FURY Watchaa! Uuu | R J U N A

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog R J U N A.

FURY Watchaa! Uuu

-Eagle Eye (Tak best sangat)

-Senario Episod 1 (Aku tertido dalam panggung)


Cun lah pulak minah ni, oh Jeeja Yanin aku jatuh cinta padamu

Dan semalam aku menonton FURY, tertarik menonton nya setelah membaca ulasan sebuah portal filem dan menonton trailer nya, hoho jaga jaga Rjuna mula nak menyiku leher dan melutut perut korang hiyaaaa

Jika anda minat citer aksi macam Ong Bak, mahupun Kill Bill aku syorkan tonton filem ini, kisahnya mengenai seorang budak bernama Zen yang dilahirkan cacat kerana menghidap Autisme, Namun kecacatan Zen menjadikan dia Istimewa kerana dianugerahkan mata yang mampu merakam aksi pergerakan dengan pantas dan deria pendengaran nya juga sangat tajam.

Mungkin kerana bapanya seorang Yakuza dan Ibunya bekas ahli gangster , Zen dilihat cukup minat dengan seni bela diri, sejak kecil lagi dia sudah mula berlatih muay thai dengan menerajang tiang anjung rumah, bukan itu sahaja Zen suka menonton filem aksi lawan lawan dan bermain video game, habis semua aksi lawan ditirunya, Tony Jaa, Bruce Lee, Jackie Chan, Mark Dacascos (paranawei), dan juga Datuk Shah Rukh Khan

Hidup tak selalunya cerah, Zen terpaksa mencari duit untuk membiayai perubatan Ibunya yang sakit kanser, tiada siapa yang ingin kesiankan budak cacat otak lagi comot, puas dibuli dengan teruk, Zen kemudian mempraktikkan jurus jurus muay thai, kung fu, capoiera dengan membelasah orang-orang yang memperlekehkan nya yeah watcaaa uuuu

Babak terakhir filem ini paling mendebarkan dimana Zen mengejar ketua gangster dari atas bangunan 4 tingkat kemudian lompat-lompat antara papan iklan, kalau korang tengok trailer, babak tu ada yang jatuh bangunan, patah leher la, semua aksi filem ini dilakukan oleh pelakon sebenar dan tiada double stuntman.

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video
www.chocolate-movie.com

Jalan citer best, Awek Cun, Aksi lawan lawan, dan Stunt guna pelakon asal, aku kasi 4 Bintang untuk filem ini yeah watchaa uuu jangan lupa menonton.

[Kuiz Tanpa Hadiah]
Teka apa serangga yang menjadi kelemahan Zen, sampai nangis takleh nak buat apa?

Tags: , , , , , , , ,

Posted on 19 October '08 by Rjuna, under Awek cun, ulasan filem.

Baca lagi topik-topik hangat

14 Comments to “FURY Watchaa! Uuu”

#1 Posted by firdeeNo Gravatar (19.10.08 at 18:02 )

xde hadiah ke?…alaaa… :P

jawapannye lalat/langau/yg sewaktu dengannye…

#2 Posted by RjunaNo Gravatar (19.10.08 at 21:42 )

Firdee= Ate mana aci ada hadiah, ko dah tengok, orang lain belum

tapi pelik kan masa kecik siap makan leh pulak, dah besor takut lalat

#3 Posted by menteilNo Gravatar (20.10.08 at 17:22 )

kalau aku nak jatuh cinta gak ngan Jeeja Yanin leh?

menteil’s last blog post..Belasah Cikgu? Wow!!

#4 Posted by RjunaNo Gravatar (20.10.08 at 21:04 )

Menteil= mana leh aku chop dulu, hahaha, kalau ko terer cakap siam try la,

nanti ko cakap nak kawen 2 dia servis kuda ko

#5 Posted by razifmustaphaNo Gravatar (21.10.08 at 15:01 )

aku kalo heroin comel, laju je pegi panggung. hakhak

razifmustapha’s last blog post..Skateboarding is not really a crime

#6 Posted by RjunaNo Gravatar (21.10.08 at 15:19 )

Razif= gi la menonton, tak rugi tengok awek cun yg garang.

wallpaper desktop cun ada kat website movie ni (lawa siut)

http://www.chocolate-movie.com/

#7 Posted by Mr Anti BuluhmasNo Gravatar (21.10.08 at 15:40 )

Huh beb tengok Fury semata2 nak tengok awek cun???hmm camne kalau Tengok Kanan Tengok Kiri??

Mr Anti Buluhmas’s last blog post..Aku bangkit kembali!!!!!!!!!

#8 Posted by RjunaNo Gravatar (21.10.08 at 17:51 )

Mr Anti Buluhmas= Tipu kanan tipu kiri aku tunggu Astro tayang je haha,

Titi Kamal hot jugak..cuma taknak bazir RM9 aku nonton filem sampah

#9 Posted by zelo55No Gravatar (26.10.08 at 13:43 )

ko kate eagle eye x best sgt?..weii!!..crite terbaik tu!!..sound efek cun!..shia le bouf hebat!..jln crite mnarik!…ak x stuju dgn pndpt ko..huuhuhuhu

#10 Posted by RjunaNo Gravatar (26.10.08 at 21:42 )

Zelo55= tak setuju takpe, pendapat tiap org kan berbeza, utk aksi memang mantap,

jalan citer dia nampak canggih sangat, last2 Eagle Eye cuma mesin/system yg boleh berfikir dan bertindak sendiri,

ia macam cedok idea Terminator, The Matrix dan Wall-E

#11 Posted by zelo55No Gravatar (27.10.08 at 20:06 )

elehh..cter fury n pulk bg aku x sgempak crite OngBak..stuju??

#12 Posted by RjunaNo Gravatar (28.10.08 at 10:31 )

Zelo55= mestilah tak setuju hohoho, baik ko setuju cepat tidak aku Ong Bak perut ko hehe :P

#13 Posted by chuckiesdNo Gravatar (29.10.08 at 15:05 )

wah…mungkin satu lagi ala-ala bruce lee akan muncul…kener tgk ni..

chuckiesd’s last blog post..Seminggu bersama Chuckiesd…

#14 Posted by Sorotan 2008: Rjuna.net | R J U N A (01.01.09 at 02:18 )

[...] bila anda berblog untuk dapat duit, aku mendedahkan hal hal basic untuk menjana trafik, mula start review filem bulan nih, haha kelakar bila baca balik ulasan tuh yang entah hapa hapa entah, alahai rjuna [...]