Pecat dan Gawat
Alhamdulillah selsema dan batuk semakin pulih, aku memang benci kalau selsema datang, kerana penyakit lain seperti demam dan batuk akan menyusul 2-3 hari lepas tu, kata seorang ustaz tuhan menguji kita dengan sakit, agar kita ingat kembali pada Nya, dan sakit yang datang itu menghapuskan dosa-dosa kecil kita selama. ini mukadimah sahaja.
PECAT
hujung oktober lepas, syarikat bapakku sdn bhd (bukan sykt sebenar) telah memecat seorang pekerja lelaki di bahagian Sourcing dan Marketing, tak perlu aku sebut namanya disini, seorang pekerja yang berpotensi maju, dan ramah orangnya, selalu bila ada masalah dalam company, dia akan memberikan buah2 fikiran yang bernas, aku sendiri sayang nak lepaskan dia.
Tapi malangnya sikap dia yang suka datang lewat, kerja sambil lewa dan buat projek dengan company lain telah memaksa bos besar memecat dia, kesalahan buat projek dengan company lain memang tak boleh diterima, itu pengkhianatan namanya, sedangkan company bayar gaji dia tiap-tiap bulan, mungkin kerana gaji yang tak seberapa tuh buat dia jadi begitu, aku dengar dari staff lain dia tak ngaku buat ‘projek dengan company lain’ tuh, alahai sudah terang lagi bersuluh lagi mahu menafikan, dah depan mata la beb.

GAWAT
” baki akaun syarikat encik ialah RM1++.++ dan tiada float, terima kasih”–Operator Bank
Rasanya aku dah ceritakan hal ni sedikit, berberapa bulan lalu, yakni aliran kewangan syarikat aku yang makin nazak sekarang, aku harap pihak gomen cepat-cepat lah topup kembali wang dan keuntungan dari sebutharga dan tender yang company aku telah laksanakan, kami bukan syarikat besar-besar yg punya modal berjuta, ramai orang ingat jadi bos, kaya-banyak duit-hidup senang lenang, hakikatnya inilah risiko yang aku tanggung sekarang.
Tambah memburukkan lagi arituh dapat saman (perintah ke mahkamah) dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana lewat membayar denda (lewat mengemukakan penyata untung-rugi syarikat) sebenarnya benda nih dah setel dah, tapi kerana lambat bayar, saman telah dikeluarkan, padahal aku dah serahkan hal ni pada setiausaha untuk uruskan.
haii alamat kena slow-talk la pulak dengan pegawai dia, hampeh betul, ini Dugaan-Nya, aku terima dengan hati terbuka ya Allah.
P/s= sesekali ceritakan masalah hidup di blog, juga 1 terapi jiwa kan?
Tags: Gawat, khianat, makan luar, pecat, projek, saman mahkamah, Sourcing, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, talam dua muka
10 Comments to “Pecat dan Gawat”