Diari Rjuna part 2 July 12th, 2008

Assalamualaikum dan hai kawan2 semua, semoga kalian sihat-sihat hendaknya, maafkan aku kerana jarang-jarang update, pada yang selalu lawat blog aku ni setiap hari setiap waktu setiap jam dan saat, aku tabik spring toing kat korang,

Blog ini semakin menghampiri usia setahun jagung nya, kalau ada input atau cadangan, jangan segan2 nak komen, aku di rjuna.net tidak sekali-kali men-delete komen korang tanpa sebab, komen jangan tak komen. kali ini aku rangkumkan sedikit apa yang terjadi dalam kehidupan ku akhir-akhir ini, fungsi asal blog juga seperti diari sebenarnya, tulislah apa yang terbuku di hati korang asalkan jangan menabur fitnah dan menulis cerita bohong.

kerja part time
aku mencari kerja part time sebenarnya mahu menyelesaikan hutang2 kad kredit ku, yeah aku lah manusia bodoh kerana membelanjakan wang riba untuk kesenangan diri sendiri, kini hutangku sudah mencecah RM6k, dan aku sudah serik, masa pinjam memang la seronok, tapi time nak bayar huh memang sakit.

buat masa ni masih belum dapat kerja yang bersesuaian dengan masa kerja yang aku mahu, target nak part time kat 7 Eleven, tapi dah disambar orang lain, Giant pulak tak buat part time kata HR dia, mungkin lepas ni tumpuan aku ke arah McD or KFC, tak pun berniaga di lelong or ebay, ya Allah bantulah aku melangsaikan hutang piutang ku ini.

cek Nuffnang

cek ke-dua Nuffnang
Yeah cek kedua Nuffnang sudah sampai, keyakinan aku bertambah-tambah terhadap potensi pegiklanan online mereka, berbanggalah kamu ahli kelab eksklusif Glitterati, kali ini aku menyiarkan jumlah yang aku terima, bukan nak menunjuk tapi sekadar bukti blogger main2 pon leh buat duit apa, pada yang belum lagi cukup amaun untuk cash out, berusahalah, wang takkan datang bergolek, tapi pakai posmen hahaha.

cinta yang tak dianggap
yeah akhirnya sampai bab cinta dalam blog aku, aku jatuh cinta pada seseorang, namanya biarlah aku saja yang tahu, kami pernah sekolah rendah bersama dahulu, jumpa kembali dalam YM, dan pernah keluar bersama sekali Jun lepas, cuma akhir akhir ini aku mula perasan yang cintaku macam aku sorang je yang feel, dia tak pernah pon ambil tahu pasal hidup aku atau ambil tahu latar belakang keluarga ku, aku pulak yang lebih lebih, jadi aku ambil keputusan berterus terang dari memendam rasa, sekarang semuanya sudah jelas dan setelah berbincang, kami masih kawan dan skandal hehehe (aku lama tak update blog sebab tengah angau la beb wakaka, patutlah)

Tips:
Bila bercinta jangan berikan 100% hati anda pada si dia, nanti berlaku apa-apa di masa hadapan anda tak rasa sakit hati sangat, beri pada si dia 50% sahaja, 50% lagi beri bila dah kahwin nanti. ewah pandainya dia.

Baca lagi topik-topik hangat

14 Responses to “Diari Rjuna part 2”

  1. mrfathi On

    Keje Part Time- ko berhutang ker?kecian nyer.Takpe dapatkan lagi apa2 keje asalkan halal..

    Nuffnang-Tahniah kerna dapat cek kedua dr Nuffnang.Makin banyak
    ko dapat yer…

    Cinta- Ok la tu cinta…tapi aku tak leh ganggu…

    Selingan: Hidup ni biar hepi.Kalau tak hepi camner nak hidup kan??

    mrfathi’s last blog post..Aku dan skolaku…SEMENSA

  2. H+zizy On

    Holla wahai sahabatku.. wah, first time world premier dari ko bro sebut bab chenta. Aku doakan ko sukses menuju kegemilangan chenta sejati :)

    Bisnes di lelong or eBay? - ko jual model kits or wang kertas (yang ori) pasti aku bid hehe..

  3. Darkz05 On

    Wow~ Best ar dapat cek lagi Pakcik kayo lagi =) Apapun setelkan hutang bro.

    Rjuna sedang mencari cinta?

    Darkz05’s last blog post..Estranged - Yang Pernah (video)

  4. erni On

    ha nak part time??meh jadi pembantu rumah aku part time nak??ko datang ari sabtu atau ahad je..tolong kemaskan rumah aku..hahaha..jgn lupa siram pokok bunga aku kat luar tu yerk..bilik utama ko x yah kemas, hanya perlu kemas 2 bilik, 2 dapur (basah & kering) serta 2 bilik air yg perlu dicuci tiap2 minggu..xlupa juga lepas cuci bilik air jgn lupa mop lantai rumah aku bagi bersinar sikit ye..hehe..macam??jadi??

  5. Rjuna On

    mrfathi= wei mana gambar ko, sembunyi jek, hidup mesti mau happy

    H+zizy= nak jual apa yek, tuh 1 masalah lagi, arjuna mencari chenta hehe, dah luahkan tapi org tu baru clash kan, ada problema sket disitu, tapi masih skandal haha

    Darkz05= Arjuna sedang mencari Sita, jom memanah cinta hahaha

    Erni= Ewah ewah part time sungguh ko yek, aku nak kemas bilik utama dulu, nak tgk ada peta ke tak wakaka, ok aku mahu gaji hari RM100 ok tak, ala hari minggu je kan, ok deal.

  6. mrfathi On

    Bro rilek la nanti gua akan tunjukkan wajah gua.Rilek la…tunggu genap 18 tahun..

  7. H+zizy On

    Woo.. hati2, orang baru clash ni kekadang ingin cari teman di kala sedih aje. Tapi kalo ‘cangkuk’ kuat insyaallah dapat hehe.. (lucah ke ayat tadi? lalalala..)

  8. chot On

    aku pun mcm ko la..hutang kad kredit menimbun..kini mencecah RM30k…aarggghhh

    chot’s last blog post..Fathers of Technology

  9. abdfatah On

    nak cek jugak… nak cek jugak… nak cek jugak…

    bak sini cek kosong sekeping boleh?

  10. abdfatah On

    dah angau ke? kumpul duit banyak2 untuk masa depan. buat hantaran beratus ribu… mahal wooo hantarannya…

    abdfatah’s last blog post..Iklan Berita Harian | Dunia Dah Maju | Diet Jaga Badan

  11. erni On

    tu la korang..hentikan penggunaan kredit card..kita pakai debit card..tapi pastikan akaun korang ada RM yang mencukupi yerk..hehe..

  12. Rjuna On

    H+zizy= cuma beri 50% hati, tak rugi sangat, just try

    Chot= peh 30k, gila kentang, ko buat apa chot duit sampai byk camtu

    Abdfatah= eleh ko dapat senyap2 je yek

    -kahwin skang kurang2 10k keatas, tapi kalau nak jimat nikah je, kenduri takyah, haha

  13. Mohd Ismail On

    humang ai Chot.. tu hutang apa tu sampai 30k? huhu..

  14. PrettyGirl2u On

    Congrat on Nuffnang cheque. :D
    PrettyGirl2u’s last blog post..cccserene Annie

Leave a Reply



Malaysia Web Hosting