yg nk merajuk ni.. hahahaha..

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    saja suka-suka sertai contest ni, cerpen pun mcm nak cepat siap jer aku buat haha, nak merajuk? jangan lah begitu sahabatku :razz:

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: