Ahoy moh ke Lumut Bandar Tentera Laut

Lumut Bandar Tentera Laut

Kadang-kadang aku heran kenapa Pekan Lumut yang kecik tu, dapat naik pangkat jadi Bandar, seumur hidup ku membesar di Lumut (ayah navy), dah kerja pejabat  pon kat Lumut,  mungkin kawen nanti pon kat Lumut jugak..eh kesitu pulak aku.

Mungkin nampak kecil Pekan Lumut tuh, tapi kalau campur Pangkalan TLDM, campur Teluk Batik, campur Pangkor, fuh besar jugak beb, ada potensi dimajukan contoh jadi Bandaraya ke.

Lumut kini bukan pekan koboi macam dulu, kawasan pinggir pantai nya dah dibangunkan secara teratur dan cantik sesuai dengan sesuai dengan tagline bandarnya nanti Bandar Tentera Laut, Perlancongan dan Maritim.

Pada sesiapa yang pernah datang ke Lumut sebelum ini, dapat merasakan kemajuan dan perubahan yang berlaku di Lumut.

Pengisytiharaan akan dibuat oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada hari Jumaat 24 April 2009, sempena pemerintahan baginda yang ke 25

Manakala Hari Terbuka Armada 2009 akan berlangsung pada 25-26 April 2009, orang ramai dijemput hadir untuk melihat kapal-kapal perang TLDM (dapat naik dan masuk dalam kapal) disamping dapat menyaksikan pertunjukan dan demonstrasi dari anggota tentera laut, contohnya dari komando Pasukan Khas Laut (Paskal)

Karnival Jom Heboh juga bakal berlangsung sama di dalam pangkalan TLDM,  lokasinya mungkin bertempat di kawasan Stadium TLDM.

Bimbang dengan kesesakan yang pastinya akan berlaku pihak penganjur sudah menyediakan bas-bas khas untuk masuk ke dalam kawasan tentera, sila patuhi arahan keselamatan oleh pihak polis dan tentera ya.

p.s= Ate Manjung tak jadi bandar la yob? Entah tak tau ler teman, Bandar jer bukan Bandaraya, sebab tu nama masih MPM (Majlis Perbandaran Manjung)

p.s.s= sebanarnya Sitiawan-Manjung-Lumut adalah 3 daerah yang berdekatan disini, bagi aku taraf bandar patut diberi pada Manjung, tapi itu bukan masalah besar, masih 1 kawasan, tak gores kupon parking kena saman juga.

Incoming search terms:

  • bandar lumut
  • kehidupan seorang tentera laut
  • awek sitiawan
  • bandar tentera laut lumut
  • jo heboh navy base lumut
  • manjung bandar tentera laut
  • pekan lumut perak
  • tarikh jom heboh perak
  • tentera laut

10 thoughts on “Ahoy moh ke Lumut Bandar Tentera Laut

  1. ok ape lumut bersih, bandar kecil tenang tidak kelam kabut dari umah aku 10 minit je ,hari2 boleh p pusing ngan suami dan anak2 release bawak bebudak tengok kapal dan laut tanda keagungan ciptaan ALLAH. Nak ke sana pun tak payah bayar tol, baju , ikan salai, sotong ape2 la murah-murah je > Kena peka je harapnya halal dan suci untuk dimakan.Was2 tak yah beli senang je pilihan di tangan kita sendiri.Yang sedihnya secantik dan hebat pelancongan lumut rangkum pangkor sekali Majlis Perbandaran berkaitan kenalah sedia tempat sembahyang yang bersih dan selesa tak yah nak kunci2 dekat dengan jeti tu satu untuk orang Islam mengingati Allah walau di mana saje kerana semua akan mati dunia sementara aje.Tandas je cantik sampai 50 sen seorang bayaran. Negara Islam kenalah ada ciri2 keislaman dunia dapat, akhirat tidak keciciran kerana di sana yang kekal.
    Sure heboh tak salah jangan sure leka tinggal sembahyang dah ler itu yang pertama dihitung nanti .Harap kita semua diberkati Allah dunia akhirat baik rakyat jelata mahu pun pemerintah yang ada kuasa dunia di tangan.

    [Reply]

  2. Ye lah, jalan nak ke Navy base dulu-dulu sekarang dah jadi backyard Hotel Orient Star. Dulu-dulu ada spital atas bukit. Jeti Lumut pun gitu-gitu je. Oh ye, Majlis Perbandaran Manjung diiktiraf sebagai pihak berkuasa tempatan bertaraf 4 bintang setaraf dengan DBKL!

    P/S : Ambo dah jawab tag demo deh.. (apekeheinye ni??) :???:

    [Reply]

  3. Kira sekolah aku dalam kawasan bandar aa ni, haha. Opis ko pun dalam bandar lumut la jamil, termasuk kedai nan ali junior tu, hehehehe…

    P/S- Manjung, lumut n sitiawan adalah bandar la sayang, bukan daerah…

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: