Sajak Kematian | R J U N A

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog R J U N A.

Sajak Kematian

Waktu aku form 5, satu malam lepas study dengan Ejoy dan Norman aku lepak jap dalam dorm diorang, baring punya baring, sembang punya sembang si Zaki ajak dengar 1 kaset tajuknya soalan-soalan bocor dari kubur tak silap, aku yang tengah boring study jadi excited nak dengar.

Lampu dorm dipadam, walkman diletakkan dalam baldi kasi volume kuat sikit, kami ramai-ramai dengar sama, peh menginsafkan siot, jeritan dari kubur “tidak..tidak..aku tidak tahuuuuu” hehe nostalgia tuh.

Setidaknya kaset sebegitu menyedarkan kita tentang hakikat kematian yang pasti, seksa kubur, malaikat mungkar dan nangkir, dan semestinya mengingati dosa dosa kita yang selama ini menimbun.

Tentunya bila sudah dengar kita akan ingat dosa dan pahala, time tu la nak ingat dosa tak sembahyang, kelepet duit orang, tak puasa, makan rasuah, tu baru part kubur tu, belum citer part alam akhirat lagi

Baru-baru nih kecoh mak-bapak komplen tayangan video sajak kematian, apa yang kecoh sangat? jom sama sama menonton..

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video
Muat Turun video ini | FLV Player

Kadang kadang aku nak tergelak pon ada, alahai tak seram pon, lakonan semula je, insaf lah jugak kalau kasi budak-budak tengok, takdelah ekstrim mana, ular tipu pon ekstrim ke? wakaka

Orang yang takut mati dan banyak dosa je takut nih, dan akhirnya pak menteri dah suruh hentikan penayangan, zaman sekarang nih kalau ko sembang je isu bab kematian-dosa orang tak solat, takde audio-visual, tak feel lah beb, kata zaman dah berubah.

p/s= drama dan filem seram yang bersepah kat luar sana korang tak bising pon nak hentikan yek, lagi seram dan ganas, Eh mana sajak nya, pelik aku.

Tags: , , ,

Posted on 17 November '08 by Rjuna, under Youtube, kontroversi.

Baca lagi topik-topik hangat

10 Comments to “Sajak Kematian”

#1 Posted by kusuNo Gravatar (17.11.08 at 08:50 )

aku tak tahu sangat video nih sebab aku tak boleh tengok lagi. Internet yang amat lembab.huh.

btw, orang boleh buat apa saja dengan eknologi yang ada sekarang ni kan..terpulang la pada diorang nak buat yang elok atau tak.

kusu’s last blog post..Fast Update #1:Study Week

#2 Posted by kusuNo Gravatar (17.11.08 at 08:50 )

lupa nak cakap..theme blog kita sama!haha

kusu’s last blog post..Fast Update #1:Study Week

#3 Posted by RjunaNo Gravatar (17.11.08 at 17:45 )

Kusu= thanx kusu kerana berkunjung, ko dah memberi inspirasi untuk aku install smiley cumel nih :razz: :evil:

kalau takleh tengok leh sedut video tuh k :grin:

#4 Posted by an2blurNo Gravatar (17.11.08 at 21:28 )

isu ni kan mcm isu lagu selimut putih kan?
ingat tak kerajaan haramkan lagu selimut putih dulu sebab takut org x buat keje asik pk akhirat.
pape ntah kan?

benci ah org suka besar²kan isu remeh :???:

#5 Posted by APEKNo Gravatar (17.11.08 at 21:31 )

huh.. yer la kan.. mak ayah skng kata berminda terbuka?.. aduh.. sdgkan cikgu rotan anak pun dia campur tangan.. ni kan pula hal mcm ni.. bukan tayang video car nk jd penganas ke, adegan seks bebas ke..

tayang benda yg menginsafkan kita smua sbg hamba pd Nya.. tu jer.. skurang2nya persedian n rasa tahu tuh ada la sblm kita dijemput oleh Nya.. ni x.. ada ke kata ekstrem.. aduh apa la singkat benor pikiran mak ayah zaman skng.. kata dlm iklan ‘zaman sudah brubah..’ klu gini la gamaknya.. mana mau nya..

mmg la rasa gerun n takut tuh ada bila kita tgk tayangan tu.. tp apa salahnya klu benda tu kita rasa takut pada Tuhan. Allah Maha besar lagi Maha pengasih.. x salah pun.. hmm.. mak ayah, ibu bapa, mama papa.. x salah pun kasi anak kita tgk.. percaya la.. esok di akhir nanti.. anak2 anda la penyelamat anda di antara pintu neraka n pintu syurga..

APEK’s last blog post..Akaun Friendster aku…

#6 Posted by RjunaNo Gravatar (17.11.08 at 22:51 )

An2blur= Selimut Putih :? siapa yang nyanyi ya, tak ingat pulak aku

Apek= aku panas tang mak-bapak komplen tuh, anak dia berubah sikap nak jadi baik, diorang pulak rasa pelik, aduhai :eek: :mad:

#7 Posted by Darkz05No Gravatar (18.11.08 at 07:54 )

huhu. macam-macam kes la. Patut hal macam ni di jadikan ikhtibar

Darkz05’s last blog post..Madagascar Escape 2 Africa

#8 Posted by kusuNo Gravatar (18.11.08 at 08:58 )

wahaha..smiley pun sama..
ei macam mana nak letak ikon smiley kat atas box comment tu eh?
kongsi la sikit :smile:
kusu’s last blog post..Fast Update #1:Study Week

#9 Posted by MrFathiNo Gravatar (18.11.08 at 10:00 )

dari ting 1 hingga 5,setiap tingkatan kat skola ada sajak kematian.So,tiap2 taun aku dihidangkan sajak kematian.Keinsafan mematangkan kita. :cry:
MrFathi’s last blog post..Allahumma Najihtu Fil Imtihani SPM…

#10 Posted by MKNo Gravatar (21.11.08 at 15:19 )

Waktu kecik, bila pasang je kaset soalan-soalan dari kubur tu, mesti aku tutup telinga.. takut. Nostalgik gak bagi aku, huhu.

MK’s last blog post..Gunakan Sistem Komen Yang Baru Di Blogspot