Salam Idulfitri | R J U N A

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog R J U N A.

Salam Idulfitri

Selamat Hari Raya dan Salam lebaran, minggu ini aku menerima kad kad ucapan hari raya aidilfitri dari kawan, sahabat dan awek-awek skandal, ceh nampak cam banyak jer, padahal 4 keping jer terima, ok lah tuh ada jugak orang ingat kat aku.

Mana 1 best? kad raya digital atau kad raya sebenar? mestilah kad raya sebenar beb, feel dia masih ada, ko bayang orang susah2 beli kad raya, beli setem, tuh belum campur penat puasa dan duit minyak nak uruskan semua tuh, peh aku terharu beb, memang salut la kat korang2 yang hantar kad ucapan kepada aku, terima kasih tak terhingga, siap dapat duit raya yang tak tahan tu hihi, jangan risau yek aku dalam proses membalasnya.

Ko tau apa perasaan nya bila tengok ada kad raya tertera nama korang kat dalam peti surat, seronok-dua-tiga ronok beb, biar la orang nak kata aku old skool ke jiwa jiwa ke, aku suka kad raya sebenar, dan nak tau tak, aku masih simpan kad2 raya yang aku terima 2-3-4 tahun lepas hehe buat apa? buat perkasam.

Sebenarnya impian aku nak hantar kad raya kat semua pengunjung blog aku ni, tinggalkan alamat rumah korang dan kemudian aku hantar kad raya khas dari Rjuna.net, malangnya fulus ku tidak mencukupi untuk itu semua, mungkin lain tahun agaknya.

Di kesempatan ini aku ingin memohon ampun dan maaf, andai tulisan2 aku dan kutuk-kutukan aku sebelum ini mengguris jiwa korang, aku cuma manusia biasa,penuh dengan kesilapan.

Selamat Hari Raya Idulfitri dari Rjuna, berhati-hati di jalan raya, semoga Allah menerima dan memberkati ibadah puasa kita pada tahun ini Amin.

p/s= Terima Kasih buat Khairul Aza (Igg Plus), Nurul Lyzah, Khairul Hazizy dan Khairur Rijal, kerana hantar kad raya kat aku tahun ni dan tak lupa juga kawan2 yang hantar kad raya digital di Friendster, thanx yek

Tags: , , ,

Posted on 26 September '08 by Rjuna, under Diari Rjuna, ucapan.

Baca lagi topik-topik hangat

10 Comments to “Salam Idulfitri”

#1 Posted by MrRayaNo Gravatar (27.09.08 at 14:34 )

Huhuh slamat ari raya!!!!maap luar dan dalam.kalau terkasar kata harap ampu ya!!

MrRaya’s last blog post..Milik siapakah kereta ini…

#2 Posted by afhamNo Gravatar (28.09.08 at 02:46 )

selamat hari raya..maaf zahir batin..

afham’s last blog post..3 days to leave Ramadhan

#3 Posted by H+zizyNo Gravatar (28.09.08 at 23:22 )

Khairul Hazizy tu kawan or sahabat? .. for sure bukan awek skandal lak kan kuikuikui..

#4 Posted by RjunaNo Gravatar (29.09.08 at 00:20 )

Mr.Raya dan Afham= Selamat Hari Raya Idulfitri

H+zizy= kawan or sahabat? aku jawab Its Complicated leh tak hahha, ko kan sahabat aku petai.

#5 Posted by H+zizyNo Gravatar (29.09.08 at 13:55 )

Hehe.. nanti aku datang terjah rumah ko. Sediakan duit raya untuk aku ye Tuan Manager.

#6 Posted by Darkz05No Gravatar (30.09.08 at 14:17 )

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2008
Maaf Zahir Batin

=)
Darkz05

Darkz05’s last blog post..Selamat Hari Raya Aidilfitri 2008!

#7 Posted by Mohd IsmailNo Gravatar (01.10.08 at 17:29 )

aku tahun ni xde dapat lgsung kad raya.. (mmg tiap tahun gitu pun.. he he)

*selamat hari raye..*

Mohd Ismail’s last blog post..Selamat Hari Raya

#8 Posted by catzerNo Gravatar (05.10.08 at 17:06 )

akupun dpt sekeping jerk.biasalah sume just sms jerk..sms raya lebih 100 aku dpt..letih nak balas.

catzer’s last blog post..Duit di Bulan Puasa dan Raya

#9 Posted by razifmustaphaNo Gravatar (09.10.08 at 21:27 )

aku pun hapah tak dapat sekeping pun kad raya, sms raya memang tak henti2 aku dapat

razifmustapha’s last blog post..Cliffordian 98 Klasik

#10 Posted by RjunaNo Gravatar (11.10.08 at 22:51 )

H+Zizy= Kuih raya dah abis aku bedal

Darkz05= Salam Hari Raya

Mohd Ismail= Mungkin ko patut mulakan dulu, hantar kad

Catzer=dapat gak sms raya, sampai henpon jadi biol (sms tak bunyik)

Razifmustapha= orang zaman skarang camtu lah, nak yg murah dan cepat je, apa salah MMS plak ke kan