Gila Karok August 5th, 2008

Patutnya aku update entri ni awal, saja memalas-malaskan diri, malas ialah bad habit, yang aku sendiri naik menyampah, ok kali ni aku menceritakan apa yang telah berlaku minggu lepas, aku gelar ia minggu gila karok, karok ialah singkatan bagi karaoke ya adik adik.

karok with my lil bro Azmil

Kalau diikutkan aku bukanlah kaki karok sebenarnya, memang aku suka nyanyi, tapi lebih suka nyanyi untuk diri sendiri je, masa kat asrama dulu aku lebih gemar ber karok dalam bilik air, asal mandi je start lah karok, fuh best nyanyi sambil bogel wei haha, oleh kerana suara ku yang ’sedap sangat’, hambik kau jadi tok dalang/tukang karut dikir barat, wakil blok 2 tahun.

Lagi satu kegemaran aku ialah karok dalam kereta, selalunya karok time tengah drive sorang-sorang je aku nyanyi, pastu siap puji suara sendiri dalam hati, “sedap jugak suara aku yek”.

Minggu lepas 3 hari berturut2 karok, ku fikir ini tahap kritikal punya karok, hari jumaat dengan member member sekolah lama aku, Isa, Ghaffur, Danial nih memang geng2 jantan kesepian, berfoya-foya sekali sekala memang best, dan karok antara aktiviti wajib kalau tengah sengkek tengah bulan, lokasi sitiawan, sebuah pusat karok yang usang dan taukey nya malas nak buat maintenence. Bilik karoknya.. aku rasa bilik pelacur lagi best (aik mcm biasa je haha), lagu kena pilih dalam katalog ikut abjad huhuhu, satu lagu RM1.50 (mahal), melalak la sorang 3-4 lagu.

Hari sabtu pulak skandal dengan 2 wanita, Kak Nita dan Lyzah, petang tuh main bowling jap, lepas makan solat apa semua, gi sebuah pusat karok yang moden sikit kat Manjung, nama tempat karok tu kelakor, Pusat Latihan Menyanyi Merdu (merdu la sangat), ala-ala jamban gitu tapi besar sikit, muat la kami bertiga, sound system hancur, 1 lagu RM1 (berbaloi), kak nita ngan lyzah pulak gi bedal sampai RM30=30 lagu, hah hamik kau, ronggeng la 10 lagu sorang, gila kentang.

Esoknya Ahad, Kak Nita dengan selamba nya ajak gi karok lagi, tak puas katanya, kali ni pergi Teluk Intan pulak, aku cuma tunaikan hasrat kak nita je, temankan dia ke sana, pusat karok nya dalam hotel, Hotel Angsoka tak silap aku, K-Box karaoke centre, satu kepala RM10 melalak lah puas2 selama 4 Jam dapat air minum lagi, nyanyilah berapa lagu korang nak dalam 4 jam tuh, gila. Kat sana kak Nita ajak lagi sorang membernya yang gila karok jugak, nyanyilah duet berdua-bertiga, dari lagu Inul Daratista ke lagu S.Jibeng, semua pulun, pusat karok ni kalau buat kat Manjung beratur orang nak masuk ni, memang puas hati.

Esoknya Kak Nita ajak lagi, “Jom gi Red Box kat Ipoh pulak nak Mil?” huhuhu gila karok betul.

p/s= Mak dan adik aku dah mula bergosip aku selalu keluar malam dengan awek, dulu tak macam nih, asal aku nak keluar je diorang senyum senyum, ceh.

Baca lagi topik-topik hangat

8 Responses to “Gila Karok”

  1. Cuil User On

    Karok tu karok gak tapi bab skandal ni bahaya!!!be careful bro!!

    Cuil User’s last blog post..Hari ni amende??

  2. Rjuna On

    Cuil User= Takdelah sampai bawak tidur hotel ko nih, skandal ngan kawan kawan jer, dua dua belum berpunya.

  3. Darkz05 On

    karaoke sampai puas bro~

    Darkz05’s last blog post..Kurang sehat - perlukan penawar

  4. chot On

    kebiasaanya en. rjuna punya pilihan lagu apa ye? adakah hazami? anuar zain?

    chot’s last blog post..Soul Olympic Special Edition

  5. Rjuna On

    Darkz05= Alamak ‘terlebih sudah’ puasnya, 3 hari berturut2 beb

    Chot= Anuar Zain pasti dalam list hahaha, rock2 kapak pun balun, lagu2 english je aku kureng

  6. H+zizy On

    Ui, Hotel Angsoka tu hotspot tu bro hehe..

  7. Rjuna On

    H+zizy= tempak maksiat ke? haha lepas karok leh terjun pool swimming, or SPA ayam?

  8. H+zizy On

    Hehe.. hotspot = ‘panas di musim kemarau’ :-)

Leave a Reply



Malaysia Web Hosting