Renew Roadtax dengan MyEG
[ Review ini tidak ditaja.. ia adalah pengalaman sendiri penulis]
Biasanya bila bulan Januari ada satu rutin yang perlu aku laksanakan, renew roadtax kereta. Mula-mula kita dapatkan jumlah yang perlu dibayar, macam untuk Myvi 1.3 Auto tahun 2006 jumlahnya kira-kira RM700-800 siap insurans dengan roadtax.
[Fakta= Rjuna jimat RM167.30 dengan MyEG]

Terima Kasih MyEG saya mesti pilih
Oleh kerana geran kereta masih dipegang oleh pihak bank (loan), kita kena berurusan dengan pihak bank atau ejen syarikat insurans, aku bagi diorang jer uruskan..leceh berurusan dengan JPJ ni, servis lembab, ada la sedikit caj perkhidmatan yang dikenakan, takkan percuma kot.
Proses nak mendapatkan road tax tu banyak karenah juga, kena jumpa pihak bank/wakil insurans, tanya berapa RM nak bayar, kena keluar duit dulu di bank lain, duit minyak keluar lagi..itu semua menyebabkan kos semakin bertambah. Tambah pening kepala kalau polis hantar surat cinta, kata ada saman tak bayar lagi, hah nak renew roadtax kena bayar saman dulu yer.
Semua masalah diatas kini berakhir dengan www.MyEG.com.my, korang cuma perlu ada akaun bank internet macam Maybank2u or CIMBClicks untuk memudahkan urusan pembayaran kelak, Geran kereta tak perlu disertakan. Urusan Renew Road Tax setakat ini hanya untuk kenderaan milik persendirian macam Kereta, Van, MPV. Motorsikal belum lagi ya.
Daftar akaun percuma di MyEG kemudian.. pilih Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), hah nak renew roadtax kena la idupkan insurans dulu, bawah ni contoh borang online dia
Buat masa ni MyEG menawarkan insuran dari RHB Bank dan Etiqa Takaful, agak2 korang tak reti/pening nak isi borang online dalam tu, klik jer butang Help atas tu. Eksekutif jualan MyEG akan hubungi korang dan setup satu sebutharga jumlah harga yang perlu dibayar, bandingkan dengan harga yang anda selalu buat di bank/ejen insurans, kalau MyEG lebih murah dan berbaloi, jangan tunggu lagi bayar je guna bank online ok.
Setelah pembayaran dibuat, dalam masa tak sampai 1 Hari, Fazura dan Marion Caunter akan berkunjung ke rumah anda menghantar road tax yang telah siap woot auww Fazura..i like ♥
+ Kelemahan
Satu kelemahan tentang kemudahan ini ialah bila berlaku kemalangan dan korang nak claim insurans, Geran kereta perlu dihantar ke pejabat MyEG di Petaling Jaya, untuk dicetak maklumat JPJ, Kemudian baru pihak Insurans akan meluluskan tuntutan/claim anda.
Baca lagi topik-topik hangat


January 30th, 2010 - 18:45
baguslah kalau ada servis macam ni. kalau nak gi JPJ tu, sure kena beratur panjang. kali pertama jejak kaki ke JPJ sebab nak renew lesen (upgrade lesen, nak buang P).. haha~
beliamuda´s last blog ..Tarikh Semakan Keputusan Kemasukan ke MRSM 2010
[Reply]
January 30th, 2010 at 6:59 pm
renew lesen pon ada di MyEG cuma ada caj penghantaran, selalu renew lesen kat pejabat pos pon boleh tu pon kalau tak beratur la
[Reply]
January 30th, 2010 - 19:26
Hmm,aisey kelemahan yg bro nyatakan tu,trs trg sgt la menyusahkan pengguna. Nak kene turun naik p tmpt jauh2 semata2 utk tu je. hmmm. cara konvensional gak la terbaik…huhu
finalcross´s last blog ..Penantian Iron Man 2
[Reply]
February 1st, 2010 at 4:01 pm
geran tu diorang kata boleh hantar guna pos, masalahnya bank kasi lepas ke geran tu kasi kita pegang
tapi kalau MyEG dpt buat satu surat atau resit yang mengatakan pemilik kenderaan ni dah renew itu lebih baik rasanya
[Reply]
January 30th, 2010 - 20:20
setakat ni aku tk pnh lg rs leceh renew lesen guna cara old school hehehe..sbb aku suka jln2 & jumpa org..
