Buat Ringtone sendiri dengan Zedge | R J U N A

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog R J U N A.

Buat Ringtone sendiri dengan Zedge

Bersama kita lagi dalam ruangan tutorial bersama Abang Debab, kali ni abang akan mengajar adik-adik bagaimana mencipta nada dering (ringtone) henfon sendiri tanpa perlu mengeluarkan se-sen pun wang korang ya.

Ok mula-mula lawati www.zedge.net, dan daftar (Sign Up) sebagai user secara percuma.

Perhatikan di sisi kanan laman web klik try it now itu atau boleh klik Create–Ringtone Maker di bahagian bar menu.

ikuti langkah berikut satu-persatu, *jika browser anda belum install shockwave-flash mungkin bermasalah sedikit ketika memuat naik lagu, seterusnya lagu boleh di cut atau crop terus dalam laman web zedge, perhatikan di bawah..

Adik2 boleh gerakkan butang START dan END tu untuk memilih bahagian mana dalam lagu tersebut yang adik mahu jadikan nada dering atau bunyi mesej kesukaan, klik PLAY untuk mendengar bahagian yang bakal adik2 cut/crop, Klik DONE sekiranya sudah berpuas hati, kemudian adik-adik akan dibawa ke ruangan download untuk muat turun nada dering yang telah siap,

Selamat Mencuba..

Testimoni buat Zedge
Bagi aku Zedge merupakan syurga buat pemilik2 henfon seluruh dunia, aku bagai tak percaya laman web 2.0 yang cantik sebegitu memberi user diorang themes, ringtone, wallpaper, videos dan games secara PERCUMA di ulang PERCUMA beb, menggunakan konsep share sesama user, aku percaya korang akan bookmark and save link Zedge lepas ni, hidup Zedge

Pstt= Kalau nak theme henfon yang BAIK PUNYER, pergi bahagian Themes, di bahagian Category pilih Babes, peh leleh wa cakap lu, mantap tu jo. ( Bulan puasa ni mil..batal puasa ko kang hehehe)

Tags: , , , , , ,

Posted on 20 September '08 by Rjuna, under Tips & Tutorial, Ulasan laman web.

Baca lagi topik-topik hangat

8 Comments to “Buat Ringtone sendiri dengan Zedge”

#1 Posted by menteilNo Gravatar (20.09.08 at 07:23 )

aku selalu pakai software jer..
tapi yang nie cool jugak..
boleh try..

okeh!! akan ku cari kategori babes itu.. huhu..

menteil’s last blog post..Rumah Ke Kandang? Hampeh!!

#2 Posted by Mr FatheeNo Gravatar (20.09.08 at 10:00 )

Beb kalau pakai Nokia 1112 bleh tak???

Mr Fathee’s last blog post..Ambil masa sikit…

#3 Posted by Mr FatheeNo Gravatar (20.09.08 at 10:34 )

marah ke beb???

Mr Fathee’s last blog post..Milik siapakah kereta ini…

#4 Posted by RjunaNo Gravatar (20.09.08 at 13:35 )

Menteil= yang software tu leh jugak cuma kena install dan payah nak cari yang crack, huhu babes theme..baik punyer

Fathee= kalau nokia 1112 itu old skool bro tak boleh, ko pakai jenis itu ya, patut aku mintak gambor tak kasi hehe, nak marah apa nya :P

#5 Posted by ejdeeNo Gravatar (21.09.08 at 00:41 )

ermss.salam yoeb..website ni mmg bgus..tpi jgn la masuk selalu..sebb ada virus…mmg la dia kasi free tapi mesti bersebb..ok layan

#6 Posted by RjunaNo Gravatar (21.09.08 at 01:18 )

ejdee= Terima Kasih ejdee, yup itu tak dinafikan sebab ia file yang dikongsi bersama user2 lain,

gunalah Firefox atau Google chrome dan scan file yang di download dengan antivirus terlebih dahulu

setakat ni aku rasa ok je, ok user lain ada apa2 lagi sila komen jangan malu-malu

#7 Posted by AinsyaNo Gravatar (30.09.08 at 03:02 )

Aihhh..thanks yerr..
Memang tercari2 selama ni cr nk bt ringtone..
thanks for sharing..

#8 Posted by RjunaNo Gravatar (11.10.08 at 22:44 )

Ainsya= sharing is caring :)