[Reply]
February 1st, 2010 at 4:03 pm
terpulang bro, aku buat MyEG ni pon sebab nak jimat, bayar pon pakai dividen ASB hehe
[Reply]
January 30th, 2010 - 21:00
semakin mudahkan bro.. di hujung jari sahaja.. ada baik dan kurangnya..
Mus´s last blog ..Awas! Gajah Melintas (Jalan Sepulut-Kalabakan)
[Reply]
February 1st, 2010 at 4:05 pm
Tu la, tak tanya pulak kalau duduk sabah camner pulak, roadtax tu naik belon kot baru sampai
[Reply]
February 1st, 2010 at 4:20 pm
hahaha naik belon.. tu kalau ke sarawak bro…
kalau ke sabah.. naik kapal…
Mus´s last blog ..Awas! Gajah Melintas (Jalan Sepulut-Kalabakan)
[Reply]
January 31st, 2010 - 08:32
info yang menarik ni.. tq bro..
qimie´s last blog ..Tukar Hak Milik
[Reply]
February 1st, 2010 at 4:05 pm
blog kamu juga menarik Qimie, penuh informasi
[Reply]
January 31st, 2010 - 16:42
aku tkt bila guna bnda ni, akan ada prob lain yg akan timbul, mksd aku ada pe2 dokumen yg xlengkap..kang xpsl2 kne byr skali lg..huhu
x-po´s last blog ..BILA DAH KAHWIN, NAK ANAK CEPAT ATAU LAMBAT?
[Reply]
February 1st, 2010 at 4:07 pm
haah betul jugak apa ko cakap, aku risau jer ni, haritu diorg hantar roadtax jer sekeping, resit, policy semua dia tak bagi, yg ada kat aku, copy byr guna maybank2u jer
[Reply]
February 2nd, 2010 - 00:19
me dpt geran even xhabis bayar lagik..alasan sbb kete selalu kuar masuk Spore
[Reply]
February 2nd, 2010 at 12:50 am
maybe kastam nak cek kot, tapi selagi cop bank ada kat geran tu, kereta tu takleh jual pada sesiapa pon
[Reply]
February 2nd, 2010 - 22:51
mudahnya dengan myEg. hehe, but bila smpi kelemahan tu. jadi payah balik. hehe
[Reply]
February 3rd, 2010 - 18:40
wahhh..macam macam ada..mudah dan senang
[Reply]
February 4th, 2010 - 00:21
serius aku baru tau.. tak susah la nak kuar rumah.. dah 2 bulan roadtax moto tak renew.. taktau jumlah bayaran berapa.. huhu
[Reply]
February 5th, 2010 at 10:40 pm
jangan sampai setahun baru nak renew motor, hah jenuh nak gi puspakom pulak, roadtax+insurans motorsikal dlm rm50-70 gak la
[Reply]
February 5th, 2010 - 19:15
xde kesan smpingan ke bro pakai on9 ni..pd asalnye mmg la cpt n murah..mne taw kot ada keslapan kna byr balik..dabel nmye..hehehe..
aku da setel semua bnda ni..keke
[Reply]
February 5th, 2010 at 10:43 pm
kesan sampingan baca kat kelemahan aku tulis atas tu,
geran asal kena cetak kat pejabat HQ di petaling jaya sana ( datang sendiri/via pos)
[Reply]